DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 25, 2014

Antara DASAR 'BLUE Ocean' kerajaan yang bakal 'MEMBUNUH' kita SEMUA di kemudian HARI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pada HARI Sabtu lepas, kita telah mengunjungi PAMERAN KERJAYA ANJURan sebuah AGENSI mencari perKERJAan secara 'ONLINE' di KLCC.. BANYAK jugaklah AGENSI kerajaan yang turut SAMA menyertai PAMERAN tersebut.. Antara yang menarik perhatian kita ialah sebuah AGENSI seperti TALENT Corporation yang turut memBUKA 'BOOTH' di sana.. Yang menarik perhatian kita ialah bagaimana TALENT Corp. ini turut memBERIkan penerangan kepada WARGA ASING (EXPATRIAT) untuk beKERJA di NEGARA ini selain TUGASan RUTIN mereka yang kita TAHU iaitu menarik TENAGA MAHIR luar NEGARA kembali ke NEGARA ini..


Dalam KONTEKS ini, kita mendapat INFORMASI bahawa keWUJUDan TALENT Corp. ini TIDAK boleh 'OVERLAPPING' dengan mana-mana AGENSI di bawah KeMENTERIan SUMBER Manusia.. Namun demikian, kita jugak terTANYA-TANYA jika TIDAK mahu 'OVERLAPPING', kenapakah FUNGSI TALENT Corp. ini TIDAK diWUJUDkan sahaja dalam KeMENTERIan SUMBER Manusia? Kenapa ianya diLETAKkan di bawah PEMANDU, seBUAH badan 'PUNAH-sihat' yang selalu KONTROVERSI? Sampai sekarang kita GAGAL menDAPAT JAWAPAN walaupun kita TANYAkan sendiri kepada peTUGAS TALENT Corp. di 'BOOTH' tersebut..

Dalam SOAL ini, kita sebenarnya sangat-sangat SAKIT HATI dengan Kerajaan UMNO/BN di bawah kePIMPINan DS Najib.. Sangat SAKIT HATI kerana tatkala kerajaan cuba menarik SEMULA TENAGA MAHIR kembali ke dalam NEGARA, TENAGA MAHIR sedia ada di dalam NEGARA ini pulak diABAIkan sehingga ada yang meREMPAT dari SATU PAMERAN KERJAYA ke PAMERAN KERJAYA yang lain.. Walaupun RAMAI di kalangan mereka ini LULUSan luar NEGARA, RAMAI jugak di kalangan mereka ini diPINGGIRkan dengan SENGAJA BAIK oleh pihak SWASTA dan pihak kerajaan.. Kenapa Kerajaan DS Najib BUTA dalam SOAL ini?


Walaupun ada di antara mereka menDAPAT peKERJAan, keBANYAKkan KERJAYA mereka TIDAK ada PROSPEK samada untuk mereka meMAJUkan diri, apatah lagi POLISI PIHAK ATASan sendiri yang menekan mereka untuk menDAPATkan keUNTUNGan yang MAKSIMUM.. Inilah perkara yang langsung diperSETANkan samada oleh TALENT Corp. atau pun oleh pihak KeMENTERIan SUMBER Manusia.. HARI ini para peKERJA tempatan semakin diTINDAS oleh para MAJIKAN.. IRONInya, walau seTINGGI mana pun SIJIL yang mereka ada, pihak MAJIKAN tetap nak mereka diEKSPLOITASI tanpa menJAGA KEBAJIKan mereka!

Sungguh memeranjatkan apabila PAMERAN KERAJA di KLCC pada hujung minggu lepas turut diHADIRi oleh WARGA ASING yang turut SAMA mengHANTAR 'RESUME' mereka.. Di sini kita terTANYA-TANYA apakah OBJEKTIF PAMERAN KERJAYA ini? Kenapakah tatkala RAKYAT dan GRADUAN tempatan semakin diPINGGIRkan, BANYAK pulak SYARIKAT dan GLC kita memilih WARGA ASING? KeCENDERUNGan ini terlalu KETARA terUTAMAnya dalam SEKTOR ICT yang memPERLIHATkan RAMAI WARGANEGARA India beKERJA di SEKTOR ICT TEMPATAN sebagai EXPATRIAT di GLC-GLC.. Apakah kerajaan PEJAM MATA sahaja terhadap GEJALA ini?


- Apakah TIDAK ada langsung WARGA tempatan yang mampu meLAKUkan KERJA sedemikian? 

- Apakah TIDAK ada langsung WARGA tempatan yang berkeLULUSan seperti mereka?

- Apakah sudah menjadi DASAR di GLC-GLC untuk mengUTAMAkan WARGA ASING meLEBIHi WARGA tempatan?

Kerajaan jugak GAGAL mengawal KONGLOMERAT ASING yang berOPERASI di NEGARA ini daripada mengUTAMAkan peKERJA tempatan.. Tatkala Kerajaan DS Najib mengALU-ALUkan keMASUKan peLABURan ASING ke NEGARA ini, sangat menJELEKkan meLIHAT SEKTOR peKERJAan tersebut diDOMINASI oleh WARGA ASING.. Anda boleh LIHAT sendiri di CYBERJAYA, KL SENTRAL dan sekita Jalan Ampang di mana KONGLOMERAT ASING lebih RELA meng'HIRE' WARGA ASING untuk beKERJA di NEGARA ini daripada meng'HIRE' WARGA tempatan! Apakah ini SATU keBANGGAan oleh DS Najib, PEMANDU, TALENT Corp. dan lain-lain?

Mungkin bagi seorang yang KEMARUKkan GELARan LIBERAL seperti para PEMIMPIN UMNO/BN, GEJALA ini sesuatu yang LUMRAH dan mesti diTERIMA.. Namun demikian, lagi sekali ianya menJELEKkan apabila meLIHAT kePIMPINan UMNO/BN pada HARI ini jugak bukanlah mereka yang beKERJA dari bawah atau pun SPESIS yang menimba PENGALAMAN dan PENGETAHUAN untuk BERJAYA.. KeBANYAKkan PEMIMPIN UMNO/BN ialah SPESIS yang menCARI keSENANGan dengan memPERDAYAkan orang lain.. Nak CONTOH? Anda boleh TANYA kat 'BOSS' Pemuda UMNO dan para rakan 'PUNAH-sihat'nya iaitu 'LEVEL 4 Boys'..

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS