DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 06, 2012

Akibat Kerajaan UMNO/BN PENAKUT nak TEGAKkan undang-undang, orang seperti ini berMAHARAJALELA walaupun buat SALAH..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita meLIHAT keGALAKkan Kerajaan UMNO/BN di bawah DS Najib untuk meminda AKTA itu dan ini pasal ingin meNAMPAKkan diri mereka LIBERAL seakan-akan memperBODOHkan diri.. Kalau sebelum ini RAMAI di kalangan juak-juak dalam UMNO/BN berSORAK apabila AKTA Mesin CETAK, AKTA buang NEGERI/DAERAH dan ISA diMANSUHkan, hari ini jelas juak-juak UMNO/BN yang SAMA jugak terNGANGA apabila puak-puak DUNGU dalam PR meLAKUkan keSALAHan yang sebelum ini diHUKUM mengGUNAkan AKTA-AKTA tersebut.. Jadik, siapakah yang meNAMPAKkan diri mereka diperBODOHkan?

Walaupun juak-juak dalam UMNO/BN akan cuba berDALIH KONONnya ada AKTA-AKTA lain yang mengGANTIkan AKTA-AKTA yang diMANSUHkan, SOALnya sehingga HARI ini TIDAK ada seSIAPA pun peSALAH yang meLAKUkan keSALAHan di bawah AKTA-AKTA tersebut berjaya diDAKWA dan diHUKUM.. Apakah Kerajaan UMNO/BN hanya TAHU memBENTANGkan AKTA-AKTA baru tetapi TIDAK mengKAJI keberKESANannya jika dikuatkuasakan? Sama seperti AES yang KONONnya untuk meRAKAMkan peSALAH yang MEMANDU secara SALAH tetapi GAGAL dari segi 'Feasibility STUDY', RAKYAT kena TERIMA aje?

Hari ini terDAPAT 'LOMPONG' yang LEBAR antara AKTA-AKTA yang diLULUSkan dan perLAKSANAannya.. Sehingga hari ini peRUSUH BERSIH 2.0 dan 3.0 masih GAGAL diHUKUM menerusi AKTA PerHIMPUNan AMAN walaupun hampir 'LEBUR' KL dibuatnya? Begitu jugak SUARAM dan NGO-NGO ASING masih BEBAS berMAHARAJALELA menabur FITNAH kerana LEMBABnya pihak berkuasa mengumpulkan BUKTI yang dikeHENDAKi bagi memBOLEHkan mereka diDAKWA di bawah AKTA-AKTA ini.. Ada jugak SENARIO yang menyaksikan kertas SIASATan dikembalikan kerana GAGAL memenuhi kehendak AKTA-AKTA ini..

Beberapa HARI lepas kita menyaksikan ANAK Penasihat PKR yang jugak MP Lembah PANTAI mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu patut BEBAS memilih AGAMA lain daripada ISLAM.. Hari ini dia mula 'KePANASan' apabila RAMAI umat ISLAM menyuarakan BANTAHan terhadap kenyataannya itu.. Dia cuba mengUGUT untuk SAMAN beberapa MEDIA KONONnya memutar-BELITkan kenyataannya itu walaupun yang terAWAL sekali mengeluarkan kenyataannya ialah PORTAL Malaysiakini yang diBIAYAi oleh ZIONIS Neo-CON! ->KLIK<- 


SOALnya, kita HAIRAN kenapa dia meRASAkan dia tuh BEBAS untuk mengUGUT untuk SAMAN beberapa MEDIA yang menyiarkan kenyataan SONGSANGnya itu? ->KLIK<-

Sedangkan dia sendiri sepatutnya boleh diDAKWA oleh Kerajaan PUSAT di bawah AKTA Hasutan bersama-sama PORTAL Malaysiakini yang diBIAYAi oleh ZIONIS Neo-CON? Malah, IRONInya dia TIDAK pulak meNAFIkan apa yang diTULIS di dalam PORTAL Malaysiakini apatah lagi nak SAMAN PORTAL tersebut berHUBUNG kenyataannya itu? HUKUM kepala HOTAK apa yang dia PAKAI? 

Walaupun kita diFAHAMkan DS Najib demi meNAMPAKkan Kerajaan UMNO/BN ini kelihatan LIBERAL cuba mengGANTIkan AKTA Hasutan dengan AKTA KeHARMONIan Nasional, tetapi itu baru di peringkat KAJIAN lagi.. Oleh itu, ANAK Penasihat PKR ini masih boleh diDAKWA di bawah AKTA Hasutan di atas kenyataannya itu.. Anda boleh RUJUK keSALAHannya di sini.. ->KLIK<-

Jadik, di manakah INISIATIF Kerajaan UMNO/BN untuk meLAKSANAkan RUKUNEGARA ke-4 iaitu KeDAULATan Undang-Undang? Atau apakah DS Najib dan Kerajaan UMNO/BN nak TUNGGU kalau NASIB mereka BAIK untuk MENANG PRU-13 baru nak DAKWA keSALAHan sebegini di bawah AKTA KeHARMONIan Nasional? Itu kalau MENANG? Kalau MENANG macam PRU-12? 

Sedangkan hari ini ketika mereka MENANG dan memBENTUK kerajaan pun masih PENAKUT nak berTINDAK terhadap pihak yang melakukan keSALAHan begitu? DS Najib semasa diTANYAkan oleh MEDIA tentang USAHA untuk mengGANTIkan AKTA Hasutan dengan AKTA KeHARMONIan Nasional telah berkata seperti berikut,

"Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,"

"Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan perpaduan nasional," ->KLIK<-

Nampaknya, sementara menunggu AKTA KeHARMONIan Nasional diLULUSkan, RAKYAT terpaksalah pakat-pakat ANGGUK aje terhadap segala macam perLANGGARan undang-undang seperti yang diTUNJUKkan oleh ANAK Penasihat PKR ini? Walaupun ada AKTA Hasutan tetapi kerana ianya TIDAK LIBERAL atau LAPUK, maka kena 'HOLD' dululah untuk menDAKWA para peSALAHnya seperti ANAK Penasihat PKR ini? 

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS