Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, November 13, 2008
Perbandingan daya ingatan DS Nazri dengan Tun Dr Mahathir
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
DS Nazri Aziz patut MALU pasal daya ingatannya jauh lebih rendah daripada Tun Dr Mahathir yang berumur 84 tahun.. Ini dibuktikan apabila DS Nazri mengakui kesilapan fakta berhubung dengan status bekas Ketua Hakim Negata, Tun Salleh Abbas dan 5 hakim yang lain berkenaan isu pemberian Ex-Gratia kepada mereka.. Berikut adalah petikan Utusan Malaysia:-
Nazri : Enam hakim kanan `memang dipecat’
13/11/2008 12:19pm
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain `sememangnya’ dipecat.
Menurutnya, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.
Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar, sebaliknya sememangnya mereka telah dipecat namun mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu.
"Saya telah menemui surat daripada Yang Dipertuan Agong ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat.
``Surat ini tiada siapa yang tahu. Tetapi saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen... saya tidak ada fakta mencukupi ketika menjawabnya, saya kata 'mereka mungkin dipecat'.
"Itu tidak benar. Saya mahu katakan memang mereka dipecat tetapi mereka masih terima pencen," katanya di lobi Parlimen hari ini. - Utusan.
Buletin Tengahari TV3 pula menyiarkan rakaman sidang Dewan Rakyat yang menyaksikan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh menyarankan DS Nazri dirujuk kepada sebuah suruhanjaya Parlimen kerana kenyataannya yang ada unsur pemBOHONGan.. Seharusnya MP Barisan Nasional mengambil iktibar kepada apa yang berlaku kepada DS Nazri ini agar kedudukkan MP Barisan Nasional tidak diperlekehkan sedemikian rupa di mata rakyat.. Ini bukan MP biasa tapi seorang MP yang berjawatan Menteri! Mana nak SOROK MUKA? DS Nazri, you're really a HATCHET man!!
Wallahualam..
ni la anjing penjilat yang patut di humban keluar dari UMNO.
ReplyDeleteanjing kalau kerja menjilat mana nak ingat satu benda pun kecuali taik yang dia jilat tu
Kerana dia nak kena refer kat badab Parlimen sebab tu dia cepat2 minta maaf.... kalau tidak cakap dia aje betoi!
ReplyDeleteItulah cara Menteri PERASAN!
Cakap Brader Anwar Bin Ibrahim lagi betoi...mmg tarak tipu punya...
ReplyDeleteTiada yang benar, melainkan benar belaka...hehehehe
P/S: Masihkah kau ingat Nostalgia 16 September?