Monday, November 03, 2008

The WINNER didn't win all, the LOSER didn't lose all



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita wajar mengucapkan TAHNIAH kepada DS Najib kerana 2 perkara berikut:-

1) Mahkamah memutuskan Abdul Razak Baginda tidak bersalah berSUBAHAT dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.. DS Najib dikaitkan secara tidak langsung apabila Abdul Razak Baginda dikatakan sebagai salah seorang 'think tank' bagi pihak DS Najib.. Malah, pembebasan Abdul Razak Baginda sekaligus memBERSIHkan nama DS Najib dan DS Rosmah yang KONONnya memainkan watak 'belakang tabir' disebalik pembunuhan tersebut..

2) DS Najib menang tanpa bertanding sebagai calon Presiden UMNO ke-7.. Dengan mendapat pencalonan melebihi 138 pada minggu lepas, DS Najib telah memenangi kerusi Presiden UMNO.. Syabas jugak diucapkan kepada Ku-Li yang diwar-warkan untuk bertanding jadi Presiden tetapi kurang pencalonan kerana menunjukkan amalan demokrasi sihat masih wujud walaupun UMNO masih bergelumang dengan gejala POLITIK WANG ketika pencalonan musim ini..

Namun, DS Najib masih ada 5 bulan lagi sebelum 28 Mac 2009 di mana beliau dijangka akan ditabalkan sebagai Presiden UMNO secara rasmi.. Seharusnya dalam masa 5 bulan inilah DS Najib sepatutnya merangka strategi dan meminta ahli bermuhasabah terhadap cabaran dan 'BALA' yang dihadapai UMNO sekarang.. Apa yang dihadapi UMNO ketika ini bukannya berpunca daripada tindakkan DS Abdullah Badawi dan menantunya sahaja, ia juga berpunca daripada kelemahan dan tidak ada disiplin dikalangan ahli UMNO sendiri.. Inilah yang membuatkan rakyat biasa rata-rata meluat dengan UMNO dan mereka memprotes dengan beri undi kepada lawan, tidak keluar mengundi atau buat undi rosak..

Haraplah DS Najib sentiasa mengamalkan nasihat Tun Dr Mahathir:-

"The WINNER didn't win all, the LOSER didn't lose all"

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan