Wednesday, January 07, 2009

LCCT kat Labu pulak dah.. Kali ni nak KENYANGkan 'BROKER' mana pulak?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kat Malaysia, MIER dah menurunkan unjuran pertumbuhan negara kepada 2.5%.. Itu kadar yang sama pada tahun 1997/98 dahulu.. Kadar pengangguran dijangka mencecah setengah juta orang.. Kita tak sebut lagi pasal FDI dan kadar BLR yang dijangka tidak menentu pada tahun ini.. Malah dalam berita semalam jugak diLAPORkan cadangan agar kerajaan meningkatkan jumlah duit dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negara.. Namun semua 'figure' ini langsung tidak melambangkan 'keTAKUTan' kerajaan kita terhadap ketidak-tentuan ekonomi GLOBAL..

Sekarang timbul cerita kerajaan nak bina LCCT baru kat Labu, Negeri Sembilan.. Hanya sekitar 50km aje dari KLIA.. Dengar cerita lagi, ini usaha terbaru Sime Darby selepas 'KEGAGALAN' memilikki Institut Jantung Negara.. Malah, ini jugak dikatakan IKHTIAR terbaru BROKER yang kebulur DUIT memandangkan persaraan Dolah dan tarikh Perhimpunan Agung UMNO semakin dekat.. Takut tak sempat nak 'mengHULOR' karang, KALAH pulak masa pemilihan nanti..

Jom kita tengok faktor LOKASI.. Labu bersempadan dengan Sepang dan berdekatan sangat dengan Nilai dan Batang Benar.. Jarak antara Labu dengan KLIA sekitar 50-60km sahaja.. Kalau ikut KAPASITI penumpang, KLIA dibina khas untuk menampung sehingga 125 ribu penumpang.. Setakat ini, kapasiti KLIA hanyalah sekitar 25-hingga 30 ribu penumpang.. Malah keluasan KLIA memungkinkan 5 lagi landasan terbang mampu dibina untuk pendaratan atau perlepasan 'flight'.. Dengan kata lain, penduduk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak tak payah bina lapangan terbang dah cukup guna KLIA sahaja..

Air Asia sebelum dipindahkan ke LCCT pernah meminta dengan kerajaan untuk menggunakan Lapangan Terbang Subang.. Masa tu kalau tak silap Menteri Pengangkutan ialah DS Chan Kong Choy.. Namun, kerajaan berKERAS untuk memaksimumkan penggunaan KLIA sebagai HUB penerbangan serantau.. Maka hasrat Tony Fernandes tidak tercapai.. Malah, kita masih ingat lagi bahawa LCCT sedia ada boleh diperbesarkan sekiranya kapasiti penumpang meningkat.. Baru 2,3 tahun berlalu dah jadik cerita lain pulak dah?

Sima Darby diberitakan memiliki bank tanah di kawasan Labu.. KONONnya dengan alasan untuk meMAJUkan tanah terbabit, Sime Darby memintak keizinan kerajaan untuk membuka kawasan tersebut dengan membina LCCT baru KONONnya khusus untuk Air Asia.. Bolehkah pembinaan lapangan terbang di negara ini diKHUSUSkan untuk sesebuah syarikat penerbangan semata-mata? Sebagai sebuah KONGLOMERAT gergasi negara, Sime Darby memang berkemampuan melakukan sedemikian namun apakah RELEVANnya dengan keadaan sekarang? Adakah keperluan penerbangan bagi negara sangat mendesak ketika satu dunia dilanda masalah ekonomi GLOBAL?

Sime Darby pernah dipertanggung-jawabkan untuk memajukan salah sebuah KORIDOR 'keSAYANGan' Pak Lah iaitu NCER di utara tanah air.. Setakat ini, apakah kejayaan yang berjaya dilakukan oleh Sime Darby dalam KORIDOR tersebut? Adakah sekadar SLOGAN dan GIMIK semata-mata? Kisah NCER ini hampir lenyap terutamanya apabila Kedah, Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.. Apa dah JADI agaknya? Duit habis dah LEBUR kot?

Kenapa GILA sangat kerajaan ketika ini? Adakah RAKYAT mintak semua ini? Adakah RAKYATmengundi UMNO agar mereka diMOMOKkan dengan berita sebegini ketika ekonomi GLOBAL tidak menentu? Adakah ini hanyalah HASRAT segelintir INDIVIDU yang 'memperKUDAkan UMNO' demi kepentingan PERIBADI? Jika itu matlamat tersembunyi, berSEDIAkan UMNO ditolak dan diPUPUSkan semasa pilihanraya berikutnya? Fikir-fikirkanlah..

Bakal Presiden US, Barack Obama pun RISAU dengan ekonomi US sampaikan dia langsung tak berdalih tentang penguncupan ekonomi yang bakal dia hadapi sebagai Presiden US.. Malangnya kita kat Malaysia langsung tak sedar dan masih lagi berMEWAHan sampaikan nak bina Lapangan Terbang baru sedangkan Lapangan Terbang lama pun belum "fully utilised"?

Wallahualam..

3 comments:

  1. Otak yang dah tak betoi akan melakukan sesuatu kemudaratan kepada orang lain. Seolah-olah seorang gila dalam wad memukul atendan hospital yang ingin memberikannya ubat ... akhirnya, atendan takut dan lari ...

    itulah Dol, dia nak orang bagi dia ubat (undi) supaya terus berkuasa ... tapi, dah pala otaknya biol dan tak waras, dia memukul orang itu (pengundi) dengan masalah-masalah yang bertimpa-timpa, bertindih-tindih dan bermacam-macam ...

    Pengundi pun lari akibat Dol ...

    Parti pun binasa ... Dol punya kerja! ... Projek yang tak perlu, tak penting, tak payah la diadakan ... Inilah Dol, kerakusannya menjahanamkan segala yang dibina sejak sekian lama.

    Semoga projek mega yang merosakkan masa depan parti, di hentikan. Salamz!


    AloQStaQ

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Aku INGIN mengIMBAS balik berita-berita tahun 2006/ 2007 semasa LCCT dipindahkan ke Sepang.. Dari situ korang patut INGAT betapa BA-BInya manusia bernama Tony Fernadez dan 'BEROK-BEROK' dibelakangnya yang berselidnung sebagai 'BROKER' nak makan KOMISEN!

    Quote:
    November 30, 2007 21:45 PM

    LCCT-KLIA Can Meet Growing Passenger Volume - MAHB

    SEPANG, Nov 30 (Bernama) -- Plans are afoot to expand the capacity and facilities at the Low Cost Carrier Terminal at Kuala Lumpur International Airport (LCCT) here to enable it to handle 15 million passengers a year from the current 10 million.

    Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) senior general manager for operations Datuk Azmi Murad said today work on the extension will begin "quite soon" although the investment involved has yet to be determined, he told a media briefing here on the LCCT.

    "The 15 million passenger capacity will also meet the future growth of AirAsia X operations," he added, referring to the low cost long haul carrier which has begun services to Australia's Gold Coast.

    For now, Azmi said, the LCCT is still able to accommodate the current passenger volume as it is expected to handle "only seven million this year".

    On the additional facilities, he said this will include a RM6.2 million food court called "Food Garden" next to the terminal. It will house eight outlets and accommodate up to 660 customers at any one time.

    Five outlets will be operated by vendors picked by the Entrepreneur and Cooperative Development Ministry, he added.

    On the congestion at the check-in counters presently, Azmi blamed the situation on AirAsia's check-in system under which only two counters are opened for each flight.

    -- BERNAMA


    Dari The STAR

    Quote:
    Thursday August 9, 2007
    New, bigger LCCT to be built
    By V.P. SUJATA
    PUTRAJAYA: A new and bigger Low-Cost Carrier Terminal for the KL International Airport will be built in three to four years' time as the current LCCT is nearing its full capacity of 10 million passengers a year.

    The new terminal with the capacity to accommodate 30 million passengers a year will be located closer to the main terminal.

    The Express Rail Link services, which were initially planned for the current LCCT would not proceed, as it would be connected with the new LCCT later.

    Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced this after chairing the Cabinet Committee Meeting on Public Transportation here today. He said the current LCCT would undergo further expansion to increase its capacity to accommodate 15 million passengers annually.

    "The Cabinet committee had agreed to the construction of the new LCCT and for immediate allocation for the expansion of the current LCCT which will soon reach its maximum capacity.

    "The new LCCT will take three to four years to complete while the current one would be converted for some other use," he said, adding that low-cost carrier AirAsia would be operating the new LCCT.

    The current LCCT, built at a cost of RM108mil started operations in March last year. Among the expansion plans for it are work on the arrival and departure lounges, and the carpark.

    He said the plan for the new LCCT would be finalised in a month.

    Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy, who was present at the meeting, said the current LCCT, which was designed as a warehouse, would be converted into a cargo terminal when the new LCCT starts operating.

    He said although the Government anticipated the current LCCT would reach maximum capacity soon, they had to build it first before they could plan the bigger LCCT.


    Anda boleh MERUJUK semua ini kat

    http://www.lcct.com.my/lcct_news_index.php

    BANDINGkan pulak dengan kenyataan Tony Fernandez dalam Utusan Malaysia pada hari ini

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

    MACAm Setan!!!

    Dia ingat BINA airport macam beli rumah? Dia nak sebuah Airport HANYA untuk Air Asia sahaja.. Diulangi HANYA untuk Air Asia.. Sejak bila pembinaan Lapangan Terbang dalam dunia nih hanya untuk sebuah syarikat penerbangan?

    Mintak Tony Fernandes BUKTIkan duit Sime Darby tuh bukan DUIT RAKYAT? Semua duit GLC adalah berMODALkan duit rakyat dalam KWSP, PNB, LTAT atau Tabung HAJI!!!

    Apa tindakkan anda??

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. To facilitate AirAsia’s move from Subang Airport to KLIA in 2002, AirAsia was given a waiver of all aeronautical charges (excluding Passenger Service Charge (PSC)) paid by AirAsia for their flights over and above what the airline was paying at Subang Airport. This waiver was for a period of five years (2002-2007) and was applicable not only at KLIA but also at all other airports in Malaysia that AirAsia may operate to. This waiver was for both domestic and international flights, which includes landing, parking, aerobridge and check-in counter charges. AirAsia also enjoyed special rental rates for office space at all airports.

    malaysiaairports.wordpress.com

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan