DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 13, 2014

HINAnya sayur KANGKUNG hanya kerana ianya diSEBUT oleh DS Najib.. HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Apa HINAnya sayur KANGKUNG? Mungkin di kampung-kampung sayur KANGKUNG ni tahap LEKEH cari kat tepi tali air atau SAWAH aje.. Sayur KANGKUNG bukan sahaja menjadi MAKANan orang malah kalau di kampung diBERIkan aje kepada TERNAKan.. Namun demikian, masyarakat kampung TIDAK pernah pun mengHINA keLEKEHan sayur KANGKUNG ini.. Sekurang-kurangnya Allah SWT telah menCIPTAkan KANGKUNG ini boleh dan HALAL diMAKAN di NEGARA kita.. Bayangkan kalau kita di NEGARA-NEGARA Arab? Ada ke PELUANG nak MAKAN sayur-sayuran sebegini secara PERCUMA di pinggir RUMAH?

KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

HE!HE!HE! Apabila DS Najib menyebut PERIHAL sayur KANGKUNG TURUN HARGA, maka ianya menjadi 'VIRAL' di dalam FACEBOOK untuk MENGUTUK kenyataan beliau.. HINAnya sayur KANGKUNG itu hanya kerana diSEBUT oleh DS Najib sebaga CONTOH antara SAYURan yang HARGAnya TURUN.. Ya.. Kita tak NAFIkan SENTIMEN keMARAHan atau cuba 'PROVOKE' keMARAHan kepada DS Najib kerana KONONnya keNAIKkan HARGA barangan.. Namun demikian, dari SUDUT yang lain pulak jelas meNAMPAKkan kita ini KUFUR NIKMAT terhadap ANUGERAH ALAM yang Allah SWT BERIkan walaupun ianya sekadar SAYUR MURAHan dan diperLEKEHkan..


Kalau kita memBACA KOMEN-KOMEN 'MENGEJEK' dan 'MENGUTUK' di dalam FACEBOOK, sebenarnya mereka ini terdiri daripada GENERASI yang TIDAK SEDAR pun bahawa TOK NENEK mereka dahulu mungkin hanya makan NASI berULAMkan KANGKUNG yang diHINA mereka ini.. Tak tahulah kalau 60 atau 70 TAHUN dulu pun TOK NENEK mereka dah PANDAI makan SALAD berMAYONIS! KAH!KAH!KAH!


Apa pun, jelaslah bahawa pihak yang mengHINA sayur KANGKUNG ini sebenarnya SENGAJA diDIDIK oleh puak-puak tertentu agar TIDAK berSYUKUR, berSIFAT HALOBA dan akan menJAHANAMkan NEGARA kalau TIDAK diBERIkan keMEWAHan..

Mungkin ada yang KATA kenyataan kita ini KETERLALUAN.. Namun demikian, REALITInya HARI ini kalau NAMA Allah SWT pun RELA untuk KONGSIkan dengan AGAMA lain dan ada pulak PEMIMPIN POLITIK mengatakan 'HOLY Water' TIDAK meMUDARATkan UMAT ISLAM, jadik anda FAHAM-FAHAMlah dengan 'TREND' pemikiran GENERASI 'PAK KADOK' seperti sekarang.. Kalau mereka MENGAKU dari KECIL lagi KONONnya MAK BAPAK mereka begitu menekankan pasal ISLAM, HARI ini SPESIS manakah yang terHEGEH-HEGEH nak mengGADAIkan NAMA Tuhan sendiri demi menumpang keMARAHan RAKYAT berHUBUNG ISU keNAIkan HARGA?

Kita dah meLETAKkan kePENTINGan DUNIAWI mengatasi AKHIRAT sebenarnya.. Dalam pada dok KATA Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dulu HIDUP ala SEDERHANA tapi kita dan 'MENYALAK' sakan IKUT keMAHUan SYAITAN LIBERAL Neo-CON yang MAHUkan keMUSNAHan NEGARA ini.. BerMULA dengan PROVOKASI ISU NAMA Allah SWT untuk keGUNAan AGAMA lain, kita PERCAYA semakin BANYAK USAHA untuk mengHANCURkan ISLAM di NEGARA ini.. Ianya akan diLINDUNGi disebalik ISU keNAIKkan HARGA BARANGan yang keBANYAKkannya AKIBAT MANIPULASI di peringkat pemBORONG dan peRUNCIT yang diMONOPOLI oleh KAUM 'AH-Beng'..


SEMUAnya berMULA dengan pengHINAan terhadap KANGKUNG yang SINONIM dengan MAKANan orang-orang Melayu di kampung.. Lepas nih pulak akan adalah 'BATU API' diMAINkan oleh MEDIA yang KONON-KONONnya TELUS tuh.. ->KLIK<- 


SEMUAnya PROVOKASI yang MEREPEK untuk menCETUSkan keMARAHan UMUM dan meLINDUNGi AGENDA pihak-pihak yang diMAKSUDkan.. Sebenarnya hanya TINGGAL langkah menCETUSkan keKACAUan ala-ala Mesir aje yang belum diLAKUkan oleh mereka.. Kalau itu berLAKU, puak-puak yang dok mengHINA makan KANGKUNG ini akan menerima HAKIKAT bahawa SEMUA keMEWAHan mereka terpaksa diLEPASkan!

NEGARA ini TIDAK akan seLAMA-LAMAnya KEKAL MEWAH.. Apabila kita diUJI dengan BENCANA seperti BANJIR di Kemaman dan Kuantan aje dah RAMAI yang meMAKI-HAMUN berlebih-lebihan.. Walhal, ianya TIDAKlah seDAHSYAT di Bangladesh, Filipina atau pun di Haiti semasa GEMPA BUMI dahulu? HARI ini sayur KANGKUNG diHINA apabila ianya terKELUAR dari MULUT seorang PM yang diKATAkan kerajaannya TIDAK berHEMAH mengURUSkan perBENDAHARAan.. Namun, PERCAYAlah sek-sok jika berlaku keKACAUan seperti yang cuba diCETUSkan oleh puak-puak pengHINA ISLAM LIBERAL Neo-CON, RUMPUT pun terpaksa diTELAN.. HE!HE!HE!

P.S: Hari ini sayur KANGKUNG diHINA kerana dianggap LEKEH apabila diSEBUT oleh PM DS Najib.. Agaknya kalau DS Najib SEBUT sayur macam ASPARAGUS atau 'RADISH' ke apa ke ada ke mereka nih tak MENGUTUK? Jangan HARAPlah! HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Sejarah Hang Tuah..depa nak tgk puteeri cina depa mkn kangkong..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS