Thursday, March 26, 2009

HE!HE!HE! Teringin nak tahu bagaimana UMNO nak mempertahankan Ketua Pemudanya yang disabitkan dengan kesalahan POLITIK WANG?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa yang sudah ditakdirkan telah pun berlaku.. Sewajarnya kita terima sahaja dan sekiranya ada BUKTI berlakunya keKHILAFan, hendaklah cepat-cepat beritahu kepada pihak yang berkenaan agar tindakkan segera dapat diambil sebelum perwakilan balik ke rumah membawa segala macam barangan 'shopping' sempena kehadiran mereka dalam Pehimpunan Agung UMNO pada kali ini.. Almaklumlah, UMNO hak ahli-ahlinya sahaja bukan hak orang Melayu pun.. Jadik orang Melayu yang menyokong UMNO kenalah persetankan aje apa sahaja keputusan pemilihan kali ini walaupun jelas bertentangan dengan kehendak mereka..

Apa pun berkaitan dengan pemilihan semalam, Blog ini ingin nyatakan beberapa kenyataan seperti di bawah:-

1) KALAU ANDA SEDAR, 3 SUKU DARIPADA 20 ORANG EXCO PEMUDA UMNO SEMALAM ADALAH ORANG-ORANG 'SETIAKAWAN' DI NEGERI-NEGERI TERTENTU.. MALAH ADA JUGA 'LEVEL $ BOYS' YANG TURUT TERPILIH..

2) PARA LALAT TAIK BELAAN DS KHIR TOYO PATUT SEDAR KAREER POLITIK BELIAU DAH PUN DITAMATKAN BAIK DALAM PARTI MAHUPUN DI SELANGOR DENGAN KEKALAHAN KALI INI.. LEBIH BAIK CARI ORANG LAIN UNTUK MENGETUAI UMNO SELANGOR..

3) BADAN DISIPLIN UMNO HANYA MENGHUKUM 'KEPALA' AJE ATAS KESALAHAN POLITIK WANG NAMUN 'EKOR'NYA DIBIARKAN TERLEPAS.. MALAH, SEPATUTNYA BUKAN TAKAT 'KEPALA' AJE, KESELURUHAN JARINGAN 'NETWORK' YANG MUNGKIN WUJUD SEJAK TAHUN 2004 LAGI PATUT DIMUSNAHKAN SEKIRANYA INGIN MENGHAPUSKAN POLITIK WANG!

4) SIFIR MATEMATIK UMNO SANGAT PELIK - PENCALONAN TERBANYAK TETAPI TEMPAT TERCOROT, PENCALONAN PALING SEDIKIT TETAPI TEMPAT PERTAMA.. ADAKAH INI HASRAT AHLI AKAR UMBI? HE!HE!HE!

5) KETUA PEMUDA UMNO PESALAH POLITIK WANG, KETUA WANITA PULA KALAH PILIHANRAYA, APA AHLI UMNO NAK JAWAB KALAU PENGUNDI TANYA KENAPA UMNO MEMILIH ORANG-ORANG SEBEGINI? SEKIRANYA TIMBALAN PRESIDEN UMNO ADALAH TS MUHAMMAD TAIB YANG BUKAN PUN AHLI PARLIMEN, DS NAJIB MEMANG PM TERAKHIR DALAM DINASTI 'R.A.H.M.A.N'..

6) ATAS ALASAN 'SETIAKAWAN', DIRAMALKAN NAIB PRESIDEN UMNO ADALAH:- DS KHALED NORDIN, DS HISHAMUDDIN DAN DS AHMAD ZAHID @ DS HAMID ALBAR.. KONSEP 'SETIAKAWAN' KATAKAN.. SEKIRANYA BENAR, NAMPAKNYA DS NAJIB DAH PUN ADA DALAM 'KEPUNGAN'..

7) SEKIRANYA ANDA INGIN LETAK JAWATAN DALAM PARTI SEBAGAI TANDA PROTES, DICADANGKAN DATANG RAMAI-RAMAI KE PWTC DAN BUAT SECARA BERDEPAN DENGAN DS NAJIB.. ITU PUN KALAU ANDA BETUL-BETUL IKHLAS DENGAN PARTI ANDA.. KOT SEBAB TAK DAPAT BUNCITKAN PERUT DENGAN LOBI PROJEK DARIPADA CALON-CALON TERTENTU TU TAK TAU LA..

8) WALAUPUN 'MUNGKIN' PAK LAH DIBERSARAKAN SEBAGAI PM, TETAPI ANDA JANGAN LUPA BAHAWA BELIAU MASIH LAGI AHLI PARLIMEN DAN MUNGKIN JUGA BERJAWATAN MENTERI PERTAHANAN.. KETUA PEMUDA UMNO YANG MENANG JUGA TIDAK PERNAH MENYATAKAN UNTUK MENOLAK JAWATAN MENTERI SEPERTI MANA DUA CALON LAIN YANG TEWAS..BAYANGKAN KALAU KEDUA-DUA MEREKA MENJADI MENTERI SERENTAK? HE!HE!HE!

Sesudah berusia lebih 60 tahun, nampaknya UMNO yang menghancurkan diri sendiri.. Kalau pengebom berani mati meletupkan diri sendiri untuk membunuh musuhnya, UMNO pulak menghancurkan diri sendiri tanpa sebab-musabab yang mewajarkannya berbuat demikian.. Dengan calon-calon sedemikian yang terpilih, mampukah UMNO berhadapan dengan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai?

Wallahualam..

5 comments:

  1. Salam,

    BN bakal lingkup dalam PRU13. Perwakilan mengkhianati suara akar umbi. Atas sebab apa perwakilan tidak menurut suara bawahan? UMNO tak pernah mahu belajar dari kesilapan. Tidak mahu melihat isyarat jumlah pencalonan sbg suara sebenar akar umbi. Saya amat yakin BN bakal tewas dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Calon EXCO dan KP yang menang majoritinya amat sukar melepasi kuota sebab akar umbi memilih apa yang mereka mahukan (dan apa yang rakyat mahukan). Tiba2 disebabkan kebodohan para perwakilan yang bengap....yang tak dicalonkan oleh akar umbi inilah yang menang. Bodoh punya perwakilan!

    ReplyDelete
  3. Inilah perangai orang melayu yg jadi perwakilan, membelakangkan kepentingan akar umbi demi wang yg tidak seberapa.

    saya berani jamin BN akan tewas dlm kesemua PRK nanti kerana rakyat dikejutkan dgn PAU dgn kemenangan KJ.

    Rakyat dan ahli akar umbi UMNO bukan lagi bodoh dan mereka telah menentukan keputusan PRU 12 baru2 ini dan nampak gaya jika Najib tidak bijak menyusun strategi PRU 13 nnti akan jadi lagu "Selamat tinggal" nyanyian mendiang Broery Marantika...

    PRK nnti UMNO/BN akan kecundang kerana "BEBAN" atau laibility itu masih dipikul oleh UMNO...KJ ?!

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Agaknya ini yang perwakilan UMNO faham apa itu 'PERUBAHAN'.. HE!HE!HE!

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan