Friday, March 27, 2009

Apabila pihak lawan jugak meraikan kemenangan calon-calon perwakilan UMNO..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya bukan main MERIAH lagi perwakilan UMNO merayakan kemenangan calon-calon pilihan mereka di PWTC? Nampaknya itulah kejayaan besar yang KONONnya mungkin tak dapat dikecapi sampai bila-bila? Rasanya kalau ditanya balik kepada para perwakilan apakah amanat dan intipati ucapan DS Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, rasanya beberapa kerat aje yang ingat kot.. Asalkan calon pilihan mereka (yang mungkin telah mengembungkan POKET mereka) menang, perSETANkan ajelah bukan sahaja ucapan Presiden baru UMNO, malah penghayatan tentang perjuangan parti sekali pun..

Namun keMERIAHan kemenangan calon-calon UMNO semasa pemilihan bukan sahaja diraikan oleh para perwakilan.. Malah dengar khabarnya pihak-pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP juga turut sama meraikannya.. Mereka juga tumpang GEMBIRAlah dengan pemilihan peSALAH POLITIK WANG sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.. Dengan kata lain, mereka langsung tak perlu takut dengan kepimpinan baru UMNO yang diterajui oleh DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin.. Malah mereka pun yakin rakyat pun menyebelahi mereka hasil pemilihan UMNO pada kali ini.. Dengan kata lain, AYAM DENAK pun tak takut dengan kepimpinan baru UMNO! HE!HE!HE!

Selain daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO, nampaknya keputusan jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO jugak memudahkan pihak pembangkang menjalankan agenda mereka.. Kekalahan ramai Menteri Besar dan menteri yang berprofil tinggi dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi memudahkan mereka memberitahu rakyat bahawa si polan dan si polan sudah tidak diperlukan atau 'dibuang' oleh perwakilan UMNO sendiri! Kemenangan beberapa si polan yang bukan sahaja kalah pilihanraya, malah ada hubungan persaudaraan dengan Ketua Pemuda UMNO iaitu pesalah POLITIK WANG juga memudahkan kerja mereka untuk meminta rakyat atau para pengundi menolak UMNO..

Dikala kita semua tengok kat kaca TV bagaimana perwakilan puteri-puteri UMNO bergedik-gedik bersorak dengan kemenangan calon pilihan mereka.. Bagaimana Ketua Pemuda UMNO dengan 'ANGKUH'nya mendabik dada di atas kemenangannya walaupun suara pencalonan akar umbi hanya di tempat tercorot.. Bagaimana calon-calon Majlis Tertinggi saling berpelukan dan bersalaman di atas kejayaan masing-masing.. Namun, di masa yang sama jugak, pihak pembangkang yang memusuhi UMNO khususnya di Bukit Gantang turut sama bertempik sorak gempita seluruh alam meraikan kemenangan orang-orang yang MUNGKIN akan memudahkan kerja mereka untuk meraih undi nanti..

Nampaknya keputusan untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang sudah pun ditentukan.. Mungkinkah kita kena meluahkan rasa SIMPATI kepada DS Zambry Abdul Kadir di Perak? Mungkinkah Sultan Perak merasakan tidak berbaloi baginda diCEMUH sedangkan pihak yang sepatutnya membela baginda masih berpoya-poya dan jugak berPOYO-POYO meraikan kemenangan mereka dan calon-calon pilihan mereka di Perhimpunan Agung UMNO? Mungkin jugak orang Melayu di Perak merasa terkilan kerana bagi sokongan kembali kepada parti yang langsung memperSETANkan kehendak atau perubahan yang mereka mahu dalam UMNO..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan