Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, December 24, 2008
PPSMI - hasrat MURNI yang diKABURkan oleh keDUNGUan pemimpin POLITIK
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
PPSMI diperkenalkan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir dengan tujuan untuk menggalakkkan para pelajar membiasakan diri dengan istilah Sains dan Matematik apabila mereka mendalami pengajian dalam kedua-dua bidang berkaitan di peringkat lebih tinggi.. Kenapa Bahasa Inggeris dipilih? Ini kerana hampir 60% maklumat atau ilmu terdapat dalam Bahasa Inggeris.. Bahasa Inggeris dipertuturkan dan menjadi lingua-franca lebih 50% negara di dunia.. Dengan kata lain, orang DUNGU sahaja menafikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa GLOBAL..
Kenapa pula subjek Matematik dan Sains perlu dipelajari dalam Bahasa Inggeris? Ini kerana banyak istilah-istilah dan penemuan-penemuan baru dalam kedua-dua bidang ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.. Memang sepatutnya menjadi tanggung-jawab pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Dewan Bahasa & Pustaka untuk memastikan istilah-istilah ini diTERJEMAHkan dalam Bahasa Melayu.. Malangnya, peruntukkan masa (timeframe) dan tenaga kerja yang diperlukan sangat-sangat tidak mencukupi.. Oleh kerana tidak mahu negara kita ketinggalan dalam segala bidang, maka Tun Dr Mahathir telah mengambil inisiatif mengubah teknik pembelajaran Sains dan Matematik sebelum ini dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di SRJK kepada Bahasa Inggeris..
Sebenarnya ini bukan perkara baru pun.. Singapura telah melaksanakan usaha sebegini lebih awal.. Malah sekarang ini India dan China telah pun mengambil langkah yang sama.. Dengan jumlah penduduk yang berkali ganda jauh lebih ramai berbanding Malaysia, nescaya pelaburan asing ke negara-negara terbabit akan meningkat.. Dalam masa yang sama, adakah kita dapati bahasa asal penduduk negara terbabit hilang? Tak jugak kerana rata-rata penduduk negara terbabit mempunyai JATI DIRI yang cukup kuat.. Bukan macam sesetengah daripada mereka yang berhijrah ke negara ini.. Sudah le menentang usaha seperti di atas, malah penguasaan Bahasa Melayu mereka pun LEMAH!Jenis tak sedar diri, nak kata macam mana..
Yang peliknya tuh, usaha sebegini diTAFSIRkan sebagai usaha untuk menidakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan oleh orang Melayu sendiri? KONONnya kerajaan tidak menDAULATkan Bahasa Melayu, kerajaan tidak prihatin dengan nasib bahasa ibunda dan banyak lagi.. Sedangkan apabila Teresa Kok menukar papan tanda jalan di KL kepada papan tanda 4 bahasa, diam pulak GOLONGAN nih? Antara yang membantah PPSMI ialah:-
1) Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Cina (Dong Jiong Zhong)
Mereka membantah KONONnya berpendapat Bahasa Cina lebih sesuai untuk belajar Sains dan Matematik berbanding Bahasa Inggeris.. Kita dah memang tahu berapa kerat aje dia antara mereka ni yang mengamalkan peribahasa 'Bumi dipijak, langit dijunjung', jadi bukanlah persoalan pun mereka bersikap sebegini..
2) Parti Politik Cina yang RACIST (DAP)
Golongan nih memang kita tahu depan kita mereka bantah.. Belakang kita, mereka sanggup berhabis DUIT hantar anak-anak mereka ke US, UK dan Singapura untuk belajar di sana.. Aik? Agaknya kat US sana subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka agaknya?
3) Golongan ERDOGAN dalam Parti Islam Se-Tanah Melayu
Sebenarnya mereka bukan faham pun apa yang mereka BANTAH.. Sekadar merealisasikan hasrat BUSUK golongan ERDOGAN yang teringin ber'Perdana Menteri'kan DSAI aje.. Untuk jadik PM, DSAI akan setuju apa sahaja hasrat golongan bukan Melayu walaupun akhirnya akan meRUGIkan Melayu sendiri.. Yang peliknya tuh, jenis 'TAK MASUK SEKOLAH' macam YB bekas penolak TROLI kat Kedah pun turut membantah? Walhal dia bukannya pernah belajar kat UNIVERSITI pun?
4) Golongan yang mengaku PEJUANG BAHASA, Budayawan, SASTERAWAN dan sebagainya..
Golongan ini sebenarnya golongan terpelajar.. Namun mereka kena faham, mereka juga tidak mampu untuk membantu negara khususnya orang Melayu apabila negara ketandusan teknologi atau kekurangan kepakaran dalam bidang-bidang sains yang lebih kompleks.. Takat buat SAJAK, puisi atau cerpen dalam Bahasa Melayu tak akan menjadikan orang Melayu mampu buat roket ciptaan sendiri! Sepatutnya mereka LEBIH memikul tanggung-jawab untuk melakukan penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu.. Namun golongan ni nampaknya lebih suka 'pegang mikrofon' berbanding 'pegang pen dan kamus'?
5) Golongan dalam UMNO sendiri yang berebut jawatan parti..
Bukan RAHSIA lagi dua orang calon Ketua Pemuda UMNO menyuarakan bantahan terhadap PPSMI ini.. Yang seorang tu memang kita tahu la dia tak mahu ada orang Melayu dapat menyaingi KARIERnya dalam POLITIK.. Supaya dia dapat meneruskan SURVIVAL atas hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi UMNO ketika ini.. Maklumlah, SUSAHla dia kalau ada orang pandai sikit dari dia yang berkelulusan Sains Politik OXFORD tuh.. Namun, yang peliknya calon yang seorang lagi tuh.. HARAM kita tak faham sebab-musabab dia nak membantah? Dia kata dia faham sebab PPSMI dilakukan tapi dia masih nak MANSUHkan PPSMI? KONONnya dia kata tentangan terhadap PPSMI yang kuat menyebabkan dia sokong supaya diMANSUHkan.. Kalau takde SEBAB, takkan nak belajar dalam Bahasa JAWA kot?
Jadi anda dapat lihat dan baca sendiri PETUALANG yang sebenarnya tidak pun menyumbang kepada pembangunan negara sebaliknya cuba menDAJALkan pulak usaha membangunkan negara tanpa sebab-sebab yang munasabah.. Adakah dengan memahami Sains dan Matematik mengurangkan jati diri dan keSETIAan kita pada negara sendiri? Atau adakah perbuatan dan SIKAP golongan-golongan di atas yang akan meJAHANAMkan negara ini nanti? Pelik jugak, budak-budak sekolah takde masalah pun dengan PPMSI tapi golongan kat atas yang disebutkan pulak lebih-lebih?
Wallahualam..
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara dan alangkah baiknya jika ramai orang melayu berfikiran begini, sayangnya ramai orang melayu walau pun terpelajar tapi tidak mahir berfikir, atau berfikir dlm kotak dia sahaja.
ReplyDeleteSaya lebih suka berterus terang, kita ambil contoh professor Ismail Hussain dari Gapena yg sangat lantang menentang sampai nak bawa ke mahkamah, inikah kerja cendikiawan melayu ? Kita nak makan sajak dan cerpen atau puisi saja kah ? Kenapa tak bantah orang guna BI dlm blog ? dlam perbualan harian ? semuanya orang melayu, kalau orang puteh kita tak bantah speaking tapi rasanya cendikiawan yg menentang ini pun turut guna BI dlm kehidupan harian mereka.
Orang politik lagilah tidak konsisten.
aku ..yang kaum pendatang nie memang ler... tak sedar di untung.
ReplyDeleteYang sedih nya bangsa melayu terpelajar tu..
si Ismail Hussn...anak kampung, dapat masuk sekolah omputih... cuba tanya dia, hilang ke jati diri dia sebagai anak MELAYU??
Nie semua amalan nak kencing anak bangsa..Dah lah si golongan agama PIS yang kunun pandai bahasa arab lebih dari orang lain, nak kencing umat Islam...masuk pulak MELAYU cam tu...punak lah bangsa!!
Ape2 je lah..
ReplyDeleteBerani buat berani tanggung..
Takkan nak suruh budak2 pulak yang menanggungnya :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu?
ReplyDeleteERkkk....Saudara/i Anon??
ReplyDeletejangan lah menyangka org lain tak belajar sejarah.
Dulu ramai ambil contoh JEPUN maju tanpa bahasa Inggeris.
Lanie Inggeris maju keran tinggalkan Bahasa Latin.
Benarkah org Inggeris meninggalkan bahasa latin?? Rajin rajin lah buka kamus.. Benarkah mereka maju selepas tinggalkan bahasa latin??
Sejarah dunia kebanyakkan di tulis dalam Bahasa Inggeris..
Patut lah!! Tak faham kot?? Tu yang pandai yang buat andaian sendiri!!
Oh!! WTF!!