Friday, April 03, 2009

SELAMAT BERSARA kepada PAK LAH dan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS kepada DS Najib

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA dan TERIMA KASIH kepada YAB 'Tun' Abdullah Ahmad Badawi kerana sanggup melaksanakan AMANAH menjada negara ini sehingga digantikan oleh YAB DS Najib Tun Abdul Razak.. Sesungguhnya Pak Lah bukanlah pemerintah yang zalim, mengajak kepada kemunkaran atau pun pemerintah yang menganiayai rakyatnya.. Apa yang berlaku terhadap pemerintahan Pak Lah seharusnya menjadi IKTIBAR kepada pemimpin lain agar 'BEHATI-HATI APABILA MEMILIH CALON MENANTU'! Apa pun semoga Pak Lah tenang, jaga kesihatan dan teruskanlah ibadat kepada Allah SWT di akhir usia ini..

Blog ini juga ingin meraikan perlantikkan DS Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6..TAHNIAH dan SYABAS kepada DS Najib semoga beliau dapat melaksanakan AMANAH dan TANGGUNG-JAWABnya terhadap negara dengan lebih baik.. Diharap juga DS Najib tidak terlalu ber'HONEY-MOON' kerana pilihanraya kecil masih belum selesai.. Jangan ulangi kesilapan pemimpin sebelum ini agar anda dihormati rakyat..

Wallahualam..

2 comments:

  1. Kenape la DSN tak suruh DRMansor suruh tutup aurat... tak mlu ke kepada permaisuri agong...

    rosmah macam singga muka beliau masa masuk ke balai rong seri..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Anda berhak menegur sesiapa sahaja untuk menutup aurat KONONnya dengan alasan itu atau ini.. Namun anda kena ingat, apa sahaja NIAT anda di sudut hati, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui..

    Sekiranya niat anda diiringi rasa RIAK atau TAKBUR, lebih baik anda cermin dahulu muka anda..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan