Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, May 28, 2009
Fahaman LIBERALISME melampau penyebab KOMUNIS cuba disanjung kembali!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kenapa sekarang ini selalu sangat dengar pasal ada pihak-pihak tertentu untuk mengangkat kembali TOKOH PARTI KOMUNIS MALAYA sebagai Wira Negara atau sebagainya? Adakah kita bergitu terdesak atau tidak ada tokoh untuk diangkat sebagai Wira Negara atau kita memang BODOH hingga mudah lupa apa yang telah dilakukan oleh PKM dari zaman DARURAT hinggalah pada tahun 1989 bila Komunis meletak senjata dan menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia di Hadyai? Apa dah jadi kepada generasi hari ini yang terlampau DOYAN atau LEKA dengan kehidupan senang dan MEWAH hingga lupa bagaimana susah payahnya generasi terdahulu berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka?
Cuba ingat balik.. Kerajaan bukan tidak pernah mengajak anggota komunis kembali ke pangkal jalan.. Lupakah kita bagaimana Tunku Abdul Rahman cuba berunding dengan Chin PEng sendiri di Baling, Kedah? Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.
Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.. Bukankah mereka ini yang menolak untuk hidup dengan aman damai atau kembali bersama-sama rakyat memajukan negara? Sekarang ini kenapa pulak kita mahu mereka ini diberi penghargaan?
Generasi muda yang terpengaruh dengan pembawaan ideologi LIBERALISME oleh Penasihat PKR jelas sekali sudah diperdayakan dan lupa segala perjuangan tok nenek mereka selama ini.. Sebab itulah mereka yang senang-lenang pada hari ini menganggap mereka akan BAHAGIA selama-lamanya sedangkan Islam sendiri tak pernah mengajar umatnya sedemikian rupa sebaliknya suruh kita beriman kepada Qada dan Qadar.. Apa nak jadik dengan generasi muda kita hari ini khususnya orang Melayu?
Wallahualam..
Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:
ReplyDeleteBagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):
http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1
http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2
http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3
Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.
Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?
Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?
Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):
http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN
Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?
Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.
Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteMendewa-dewakan pemimpin KOMUNIS seperti Chin Peng pada hari ini hanyalah satu kerja bodoh dan cubaan satu pihak untuk mengikis perjuangan orang Melayu di tanah air mereka sendiri..
Wallahualam..