Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, November 14, 2008
Sajak Kematian - Kenapa tak TAYANGkan kat remaja Melayu yang bermasalah?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Terdapat berbagai pendapat berhubung dengan penayangan filem pendek Sajak Kematian yang menggambarkan suasana alam kubur.. Ada beberapa sekolah di negara kita mengambil inisiatif menayangkan filem ini kepada murid sekolah rendah seawal tahun satu.. Ini menjadi pertikaian tentang kewajaran filem ini ditayangkan kepada murid-murid yang berumur seawal 7 tahun yang belum pun dikira akil baligh.. Malah, Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin jugak turut mengulas seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia..
Henti tayang Sajak Kematian - Mufti Perlis
KANGAR 13 Nov. - Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.
Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.
''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.
''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.
Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.
Secara peribadi, aku jugak ingin mempersoalkan kewajaran penayangan filem sedemikian kepada murid-murid sekolah yang belum pun AKIL BALIGH atau masih memerlukan bimbingan untuk memahami urusan agama.. Seharusnya banyak lagi perkara wajib dalam Islam yang perlu mereka fahami sebelum menonton Sajak Kematian ini.. Malah kalau menurut pendapat jumhur ulama, anak-anak yang belum Akil Baligh tak akan dikenakan siksa kubur sekiranya mereka meninggal dunia..
Namun, bukan aku menolak tentang kandungan filem ini yang memaparkan tentang siksa kubur.. Malah, aku jugak bersetuju dengan objektif penayangan filem ini untuk memberi kesedaran tentang kehidupan selepas mati.. Benar, siksa kubur pasti ada dan bukan itu yang dipersoalkan.. Sebaliknya, kita kena tahu siapa yang patut kita pertontonkan kandungan filem ini..
Sepatutnya, ada pihak-pihak berwajib mengambil inisiatif untuk menayangkan filem-filem ini kepada Mat-Mat Rempit, Mat Dadah, Bohsia, Bohjan, Mat Punk, Mat Skinhead, Mat Gothic dan ramai lagi yang suka melepak kat Times Square, Bukit Bintang, KLCC, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid dan sekitar Pavillion.. Bukankah mereka semua ni menjadi sebegini kerana tak tahu tentang 'kehidupan selepas mati'?
Itulah.. Selalu sangat orang kita nih yang KONONnya berlagak tahu agama dan ingin menyedarkan orang lain tapi selalu salah TARGET.. Sudahnya, yang rosak terus jadi rosak, yang taksub, makin jadi semakin TAKSUB..
Wallahualam..
Baru nak tayang...depa dah cabut lari...hehehehe
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteHE!HE!HE! Kalau kita TAYANG kat 'Kaki Politik Wang' dalam UMNO sama 'Kaki Rasuah SEKS' dalam PKR pun patut tengok jugak rasanya..
Wallahualam..