Wednesday, January 07, 2009

Apa yang TERSIRAT dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Menarik benar pilihanraya Kuala Terengganu pada kali ini untuk diperhatikan.. Walaupun kita bersyukur tidak berlaku sebarang keKECOHan seperti di Permatang Pauh, namun terlalu awal untuk menyatakan piliharaya kali ini berlangsung secara AMAN damai dan HARMONI.. Apa yang menariknya kali ini, piliharaya Kuala Terengganu ditandingi secara 3 penjuru melibatkan pertembungan musuh tradisi UMNO VS PAS VS Calon BEBAS.. Setiap calon mendakwa ada sokongan dan ada OBJEKTIF masing-masing kepada pengundi.. Benarkah begitu? Jom kita TENGOK satu-satu..

1) Pemilihan Datuk Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS
Datuk Wahid sebenarnya wakil rakyat PAS bagi DUN Wakaf Mempelam.. Pemilihan beliau menandakan PAS Terengganu tidak mahu terikat dengan calon-calon yang 'diSUKAi' oleh Geng ERDOGAN.. Kalau kita teliti, pemilihan calon oleh PAS Terengganu seolah-olah satu 'keterbalikkan' terhadap apa yang berlaku oleh UMNO semasa piliharaya kecil Permatang Pauh.. UMNO masa tuh memilih Datuk Arif Shah yang jadi wakil rakyat DUN Seberang Jaya sebaga calon menentang DS Anwar Ibrahim..

2) Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon UMNO
Rasanya tidak perlu diperkatakan lanjut lagi pasal ini.. Anda boleh membaca banyak tentang ini dalam Blog-Blog lain malah dalam Blog ini juga telah pun diperkatakan sebanyak 2 kali.. Malah, dengar cerita pengundi Kuala Terengganu pun sekadar meraikannya ala kadar sahaja.. Yang berlebihan tu cuma orang UMNO aje.. Cuma sekadar ingin menyatakan orang Kuala Terengganu ni bukannya bodoh sangat..

3) Calon BEBAS Azharuddin Mamat
Dalam Interview dengan TV3 semalam. rasanya dia lah calon yang paling JUJUR dan LURUS.. Malangnya, politik Malaysia nih masih belum matang untuk memilih orang yang tidak berparti sebagai calon.. Hakikatnya, ini perkara biasa bagi negara-negara pengamal demokrasi terutamanya di barat..

4) Kemungkinan keHANGATan ceramah oleh PKR dan DAP tidak ada
Ini kerana calon yang dipilih oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat bukannya calon pilihan Geng ERDOGAN mahu pun calon 'yang diSUKAi' oleh pihak PKR dan DAP.. Rasanya PAS Terengganu mahu melihat wakil PAS lebih DOMINAN dalam Pakatan Rakyat agar PAS tidak menjadi PAK TURUT sahaja kepada kehendak PKR dan DAP.. Apa pun pengundi yang akan menentukannya..Oleh itu isu yang nak dibangkitkan semasa ceramah pun SUAM-SUAM KUKU ajela.. Namun ini semua bergantung kepada ISU semasa..

5) KeHAMBARan isu yang nak dimainkan oleh UMNO
Khairy Jamaluddin dijangka mengetuai jentera KEMPEN Pemuda UMNO.. Juak-juaknya dijangka akan menjulang dia untuk mengemukakan isu HUDUD bagi memalukan PAS.. Namun, ini dijangka tidak akan mengubah PERSEPSI umum oleh masyarakat terhadapnya.. Rakyat di bahagian Pantai Timur nih lain sikit pemikiran mereka.. Ini telah pun diBUKTIkan semasa piliharaya umum ke-12 lalu bila Khairy begitu beriya-iya melaungkan SLOGAN 'Pade doh' terhadap pengundi-pengundi di Kelantan.. Akhirnya, "PADE MUKO MU MENATE BEROK! KAH!KAH!KAH!"

6) Propaganda Media MASSA untuk menonjolkan atau memBURUKkan calon
Media masa khususnya RTM dan Media PRIMA akan dipergunakan sebaik mungkin untuk menjaja bahan PROPAGANDA bagi pihak Barisan Nasional.. Semalam (6 Januari 2009)kat TV1 aje pun si Hanafiah Man bukan main lagi nak meMAINkan isu gambar calon BN yang diDAKWAnya menyerang peribadi calon BN.. Sedangkan gambar tuh dikeluarkan oleh pihak ketiga yang takde kaitan pun dengan calon-calon bertanding? LEBIH SUDU DARI KUAH pulak?

7) Mungkin 'VIDEO TERLARANG' dengan 'Coffee BOY' akan keluar di Kuala Terengganu?
Ini hanya SPEKULASI semata-mata.. 'SUSPICIOUS MIND' seperti kata beberapa ahli politik veteran.. POLITIK kita sebenarnya sudah mencapai tahap KOTOR yang amat sukar untuk dibersihkan.. Jadi kalau TAKTIK sebegini dimainkan pun rasanya boleh dijangka.. Namun itu beragantung kepada ISU dan 'SIAPA MULA DULU'.. Kalau tak ada siapa-siapa yang memulakan, rasanya suasana akan jadi biasa aje.. Harapnya begitulah.. KOT! HE!HE!HE!

Ada jugak terDENGAR cerita KONONnya kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ketika itu disengajakan agar DS Anwar Ibrahim dapat masuk Parlimen dan mengHENTAM pentadbiran terdahulu yang menyebabkan beliau diSINGKIRkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.. Ini membolehkan satu pihak lagi yang berada dalam UMNO menjalankan agenda PERIBADInya untuk mencari PUBLISITI MURAHAN dan memPROMOSIkan dirinya KHUSUS untuk Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009 nanti.. Sukar meramalkan tindak-tanduk orang politik kebelakangan ini.. Namun kita SERAHkan sahaja kepada keBIJAKSANAan para pengundi di Parlimen Kuala Terengganu menentukan masa depan mereka sendiri..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan