Saturday, May 23, 2009

Apabila Pilihanraya Kecil dah jadi macam perlawanan Bola Sepak!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Ada orang 'MELETUP' nampaknya apabila Blog ini menyuarakan kritikkan terhadap keputusan UMNO tidak mahu bertanding di DUN Penanti.. Terutamanya mereka yang merupakan ahli Pemuda UMNO yang jenis ber'KARIER' dengan 'Syarikat UMNO Sendirian Berhad'.. Apalagi.. 'MELETUP-letup'lah mereka KONONnya merekalah 'The Defender' atau 'The Protector' kepada pemimpin UMNO! Kalau macam ni punya perangai, takde bezalah Pemuda UMNO dengan Lebai-Lebai PAS yang teramat TAKSUB kepada 'ulama' mereka! Agaknya ada lagi ke Pemuda UMNO yang perjuangan mereka masih lagi MURNI? HE!HE!HE!

OKlah, kita tinggalkan dulu mereka itu semua.. Sekarang ini ada pulak pilihanraya kecil di DUN Manek Urai dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan.. Kelantan merupakan negeri yang sangat SIGNIFIKAN dengan keKALAHan BN atau UMNO berturut-turut selama hampir 25 tahun! UMNO hanya nyaris-nyaris MENANG pada pilihanraya umum tahun 2004.. Itu pun kerana orang Kelantan sangat menyanjung tinggi orang yang berperibadi dan berhemah seperti Tok Pa.. Malangnya Tok Pa ditukarkan daripada jawatan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.. Akhirnya, pada tahun pilihanraya Mac 2008, menyaksikan kekalahan kelima BN/UMNO kepada PAS!

Apakah yang UMNO telah pelajari dengan keKALAHan mereka di negeri ini? Adakah terlampau KERAMAT perjuangan PAS hinggakan UMNO gagal sama sekali menembusi Kelantan? Atau orang-orang UMNO yang EGO dan BODOH SOMBONG tak nampak apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Kelantan? Sebenarnya PAS memang tak kuat pun di Kelantan.. Cuma sejak dulu lagi pemimpin UMNO hanya tak reti nak bergaul atau mendampingi masyarakat Kelantan.. Sebaliknya hanya tahu ramai pemimpin UMNO terutamanya daripada kalangan Pemuda UMNO hanya tahu tayang kereta MEWAH bila berjumpa dengan rakyat marhaen di kampung-kampung.. Mananya rakyat tak naik angin? HE!HE!HE!

Apa pun dah tentu RAKYAT akan mempersoalkan tentang 'PELIK'nya UMNO/BN tak bertanding di DUN Penanti tapi beria-ria nak bertanding di DUN Manek Urai, Kelantan.. Bagi rakyat, mereka hanya tahu mengundi sahaja kerana mengundi adalah satu-satunya HAK mereka dalam proses DEMOKRASI.. Oleh itu jika hak mereka untuk memilih atau mengundi cuba dinafikan dengan mengambil keputusan tidak bertanding, adakah penyertaan UMNO/BN di DUN Manek Urai dialu-alukan? Harapla Jentera Penerangan UMNO mampu memberi jawapan atau alasan yang meyakinkan lagi berkesan kepada rakyat di sana! HE!HE!HE!

Sebab itulah jangan kita menganggap pilihanraya walaupun kecil sebagai pertandingan BOLA SEPAK! Boleh pilih nak bertanding ke tak nak! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan