Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, October 31, 2008
Sekali-sekala Datuk Noh Omar & Datuk Ong patut naik TEKSI sekitar KL
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pembaca sekalian pun pernah mengalami pengalaman 'HAPRAK' dengan pemandu atau driver teksi sekitar KL kan? Aku pun sama:-
KES 1
Hari ni semasa aku balik solat jumaat kat KLCC, aku cuba la tahan teksi kat depan pintu masuk LRT underground depan KLCC tuh.. Sekali ada sorang mamat 'driver' tuh nak 'charge' sampai RM15 untuk jarak dari KLCC ke depan Institut Jantung Negara.. Haprak betul.. Terus aku naik LRT, turun kat Ampang Park dan tahan teksi lain kat situ.. Logik ke tambang sampai RM15 hanya untuk jarak tak sampai 10km pun? Tambang sebenar hanya sekitar RM4 - RM5 aje kalau pakai meter..
KES 2
Aku pernah menghadiri temuduga kat Millenium Plaza sebelah dengan Kompleks Pavillion.. Bila nak balik, aku tahan teksi kat depan Millenium Plaza tuh.. Sekali kena pulak la dengan 'driver' India.. Nak charge RM20 dari depan Millenium Plaza sampai ke Celcom Jalan Semarak.. Aku jalan kaki sikit ke belakang Wisma Genting tahan teksi lain.. Bayar cuma RM6 aje pakai meter..
KES 3
Balik dari keje, aku turun dekat LRT Jelatek dan tahan teksi depan stesen Petronas untuk ke Jalan Keramat Hujung.. Daripada 4 teksi kosong yang aku tahan, semuanya tak nak ke Jalan Keramat Hujung.. Teksi ke-5 pulak kononnya kata gas habis nak ke stesen NGV Kg. Baru.. Aku desak jugak suruh dia ikut Jalan Keramat Hujung dan suruh dia ambik 'shortcut' ikut Jalan Pawang keluar depan MINDEF.. Nampak sangat pemandu teksi pun tak kenal jalan?
KES 4
Kali ni jauh sikit.. Aku turun depan Stesen Komuter Subang Jaya belakang Subang Parade dan naik teksi ke Hyundai 3S dalam Kawasan Perindustrian Temasya, Glenmarie.. 'Driver' teksi mintak RM20.. Aku beralah lah pasal susah nak dapat teksi ke situ.. Luar sikit dari KL, 'driver' teksi bermaharajalela letak tambang ikut perut dia walhal seluruh teksi dalam Lembah Kelang wajib pakai meter tambang?
Aku pernah dok Japan.. Pemandu teksi sana sangat disiplin dan sentiasa kenakan 'charge' ikut meter yang diletakkan.. 5 tahun aku dok sana, tak pernah lagi la aku naik teksi yang diorang letak tambang sesuka hati.. Kalau diorang tak tahu destinasi, diorang akan hubungi HQ diorang untuk panduan sebelum bertolak.. Bukan macam 'driver' teksi kita yang dah jalan sekerat baru terkial-kial nak cari arah.. Bila agaknya kita nak capai tahap servis sedemikian rupa?
Aku difahamkan pengeluaran Permit Teksi nih bawah Kementerian D. Noh Omar.. Namun penguatkuasaan pakai meter ke tak ni bawah Kementerian DS Ong Tee Kiat.. Aku tertanya, pernah ke diorang ni cuba naik teksi sebagai orang biasa macam kita? Pernah ke diorang meletakkan diri diorang sebagai penumpang dalam situasi sedemikian? DS Ong dah menang Presiden MCA dah.. Agaknya D. Noh pun kena menang Naib Presiden UMNO dulu baru nampak keje dia patut buat kat Kementeriannya?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan