Wednesday, May 20, 2009

DUN Penanti:- Mana UMNO nak letak muka jika rakyat 'terpaksa' memilih PKR?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa pun yang INGIN kita katakan, jelas sekali BN dan UMNO langsung tidak mahu bertanding atau memilih untuk tidak bertanding atau memulaukan pilihanraya kecil di DUN Penanti, Pulau Pinang.. Bagi Blog ini, walaupun langsung tak berSETUJU dengan keputusan DS Najib yang tak nak bertanding di DUN Penanti, tapi kita jugak sedar 'TERLAJAK PERAHU TAK BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA'.. Jadi tak gunalah kita semua mempertikaikan apa yang telah diputuskan, kalau nak kata BODOH pun, kita kata ajelah, pasal KEPUTUSAN dah pun DIBUAT.. Kita tunggu ajelah PRU13 nanti kalau nak luahkan apa-apa pun.. Masa tuh, kalau KONONnya BN atau UMNO dah pulih dan kembali dapat sokongan seperti didakwa, kita tengoklah nanti! HE!HE!HE!

Apa kata kita teliti sebanyak mana UNDI yang bakal diraih oleh PKR sekiranya mereka tidak menang percuma di DUN Penanti? DUN Penanti pada tahun 2004 pernah dimenangi oleh BN (UMNO).. Namun akibat pergeseran dan kekecohan di dalam UMNO samada diperingkat Bahagian mahu pun diperingkat Pusat, akhirnya DUN Penanti berjaya dirampas oleh PKR pada tahun 2008.. DUN Penanti terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini telah dimilikki oleh Penasihat PKR juga melalui cara perletakkan jawatan Ahli Parlimennya yang jugak 'ISTERI KESAYANGANNYA'.. Oleh itu secara KASARnya, sekiranya bertanding pun kita tak nafikan UMNO akan menghadapi laluan sukar di DUN Penanti..

Apa kata kita lihat sedikit angka-angka di bawah sebagai rujukan:-

Jumlah pengundi : Terkini – 15,453
Melayu 72.5%, Cina 24.5%, India 2.4%, Lain-lain: 0.6%
Keputusan PRU 12: PKR menang majoriti: 2,219 undi
Jumlah ahli-ahli UMNO di DUN Penanti: sekitar 5000 orang


Kita mungkin boleh menjangka UMNO akan meminta ahli-ahlinya yang seramai 5000 orang tidak keluar mengundi atau mengundi calon BEBAS..Namun itu hanya anggapan kasar sahaja.. Apa saja boleh berlaku bila tempoh berkempen bermula.. Jika UMNO tidak bertanding dan ahli-ahlinya samada memulaukan atau mengundi calon BEBAS (jika ada yang masih belum diBELI), bolehkah itu menghalang PKR memenangi sekitar 8 ribu hingga 10 ribu undi? Pengalaman semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menunjukkan bagaimana para pengundi menolak calon bebas dengan peratusan undi yang diperolehi mereka sangat kecil hingga hilang wang pertaruhan..

UMNO sepatutnya 'MENAFSIR' dengan betul 'ANGKA-ANGKA' yang diperolehi semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, UMNO sendiri yang mendakwa mereka berpeluang memenangi kawasan tersebut dengan alasan ahli-ahli UMNO dikawasan tersebut secara kasarnya seramai 22 ribu orang (jumlah pengundi 50 ribu orang lebih).. Akhirnya calon UMNO yang diberi gelaran 'Peh Moh' dan sebagainya semata-mata nak menarik undi Cina hanya mampu memperolehi sekitar 15 ribu undi.. Mana hilang baki undi lagi 5 ribu lebih? HE!HE!HE!

Jika terBUKTI calon PKR memenangi 8 ribu hingga 10 ribu undi seperti yang dinyatakan, adakah UMNO berani angkat muka dan mendakwa mereka tidak bertanding KONONnya demi nak berkhidmat kepada rakyat? Bukankah rakyat jugak yang memberikan undi sebanyak itu kepada PKR kerana UMNO enggan bertanding? Angka 8 ribu hingga 10 ribu undi daripada 15,453 pengundi DUN Penanti tuh besar PERATUSANnya.. Lainla kalau PKR hanya mampu meraih sekitar 5 ribu hingga 6 ribu pengundi sahaja di DUN Penanti.. Masa tuh bolehla kalau UMNO nak mendakwa rakyat bersetuju dengan mereka dengan alasan UMNO KONONnya ingin memulihkan ekonomi atau tidak mahu terperangkap dan sebagainya.. UMNO harus sedar IMPLIKASI yang bakal dihadapi sekiranya peratusan undi yang diperolehi PKR adalah besar..

Tak terfikirlah pulak kalau UMNO sanggup melarang atau menghalang rakyat keluar mengundi semata-mata nak mengecilkan peratusan undi yang bakal diperolehi PKR nanti.. Kalau buat begitu, yang MALU nanti UMNO jugak.. Sebab tu lah apabila disebut 'RAKYAT' kita kena tahu siapa dan di mana 'RAKYAT' itu berada.. Jangan kata 'RAKYAT' tuh hanya mereka yang seramai dua, tiga kerat 'MAKHLUK' yang dok keliling kita di Putrajaya dengan pelbagai NIAT.. Apa pun keputusan dah pun diputuskan.. Kita yang dok jadi 'RAKYAT' nih pakat-pakat tengok aje la sambil mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan