DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, September 17, 2013

UMPAMA 'DAVID VS GOLIATH' untuk peREBUTan JAWATAN KETUA Pemuda UMNO?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SERONOK jugak kita meLIHAT beberapa BLOG sedang memPROMOSIkan perTANDINGan JAWATAN KETUA Pemuda UMNO pada PAU kali ini.. NAMPAKnya, perTANDINGan JAWATAN KETUA Pemuda UMNO kali ini bakal penyaksikan perTEMBUNGan antara PRESIDEN MAYC dan penyandangnya iaitu MENANTU BABAH.. Kalau diLIHAT lebih TELITI, perTEMBUNGan ini UMPAMA BUKU dan RUAS kerana keDUA-DUA mereka berPENDIDIKan dari UK.. BEZAnya, MENANTU BABAH tuh hanyalah berkeLULUSan BIDANG Sains POLITIK/EKONOMI manakala penCABARnya pulak seorang SARJANA dalam KeJURUTERAan KIMIA.. ->KLIK<-


Tatkala UMNO sendiri telah memBUKA RUANG kepada pemilih AKAR-UMBInya untuk memilih PEMIMPIN di peringkat PUSAT, PRESIDEN MAYC itu sepatutnya TIDAK berMASALAH untuk menDAPATkan JUMLAH penCALONan yang sepatutnya.. Tinggal lagi bagaimana dia hendak mengGERAKkan KEMPEN untuk menarik PERHATIAN AHLI-AHLI Pemuda UMNO yang berJUMLAH sekitar 900 RIBU orang itu.. Mungkin PRESIDEN MAYC patut menyedari bahawa kePIMPINan Pemuda UMNO di peringkat PUSAT, NEGERI dan BAHAGIAN keBANYAKkannya telah pun di'MASYUKK!!' semasa peREBUTan JAWATAN KETUA Pemuda UMNO pada TAHUN 2009 dahulu.. PELUANGnya hanya ada jika mereka ini diGANTI..


Selain itu, PRESIDEN MAYC jugak patut TAHU bahawa MENANTU BABAH semasa dia berTANDING JAWATAN Naib KETUA Pemuda UMNO dahulu, entah berapa RAMAI entah yang menCALONkan diri bersama-samanya untuk JAWATAN tersebut.. Akhirnya, SATU demi SATU menarik diri tanpa dikeTAHUi apakah SEBAB musababnya.. Yang KELAKARNya tuh, 'BOSS' Pemuda UMNO ini pada MASA itu pulak memBERIkan AMARAN kepada PRESIDEN UMNO iaitu MERTUA kepada MENANTU BABAH, "Pak Lah jangan MASUK campur URUSAN Pemuda UMNO!".. Maka terBUKTI keBEBALannya yang meMALUkan KETURUNAN DATO' Onn.. 


Kita jugak sepatutnya TIDAK LUPA bahawa semasa peREBUTan JAWATAN KETUA Pemuda UMNO pada TAHUN 2009 dahulu, MENANTU BABAH inilah yang mendapat penCALONan paling MINIMUM berBANDING peSAINGnya yang lain.. Akhirnya, dengan WUJUDnya 'BLACK-Out' semasa pengiraan 700 lebih UNDI di PWTC, maka diTABALkanlah MENANTU BABAH sebagai 'BOSS' Pemuda UMNO.. Sejak itulah GAMAKnya, MODAL 'BLACK-Out' ini diGUNAkan oleh PUAK-PUAK PR untuk memFITNAH SPR hingga WUJUDla pulak HIMPUNan 505 dan sebagainya.. TAKTIK BASI dalam UMNO jugak yang diKUTIP oleh 'CAI-CAI' PR itu.. HE!HE!HE!

Apa yang kita PAPARkan ini bukanlah berTUJUAN untuk meLEMAHkan semangat kepada sesiapa sahaja yang ingin berTANDING JAWATAN KETUA Pemuda UMNO.. Sebaliknya, kita hanya ingin memBERITAHU bahawa anda perlu berSEDIA untuk 'FOUL Play' sekiranya ingin meREBUT JAWATAN tersebut.. Jika anda mengHARAPkan BADAN DISIPLIN UMNO akan memantau dengan TELUS, kita SARANkan agar anda TEGUK dulu AIR KETUM jika mahu memPERCAYAinya! 


UMNO bukannya SUNYI daripada 'FOUL Play' dalam pemilihan PARTI mereka.. Malah, boleh diKATAkan bahawa 'FOUL Play' sebegini sudah SEBATI dalam DARAH orang Melayu/ISLAM yang berPOLITIK.. Kalau dalam UMNO boleh terPILIH 'BOSS' Pemuda UMNO yang SAH-SAH diPALITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG, begitu jugaklah dalam PAS yang menyaksikan Timbalan PRESIDEN paling DUNGU memimpin PARTI itu.. Dalam PKR pulak lagilah.. SKANDAL ANAK-berANAK aje yang mengHIASI pemilihan PARTI itu sejak dulu..


Kita TIDAK NAFIkan bahawa kePIMPINan Pemuda UMNO sekarang terlalu CAKAP BANYAK, berOTAK LIBERAL dan PERASAN diri mereka tuh ELIT.. Keputusan PRU-13 sendiri memBUKTIkan setakat mana sangatlah SOKONGan golongan MUDA Melayu/ISLAM terhadap UMNO sendiri.. Pemikiran LIBERAL yang telah diTANAM oleh MENANTU BABAH dalam kePIMPINan Pemuda UMNO dan jugak terhadap golongan MUDA yang diDEKATinya UMPAMA VIRUS peMUSNAH seperti dalam FILEM 'WORLD War Z'.. Untuk memBASMI VIRUS sebegini bukan MUDAH selagi INDUKnya diBIARkan berMAHARAJALELA dalam UMNO itu sendiri!

Wallahualam.. 
   

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS