DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, March 13, 2009

SETUJU dengan Datuk Ibrahim Ali - IMUNITI ahli Parlimen patut ditarik balik pasal rakyat tak pilih 'LOTONG' atau 'BERUK' sebagai Ahli Parlimen


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini bersetuju dengan saranan Datuk Ibrahim Ali agar 'KEKEBALAN' atau 'IMUNITI' Ahli Parlimen kita ditarik balik dan mereka harus dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan seperti orang awam walaupun dalam Parlimen.. Kita sebagai rakyat mesti ingat bahawa setiap kali pilihanraya, kita memilih seorang wakil untuk menyuarakan perihal masalah yang kita hadapi sebagai rakyat.. Dengan kata lain, rakyat tak pilih LOTONG atau BERUK untuk menjadi jurucakap mereka atau berbahas bagi kepentingan mereka.. Adalah memalukan sekiranya para Wakil Rakyat yang seharusnya mendokong Rukunegara ketiga iaitu KELUHURAN PERLEMBAGAAN suka bertekak dan saling mengata sesama sendiri dalam Parlimen macam kelakuan LOTONG dan BERUK di zoo!

Semalam dua orang ahli Parlimen telah digantung oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.. Seorang kerana menyebut perkataan 'NGAM', seorang lagi kerana cubaan mengaitkan pemimpin tertinggi kerajaan dengan satu kes bunuh warga asing yang perbicaraannya masih berlangsung di mahkamah.. Sepatutnya Ahli Parlimen tersebut yang jugak merupakan seorang peguam boleh dikenakan Tindakan Menghina Mahkamah, namun kerana IMUNITI Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, beliau hanya dikenakan tindakkan keluar dewan yang langsung tak memberi kesan apa-apa pun.. Malah Speaker Dewan Rakyat yang mengenakan tindakkan tersebut turut diperlekehkannya.. Sebelum ini BAPAK kepada Ahli Parlimen yang sama pernah dikenakan tindakkan keluar dewan.. Malah BAPAKnya jugak pernah mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya di dalam Dewan Rakyat kepada seteru politiknya.. BAPAK BOREK ANAK RINTIK..

Persoalannya, adakah rakyat memilih mereka untuk bersikap seperti LOTONG atau BERUK dalam Dewan Rakyat? Adakah ini kesalahan RAKYAT yang memilih mereka atau kesalahan mereka yang tidak menunaikan TANGGUNG JAWAB terhadap rakyat? Seharusnya ada satu undang-undang khusus untuk menghukum mereka yang bersikap seperti ini.. Tindakkan Speaker Dewan Rakyat yang hanya mampu menggantung Ahli Parlimen atau mengeluarkan mereka dari persidangan sebenarnya macam cikgu sekolah yang denda budak nakal dengan suruh lari keliling padang aje.. Zaman CYBER nih, budak sekolah pun boleh TERAJANG cikgu atau pukul cikgu hinggakan cikgu pun teragak-agak nak ambil tindakkan disiplin terhadap mereka.. Adakah dengan membiarkan perlakuan sebegini dalam Parlimen, negara kita dilihat mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih KETERBUKAAN atau TELUS seperti yang sering diwar-warkan oleh bakal mantan PM kita?

Kita KECEWA jugak dengan RESPON hambar yang diberikan oleh Ahli Parlimen kerajaan terhadap cadangan Datuk Ibrahim Ali ini seperti yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 semalam.. Ada yang menyifatkan cadangan tersebut akan membuatkan status mereka yang bersidang macam bersidang kat kedai kopi atau mesyuarat cawangan UMNO aje.. Malang sungguh kerana mereka tidak melihat punca cadangan tersebut dikeluarkan adalah disebabkan SIKAP mereka sendiri yang masuk Parlimen menjadikan status Parlimen kita macam 'Ahli Majlis Mesyuarat Tingkap' di kedai kopi!Rakyat yang hanya mampu melihat kelakuan Ahli Parlimen melalui TV pun dah naik JELAK dengan adegan sebegini.. Memang untung jadik Ahli Parlimen kerana walaupun hanya sepenggal dan berkelakuan seperti ini, mereka boleh menerima PENCEN sampai mati.. Rakyat yang menonton kelakukan mereka dalam Parlimen pulak mati pun kena berhutang!

Wallahualam..

Wednesday, March 11, 2009

Selepas PPMSI, mungkin ada gerakan pemansuhan PLKN, Wawasan 2020, Hak keistimewaan Melayu dan lain-lain pulak..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! LUCU sungguh bila baca kenyataan seorang TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA di DBP yang menggelabah sakan bila Gerakan Pemansuhan PPMSI yang diterajuinya didakwa didalangi oleh pembangkang.. Selepas berlaku kejadian pecah cermin kereta, polius FRU dipukul dan rusuhan hinggakan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, boleh pulak mengaku KONONnya dia tak tahu apa-apa? Boleh pulak mengaku dia tidak kenal dan tidak mengajak para perusuh melakukan huru-hara sedemikian rupa? PENGECUT pulak dah? Bukankah bila diinterview dalam TV bukan main 'BERSERI' lagi muka dia mendakwa KONONnya 'rusuhan' tersebut berjaya mencapai matlamat? KONONnya tujuan 'rusuhan' tersebut hanya nak menyampaikan memorandum kepada YDP Agong sedangkan semua maklum YDP Agong pun tidak ada di Istana Negara ketika itu! HE!HE!HE!

Blog ini bersetuju dengan kata-kata DS Hishamuddin Tun Hussein yang bersyukur dengan berlakunya 'rusuhan' tersebut, sekaligus mendedahkan siapa sebenarnya yang boleh dibuat kawan, dan siapa sebenarnya yang boleh dibuat lawan.. Siapa sebenarnya yang benar-benar PATRIOTISME dan memikirkan nasib anak bangsanya dan siapa sebenarnya yang hanya ber'CAMOUFLAGE' dan bersikap TALAM DUA MUKA terhadap nasib anak bangsanya di era globalisasi ini.. Jugak kita boleh faham siapa sebenarnya yang mahukan Melayu terus ketinggalan menguasai ilmu dan terus mundur ketika bangsa-bangsa lain berlumba-lumba melahirkan modal insan tahap global yang mampu menjadikan negara mereka maju ke hadapan.. Tak keterlaluan kalau kita kata mustahil kesusateraan Melayu akan dihargai di peringkat global sekiranya dunia kesusateraan negara masih dipelopori oleh para TUA KUTUK PEMAKAN GAJI BUTA semasa bekerja di DBP seperti mereka ini yang bertindak menggunakan kepala lutut berbanding kepala otak..

Selepas berlaku 'rusuhan' baru-baru ini, mereka harus sedar bahawa gerakan mereka sebenarnya tidak pun mendapat sambutan kerana yang hadir rata-rata adalah pihak pembangkang yang jelas ada agenda untuk mempolitikkan sahaja PPMSI.. Ingat! sasaran mereka adalah 100 ribu 'perusuh', jadik, adakah angka tersebut telah tercapai? Tak usahlah menipu rakyat lagi kerana paparan media jelas menunjukkan KEHADIRAN muka dan perut boroi Mat Sabu, Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PAS! Para pemimpin PAS yang sebelum ini SENYAP terus bila ISU nama Allah SWT hendak digunakan oleh akhbar Kristian dan juga isu di mana Teresa Kok menggantikan papan tanda bertulisan JAWI di Kuala Lumpur? Ingat rakyat dan para ibu bapa begitu bodoh ke nak terpedaya dengan slogan puak-puak Lebai PAS tuh? Malah 'rusuhan' ini juga seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO sendiri terutamanya UMNO Johor dan 2 calon Ketua Pemuda UMNO yang menentang PPMSI agar tidak mencari PUBLISITI MURAH dengan memPOLITIKkan isu ini..

Semasa menonton liputan 'rusuhan' ini menerusi siaran BERNAMA TV, kita terlihat ada satu 'banner' yang tertulis "Batalkan Peralihan Kuasa - Pak Lah hapuskan PPMSI" diletakkan di bahagian atas lobi Masjid Negara.. Sungguh pelik kenapa pulak isu PPMSI nak dikaitkan dengan peralihan kuasa dalam UMNO? Sejak bila pulak Pak Lah bersekongkol dengan puak-puak perusuh ini? Atau adakah memangnya wujud persekongkolan sebegini sempena Perhimpunan Agung UMNO pada Mac kali ini? Kita memang tahu semasa Pak Lah berkuasa, atas nama 'KETERBUKAAN', banyak dasar-dasar untuk negara yang telah pun dipersetujui, dirumus kembali atau di'JENAMA'kan semula.. Ini termasuklah AUKU, SPRM dan Suruhanjaya Perlantikkan Hakim.. Sekirannya atas nama 'KETERBUKAAN' hasrat busuk mereka ini diberi muka, bukan aje PPMSI, malah PLKN, Wawasan 2020, Hak Keistimewaan Melayu dan banyak lagi akan dimansuhkan - cukup sekadar sebut nama Pak Lah yang dah nak bersara dah.. Agaknya itulah sebabnya TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA yang beriya-iya menentang PPMSI nih bersungguh benar nak jumpa Pak Lah sebelum Perhimpunan Agung UMNO? Tak ada agenda POLITIK KONON! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Friday, March 06, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL - Semoga kita menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasullulah SAW dalam memperjuangkan dan meyampaikan ajaran Allah SWT kepada kita..

P.S:- Janganlah kita mencemari sambutan Maulidurrasul dengan perarakan yang langsung tidak mencerminkan semangat keislaman seperti orang-orang FASIQ yang nak buat tunjuk perasaan pasal malas nak belajar PPMSI depan Istana Negara hari Sabtu ini..

Jugak janganlah kita mengingati Rasulullah SAW dengan menyamakan diri kita seperti baginda terutamanya apabila kita kalah memimpin jentera pilihanraya disamakan dengan Rasulullah SAW dan umat Islam kalah Perang Uhud.. HE!HE!HE!


Wallahualam..

Thursday, March 05, 2009

Lagi pasal PPMSI - FAQ dan sebab mereka menentangnya

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kat bawah ni adalah petikan FAQ dari Forum Kelab Chedet dan petikan kisah kenapa puak-puak GMP tu cuba menentang PPMSI hingga macam tahap menentang NAJIS DADAH dari Forum KMU.NET.MY untuk dikongsi bersama..

Petikan dari Forum Kelab Chedet:-

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, ianya menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas dalam bidang yang dirujuk. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang mana akan membawa kegagalan dalam menguasai konsep dan asas bidang-bidang tersebut. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu tersebut.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Oleh kerana kita adalah pengguna, kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi.Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Ini kerana kita jauh lebih kehadapan dalam teknologi. Malah kita akan dihormati. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi lagi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan didalam transistor yang membawa kpd penghasilan transistor radio (walkman).

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya telah mempunyai banyak kekangan. Maka kini wujudlah teori-teori baru seperti CNT (carbon nano-tube) based transistor untuk menggantikan silicon. Malah kajian juga telah dibuat terhadap RNA dan DNA based semiconductor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru.Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil sekiranya sejak dari darjah satu didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikut keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.


Yang ini pula adalah petikan daripada seorang forumer KMU.NET.MY tentang sebab-musabab kenapa PPMSI ditentang mengalahkan menetang NAJIS DADAH!

Petikan dari forum KMU.NET.MY:-

Pandangan Page

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu.

Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page):

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG Kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala Bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid darjah satu dan tingkatan satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di tingkatan satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap darjah lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu


Mintak MAAF le panjang SIKIT tapi LENGKAP dengan penerangan dan penjelasan.. Kot dah memang baka pemalas tuh, memang lambat 'pick-up' le jawabnya.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Monday, March 02, 2009

Lagi pasal PPMSI - Kenapa mereka yang membantah PPMSI ni bukan jenis yang pakai OTAK?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini kalau kita lalu depan Wisma Sejarah Jalan Tun Razak (Bersebelahan dengan PUSRAWI berhadapan dengan IJN), anda akan nampak 'BANNER' yang menolak PPMSI tergantung pada anjung bangunan tersebut.. Nampaknya kempen memBURUKkan PPMSI sudah sampai ke tahap 'KURANG AJAR' hingga premis-premis awam pun habis diperalatkan? PPMSI seolah-olah diletakkan setaraf dengan 'NAJIS DADAH' oleh puak-puak yang tidak ada OTAK dan TUA-TUA KUTUK bekas pemakan gaji buta di DBP.. Sedangkan minggu lepas semasa seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan agar Bahasa Mandarin turut digunakan sebagai 'BAHASA RASMI' dalam urusan kerajaan, langsung kita tak dengar sebarang RESPON daripada para TUA-TUA KUTUK bekas pemakan gaji buta di DBP? Inilah dia 'PEJUANG BAHASA MELAYU' yang anda banggakan!

Ramai orang mengatakan KONONnya dasar PPMSI adalah dasar untuk menolak penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atau tuduhan yang lebih DAHSYAT lagi terutamanya daripada Lebai-Lebai PAS ERDOGAN, PPMSI adalah usaha untuk menghapuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan! Juga antara alasan yang sering dikemukakan KONONnya semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka sekita 500 tahun dahulu, Bahasa Melayu adalah bahasa 'lingua franca' di rantau ini ketika itu.. Ya kita tak nafikan peranan Bahasa Melayu pada zaman tersebut namun wajar juga kita ingatkan bahawa pedagang luar datang ke Melaka pada masa itu bukan untuk mempelajari ilmu dalam Bahasa Melayu sebaliknya untuk mengaut segala hasil bumi kita! Kalaulah ketika itu nenek moyang kita peka dengan perkembangan ilmu, dah tentu Melaka tak jatuh ke tangan penjajah dalam tempoh berperang kurang sebulan?

Apabila kita baca Sejarah Melayu, kita akan dapati pada zaman kegemilangan Melaka, lebih kurang 70 bahasa dipertuturkan di pada masa itu.. Dengan kata lain, Melaka telah pun menjadi pelabuhan 'ENTREPOT' bertaraf GLOBAL pada masa itu.. Faktor bahasa bukanlah penghalang untuk Melaka menjadi maju dan menarik pedagang asing datang.. Malah boleh kita katakan bahawa pada zaman kegemilangan Melaka di masa Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah, ramai penduduk Melaka boleh bertutur dalam banyak bahasa.. Menurut Hikayat Hang Tuah pula, Hang Tuah sendiri mahir bertutur dalam banyak bahasa.. Kalau tidak, masakan Hang Tuah diutus oleh Sultan Melaka sebagai wakil baginda menemui Raja ROM (Turki Uthmaniah) dan Raja Benua Keling (Kesultanan Delhi).. Itu semua tertera dalam hikayat lama yang menggambarkan keadaan negeri Melaka 500 tahun dahulu.. Nampak sangat dalam isu PPMSI kita sendiri yang merendah-rendahkan DARJAT dan KEMAMPUAN kita berbanding nenek-moyang kita 500 tahun dahulu!

Apabila membaca tulisan seseorang bernama Ali Bukhari Amir dalam Harakah yang menyarankan agar Tun Dr Mahathir 'BERTAUBAT' kerana menyokong PPMSI, rasa lucu lagi LAWAK tidak dapat dibendung lagi.. Kita TIDAK perlukan seorang TOTOK LEBAI PAS ERDOGAN yang kita tahu sejak dahulu lagi TAK PERNAH MENYUMBANGKAN apa-apa pun untuk kebaikkan negara ini.. Dengan 'BERLAGAK MENJADI TUHAN' dan merasakan Tuhan melantik mereka sebagai WAKIL untuk menentukan siapa masuk SYURGA, siapa masuk NERAKA, mereka dengan senang hati 'MEMFATWA'kan PPMSI sebagai BERDOSA dan mereka yang menyokongnya perlu BERTAUBAT? Nampaknya memang banyak Lebai PAS yang kategori SAKIT OTAK macam nih! KAH!KAH!KAH!

Nabi SAW sendiri asalnya tidak tahu membaca hinggalah Jibril AS mengajar baginda membaca 'IQRA'.. Dengan kata lain, Nabi SAW adalah contoh terbaik untuk kita rujuk apabila menuntut ILMU bukannya Lebai PAS ERDOGAN bernama Ali Bukhari Amir yang merasakan dia dah jadik WAKIL TUHAN di muka bumi ini.. Ahli-ahli PAS wajar bersyukur parti mereka tidak ada cawangan di Pakistan, Afghanistan atau India kerana kalau ada, NAYA aje cawangan tu kena BOM dek pengebom berani mati akibat suka buat FATWA ala-ala orang SAKIT OTAK macam Ali Bukhari Amir ini.. Kalau ada orang buat macam tu kat Markas PAS di Chow Kit tuh, mungkin pasal mereka pun tak tahan membaca FATWA macam nih! KAH!KAH!KAH!

Sepatutnya IBU-BAPAlah yang menentukan apa jenis pendidikan yang mereka rasakan sesuai untuk anak-anak mereka termasuklah dalam soal PPMSI ini.. Namun, kita wajar jugak meneliti bahawa kebanyakkan ibu-bapa zaman sekarang ni jauh berbeza dengan ibu-bapa zaman dahulu.. Kalau dahulu, ramai ibu-bapa yang inginkan anak-anak mereka jadi seperti Pendeta Zaaba sekarang ni ramai ibu-bapa yang inginkan anak-anak mereka jadik artis macam Mawi.. Ye la sampaikan KAHWIN pun orang sponsor hantar naik HELIKOPTER lagi? Ibu bapa mana yang tak nak tumpang 'GLAMOUR'? Sebab itulah kalau kita tanya ibu-bapa pasal PPMSI pun, rasanya ada yang bersikap acuh tak acuh aje.. Kalau ibu-bapa zaman sekarang SERIUS dengan pendidikan anak-anak macam ibu-bapa zaman dulu, kita takkan jumpa anak-anak kita yang masih belajar melakukan kes-kes sebegini:-

Kita tak akan jumpa budak sekolah ponteng kelas hisap rokok dekat LRT?

Kita takkan jumpa KES budak sanggup tendang cikgu macam kat Perlis?

Kita takkan jumpa budak-budak berkumpul membuang masa kat depan Maybank Jalan Bukit Bintang, Pavillion atau Times Square?

Kita takkan jumpa budak-budak jual DVD LUCAH kat Petaling Street atau kat pasar malam?

Kita takkan jumpa budak-budak merempit kat Jalan Raja Laut, Jalan Kuching atau MRR2?

Kita takkan jumpa budak baru lepas PMR kena belasah sampai mati pasal berebut kekasih macam baru-baru nih kat Cheras?


Mungkin kalau kita ikut 'STYLE' fatwa Lebai PAS ERDOGAN bernama Ali Bukhari Amir, gejala yang berlaku terhadap anak-anak kita seperti di atas tak perlu bertaubat kot? Agaknya dia kena tanya Karpal Singh tentang apa sebenarnya makna 'TAUBAT' tuh! HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS