Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, April 01, 2009
Penggunaan MEDIA oleh Ketua Pemuda 'SETIA KAT WANG' untuk mintak sokongan menjejaskan peluang BN menang pilihanraya kecil
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sekiranya mahu menang di Parlimen Bukit Gantang, DUN Batang Ai dan DUN Bukit Selambau, UMNO seharusnya mengurangkan pergeseran dalam parti dan kurang menggunakan MEDIA untuk tujuan publisiti diri sendiri.. Tingkah laku beberapa pemimpin UMNo terutamanya yang baru menang pemilihan parti baru-baru ini menggunakan media untuk menyuruh ahli-ahli parti yang lain supaya BERSATU di bawah kepimpinannya dilihat sebagai usaha yang hanya akan menipiskan peluang UMNO atau BN untuk memenangi kawasan yang ditandingi..
Dua hari lepas, Ketua Pemuda UMNO yang baru telah menggunakan MEDIA seperti akhbar dan TV untuk meminta pesaingnya, Datuk Mukhriz dan DS Khir Toyo supaya merapatkan barisan untuk menghadapi pilihanraya kecil.. Kita beranggapan tindakkan sebegini adalah tindakan yang TIDAK WAJAR dan memalukan UMNO sendiri.. Ini kerana:-
1) Pengundi akan membuat tanggapan bahawa ahli-ahli UMNO tidak menerima SEPENUHnya kepimpinan baru Pemuda UMNO yang sememangnya diketahui bersalah mengamalkan POLITIK WANG semasa pemilihan parti.. Ini akan memberikan kesan bahawa UMNO belum pulih daripada masalah sendiri..
2) Susah sangatkah untuk Ketua Pemuda UMNO mengubungi Datuk Mukhriz atau DS Khir Toyo secara personal tanpa menggunakan saluran MEDIA? Atau Ketua Pemuda ini ingin menujukkan sifat 'Now who is the BOSS' kepada orang lain - Sifat yang kita tahu menyebabkan kehancuran UMNO semasa pilihanraya umum Mac 2008?
3) Mungkin Ketua Pemuda UMNO sedar yang dirinya adalah merupakan faktor UTAMA penyebab UMNO ditolak rakyat.. Malah sifatnya yang suka mementingkan diri sendiri terserlah apabila dilihat cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan Tun Dr. Mahathir semasa beliau menghadirkan diri di pentas utama semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO.. Inila dia sifat yang pengundi Melayu sangat-sangat MARAH tuh..
4) Kita khuatir dengan sikap sebegini yang wujud dalam kepimpinan Ketua Pemuda UMNO yang baru, rakyat dan golongan pengundi muda akan terus menolak UMNO.. Memang payah rakyat nak menerima 'BUDAYA' sebegini oleh sejenis orang Melayu tapi langsung tak hidup dalam suasana Melayu, langsung tak bersekolah dengan orang Melayu dan lebih mementingkan rakan-rakan 'SETIA KAT WANG'nya berbanding kepentingan orang Melayu sendiri..
Lebih banyak Ketua Pemuda UMNO ini berdiam diri, lebih CERAH peluang UMNO dan BN memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil ini.. Kita harap Datuk Razali Ibrahim dapat berbuat sesuatu untuk menutup sifat keterlaluan BOSSnya yang mebuatkan para pengundi meluat.. Tambah pulak pilihanraya ini berlangsung kat negeri Kedah dan Perak yang jelas rakyat negeri ini anti sangat dengan 'BUDAYA' sebegini.. Kalau tak tahu buat kerja dan hanya tahu prinsip 'SETIA KAT WANG' sahaja, lebih baik serahkan balik jawatan tersebut kepada orang yang lebih tahu buat kerja!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan