DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 11, 2009

Selepas PPMSI, mungkin ada gerakan pemansuhan PLKN, Wawasan 2020, Hak keistimewaan Melayu dan lain-lain pulak..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! LUCU sungguh bila baca kenyataan seorang TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA di DBP yang menggelabah sakan bila Gerakan Pemansuhan PPMSI yang diterajuinya didakwa didalangi oleh pembangkang.. Selepas berlaku kejadian pecah cermin kereta, polius FRU dipukul dan rusuhan hinggakan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, boleh pulak mengaku KONONnya dia tak tahu apa-apa? Boleh pulak mengaku dia tidak kenal dan tidak mengajak para perusuh melakukan huru-hara sedemikian rupa? PENGECUT pulak dah? Bukankah bila diinterview dalam TV bukan main 'BERSERI' lagi muka dia mendakwa KONONnya 'rusuhan' tersebut berjaya mencapai matlamat? KONONnya tujuan 'rusuhan' tersebut hanya nak menyampaikan memorandum kepada YDP Agong sedangkan semua maklum YDP Agong pun tidak ada di Istana Negara ketika itu! HE!HE!HE!

Blog ini bersetuju dengan kata-kata DS Hishamuddin Tun Hussein yang bersyukur dengan berlakunya 'rusuhan' tersebut, sekaligus mendedahkan siapa sebenarnya yang boleh dibuat kawan, dan siapa sebenarnya yang boleh dibuat lawan.. Siapa sebenarnya yang benar-benar PATRIOTISME dan memikirkan nasib anak bangsanya dan siapa sebenarnya yang hanya ber'CAMOUFLAGE' dan bersikap TALAM DUA MUKA terhadap nasib anak bangsanya di era globalisasi ini.. Jugak kita boleh faham siapa sebenarnya yang mahukan Melayu terus ketinggalan menguasai ilmu dan terus mundur ketika bangsa-bangsa lain berlumba-lumba melahirkan modal insan tahap global yang mampu menjadikan negara mereka maju ke hadapan.. Tak keterlaluan kalau kita kata mustahil kesusateraan Melayu akan dihargai di peringkat global sekiranya dunia kesusateraan negara masih dipelopori oleh para TUA KUTUK PEMAKAN GAJI BUTA semasa bekerja di DBP seperti mereka ini yang bertindak menggunakan kepala lutut berbanding kepala otak..

Selepas berlaku 'rusuhan' baru-baru ini, mereka harus sedar bahawa gerakan mereka sebenarnya tidak pun mendapat sambutan kerana yang hadir rata-rata adalah pihak pembangkang yang jelas ada agenda untuk mempolitikkan sahaja PPMSI.. Ingat! sasaran mereka adalah 100 ribu 'perusuh', jadik, adakah angka tersebut telah tercapai? Tak usahlah menipu rakyat lagi kerana paparan media jelas menunjukkan KEHADIRAN muka dan perut boroi Mat Sabu, Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PAS! Para pemimpin PAS yang sebelum ini SENYAP terus bila ISU nama Allah SWT hendak digunakan oleh akhbar Kristian dan juga isu di mana Teresa Kok menggantikan papan tanda bertulisan JAWI di Kuala Lumpur? Ingat rakyat dan para ibu bapa begitu bodoh ke nak terpedaya dengan slogan puak-puak Lebai PAS tuh? Malah 'rusuhan' ini juga seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO sendiri terutamanya UMNO Johor dan 2 calon Ketua Pemuda UMNO yang menentang PPMSI agar tidak mencari PUBLISITI MURAH dengan memPOLITIKkan isu ini..

Semasa menonton liputan 'rusuhan' ini menerusi siaran BERNAMA TV, kita terlihat ada satu 'banner' yang tertulis "Batalkan Peralihan Kuasa - Pak Lah hapuskan PPMSI" diletakkan di bahagian atas lobi Masjid Negara.. Sungguh pelik kenapa pulak isu PPMSI nak dikaitkan dengan peralihan kuasa dalam UMNO? Sejak bila pulak Pak Lah bersekongkol dengan puak-puak perusuh ini? Atau adakah memangnya wujud persekongkolan sebegini sempena Perhimpunan Agung UMNO pada Mac kali ini? Kita memang tahu semasa Pak Lah berkuasa, atas nama 'KETERBUKAAN', banyak dasar-dasar untuk negara yang telah pun dipersetujui, dirumus kembali atau di'JENAMA'kan semula.. Ini termasuklah AUKU, SPRM dan Suruhanjaya Perlantikkan Hakim.. Sekirannya atas nama 'KETERBUKAAN' hasrat busuk mereka ini diberi muka, bukan aje PPMSI, malah PLKN, Wawasan 2020, Hak Keistimewaan Melayu dan banyak lagi akan dimansuhkan - cukup sekadar sebut nama Pak Lah yang dah nak bersara dah.. Agaknya itulah sebabnya TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA yang beriya-iya menentang PPMSI nih bersungguh benar nak jumpa Pak Lah sebelum Perhimpunan Agung UMNO? Tak ada agenda POLITIK KONON! HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Semua peserta sama ade dari parti sendiri atau parti lawan dalam drama yang berpanjang lebar ini,walaupun sudah pun mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dan Titah demi Titah.
Masih ade pelakon baru dan juga yang lama yang terus keluarkan kenyatan dan juga jalankan tindak tanduk tanduk bertujuan dan matlamat yang asal —- Kehinaan kpd DYMM dan perlembagaan.
Soal nya sudah ke belum ke pihak pihak itu sampai ke garis batasan dan melebihinya ?
Sudahke mereka sampai titik noktah yang tidak bolih patah balik ?
Atau pun semua pihak mencari cari garis itu atau noktah yang bergerak ?
Atau semua pihak yang ade kuasa masih tidak mahu mengambil pendirian yang jelas ?
Atau pun saperti sahabat saya istilahkan TAHUN MELAWAT MAKHAMAH dan hari ini ada PAKEJ RANSANGAN dan MINI BAJET termasuk bayaran kepada peguam peguam bebas ?
Menteri ada, tapi yang perdana adalah Proton Perdana.
Ke mana pergi “the Leadership FACTOR” kedua pihak pemerintah dan pembangkang?
Tiap tiap satu orang yang berpangkat,berkedudukan dan
berkuasa tunggu dan lihat ?
Tunggu tumpah darah ?
CARPE DIEM atau Quo Vadis ?
changkat lobak.
arjuna waspada.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS