##UPDATE: KENYATAAN CALON UMNO DUN SUNGAI LIMAU SENDIRI ~
"Dari segi matematik mudah, saya hanya perlukan sekitar 600 undi lagi bagi mencapai kemenangan dengan majoriti mudah atau sekitar 200 hingga 300 undi masyarakat Cina dan 300 hingga 400 pengundi lain. Sokongan masyarakat Cina tidak seperti dijanjikan, hanya 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan 1,836 pengundi.
Perkara ini wajar menjadi pengajaran kepada BN kerana soal kesetiaan dan permuafakatan politik bukan perkara yang boleh diambil mudah. Pengundi Cina di Sungai Limau Luar, Sungai Limau Dalam, Sungai Daun dan Batu 17, pelaksanaan janji mereka masih boleh dipersoal," ->KLIK<-
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Walaupun PRK DUN Sungai Limau sudah beberapa HARI berlalu tetapi ianya masih diperKATAkan oleh RAMAI pihak.. Kalau kita meneliti beberapa BLOG, ada yang menyuarakan keTIDAK-PUASan HATI berHUBUNG bagaimana UMNO menJALANkan KEMPEN.. Malah, RAMAI yang meRASAkan UMNO berPELUANG untuk MENANG di DUN tersebut meLAINkan UMNO sendiri yang SENGAJA tak mahukan keMENANGan kerana tak mahu diLIHAT sebagai PARTI yang berJUANG untuk kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM sebaliknya untuk golongan LIBERAL.. Apa pun, kita 'INCLUDE' sedikit beberapa PETIKAN BLOG untuk RUJUKAN tadi..
1) BLOG CHEDET
"Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam. Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka." ->KLIK<-
2) BLOG THE UNSPINNERS
"Tamparan pada UMNO hanya datang dari Pemuda UMNO. Ini bukan sebab Pemuda dan Bahagian UMNO tak bantu meraih undi yang nampaknya hanya dilakukan oleh Wanita. Wanita dibiar bersendirian meraih undi hingga ada sampai ditumbuk!!!
Bukan juga sebab kritikan Pemuda tak buat apa dan bilik Gerakan Pemuda dilihat seperti tiada kegiatan. Dan bukan juga sebab Pemuda gagal bawa 2 ribu petugas yang dijanjikan oleh Naib ketua Pemuda Khairul Azwan dalam mesyuarat untuk datang beberapa hari sebelum pembuangan mengundi dan untuk hari mengundi. Mana mereka????????
Mereka hanya hooray hooray bila Khairy datang. Azwan berucap pada mereka yang dah converted.
Difahamkan bila timbul kritikan mereka tak buat apa-apa, pucuk kepimpinan Pemuda hanya mengarahkan Pemuda untuk tunjuk muka atau lain kata "show your presence" supaya ada Menteri dan pucuk kepimpinan nampak kewujudan Pemuda dan anggap mereka ada hadhir bersama. Rata-rata petugas dan sukarelawan luar nampak Pemuda seolah-olah macam VVIP untuk hanya duduk di majlis-majlis yang sepatutnya di duduki oleh pengundi." ->KLIK<-
3) BLOG SANTAU BERAPI
"PAS mujur sesangat pasai Umno tak cerdik. Kalau Umno cerdik, PAS dah lama tutup parti. Umno kalau kempen, mesti cerita ttg pembangunan dan kemajuan. Jadi, utk bukti, Umno akan bawa janji dan mcm2 brgan utk dibagi kpd penduduk. Di Sg Limau, Umno bawa beras dan gula, kemdian dijual dgn harga lelong.
Mcm semut dgn gulalah. Kalau dah jual murah, semua org terpa dan nak beli. Niat Umno utk ambik kesempatan dr Karnival Rakyat di Batu 17 dgn berkempen, tak jadi nyata sbb org hanya nak beli brg murah yg bukan boleh dpt tiap2 hari walaupun Umno menang di Sg Limau. Nasib baik PAS dr awal lagi, kepimpinan dah peringatkan ttg muslihat ini. Bagi barang ambik, undi tetap PAS.
Umno pulak teruja tgk org ramai dtg berkerumun. Sangkaan deme, itu tanda org ramai sokong Umno. Deme dah berpuas hati. Mujurlah Umno tak cerdik. Kalau tak, punah PAS di kubu kuat sendiri." ->KLIK<-
4) BLOG HELEN ANG
"42.2% orang Cina boikot hari pengundian
Bilangan yang keluar mengundi (voter turnout) di Sg Limau ialah 85.5 peratus secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut, 1,065 orang terdiri pemilih Cina. Namun jika diikutkan penglibatan etnik, hanya 57.82 peratus sahaja orang Cina yang membuang undi pada tanggal Nov 4 berbanding anggaran 90 peratus yang menjayakan tsunami Cina 5hb Mei.
Malaysia Today menganggarkan lebih kurang 213 pemilih Cina telah mengundi calon Umno manakala 852 orang Cina undi PAS. Nampaknya seramai 777 pemilih Cina yang berdaftar di Sg Limau lebih rela 'duduk di rumah'". ->KLIK<-
Kita SETUJU dengan keSEMUA kenyataan KRITIKAL di atas.. Kesimpulan MUDAHnya, mana-mana PARTI lawan UMNO TIDAK perlu pun berSUSAH-payah untuk berKEMPEN kerana UMNO sendiri yang akan berKEMPEN untuk KALAH!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment