Thursday, December 11, 2008

Kisah 'Antara Dua Darjat' dan QARUN di Bukit Antarabangsa



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pertama sekali izinkan aku ucapkan TAKZIAH kepada mangsa tanah runtuh terutamanya mangsa daripada 14 rumah banglo yang musnah.. Semoga ALLAH SWT menempatkan umat Islam yang terkorban dikalangan mereka yang berIMAN kepadaNYA.. Kepada yang masih hidup, ambillah ini sebagai pengajaran atau pun ujian Tuhan dan teruskanlah kehidupan seperti sediakala.. Sesungguhnya kehidupan mesti diteruskan kerana itulah fitrah kejadian manusia..

Syabas juga diucapkan kepada pihak pertahanan awam, polis, tentera dan jugak pihak hospital yang berkaitan kerana bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa tanpa mengira penat lelah selama 24 jam.. Bukan senang untuk menangani keadaan seperti ini tanpa sumbangan mereka.. Malah mereka juga turut diancam bahaya di tempat runtuhan apabila mereka terpaksa bertugas untuk mencari mangsa.. Jasa dan bakti mereka wajarlah disanjung tinggi apabila kita menilai pengorbanan mereka..

Namun yang tak sedapnya tuh apabila segelintir penduduk terutamanya penduduk seramai 3000 orang yang tidaklah terjejas seperti mangsa 14 buah rumah banglo ini tetapi terperangkap akibat runtuhan tanah di kediaman mereka MELEMPARKAN kata-kata KURANG MANIS terhadap para petugas yang cuba menyelamatkan mereka.. Inilah dia SIKAP ANTARA DUA DARJAT yang JELIK tetapi masih wujud dalam masyarakat Malaysia.. IBARAT MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, mereka sewenang-wenangnya menaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada orang yang membantu mereka terutamanya apabila ada 'close-up' dari pihak MEDIA..

Antara kata-kata atau perbuatan JELIK yang dipaparkan adalah seperti berikut:-

1)Menuduh pihak penyelamat MENCURI harta benda mereka - Mana lebih penting, NYAWA atau HARTA? Dalam keadaan bencana seperti ini, adalah LUMRAH sekiranya berlaku kehilangan harta benda.. Sepatutnya diri sendiri ambillah langkah pencegahan yang betul, bukan melemparkan TUDUHAN!

2)Membuang nasi BUNGKUS yang dibekalkan pasukan penyelamat - Agaknya dah 'standard' orang KAYA, makan dalam pinggan emas kat rumah besar atas Bukit Antarabangsa.. Nasi bungkus orang bagi buang kasi makan BABI Hutan aje (seperti yang ditunjuk dalam TV3)

3)Menuduh pihak tentera atau pasukan penyelemat tidak membantu mereka menyelamatkan harta benda - Aik? Ada cakap mintak tolong ke tak? Boleh ke bagi jaminan pihak yang membantu tuh tak akan diTUDUH sekiranya berlaku apa-apa kehilangan?

4)'Demand' TAK nak duduk di pusat pemindahan sementara (sekolah) - Rupanya mintak dengan pihak kerajaan agar bagi Hotel 5 Bintang atau kuarters kerajaan sebagai tempat mereka tinggal untuk sementara waktu.. Tu dia.. Mangsa bencana alam dilayan macam VVIP?

5)Menuntut pampasan yang tidak sepatutnya - Kita faham sepatutnya adalah pampasan diberikan terutamanya 14 rumah yang menyembah bumi tuh.. Namun, ada ke patut rumah yang diarah dikosongkan pun mintak kerajaan bayar pampasan? Tak reti ke mintak dengan pemaju? Bukannya kerajaan ambil tanah diorang pun?

Semakin banyak PUBLISTI yang diberikan oleh pihak media, semakin 'naik LEMAK' golongan TAK SEDAR DIRI ini! Semua penduduk KL tahu golongan jenis apa, pendapatan berapa RM sebulan baru layak tinggal di Bukit Antarabangsa.. Kalau tanya orang KL kat mana 'Beverly Hills' Malaysia, pasti akan tunjuk ke arah Bukit Antarabangsa! .. Malah sukar untuk tidak percaya sekiranya mereka yang menetap di kawasan ini KONONnya tak ada pelindungan insuran atau takaful!

Respon kerajaan kita dalam melayan tuntutan pihak sebegini juga amat meMALUkan.. Main ikut aje.. Orang lain jadi mangsa banjir, mangsa tsunami, mangsa ribut dan lain-lain tak pernah pun dapat LAYANAN sebegini? Penting sangat ke pihak kerajaan atau ahli politik untuk dapat SPONSOR 'fulus' daripada golongan sebegini apabila tiba pilihanraya sehinggakan golongan 'marhaen' diketepikan? Adakah wujud 'KASTA ala-ala HINDRAF' dalam bantuan bencana?

Dalam Al Quran pernah disebut kisah Qarun yang ditenggelamkan hartanya akibat engkar dengan ajaran Nabi Musa AS.. Nampaknya hanya beberapa kerat aje antara kita yang mengambil iktibar daripada kisah-kisah dalam Al-Quran..

Wallahualam..

2 comments:

  1. saya sokong...dia orang sepatutnya mohon pampasan dari pemaju bukan kerajaan. Semasa nak beli tanah di lereng bukit tu rujuk kerajaan ke? atau beli kerana tempat tu branded International?

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    TQ di atas KOMEN En. Zul..

    Seharusnya ada pihak tampil ke depan untuk beri penjelasan dan menepis tohmahan bukannya membiarkan isu ni dimainkan ikut sentimen hingga menjadikan keadaan kelam-kabut..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan