Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, May 25, 2009
Apakah yang akan berlaku dalam MUKTAMAR PAS nanti?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Bulan depan akan berlangsung MUKTAMAR PAS dan jugak pemilihan pemimpin parti mereka.. Media perdana sibuk mengandaikan keputusan yang akan keluar samada PAS kekal dengan kepimpinan ulama atau beralih menjadi lebih sekular dengan dipimpin oleh GENG ERDOGAN yang lebih pro kepada DEWATA RAYA PKR berbanding dengan ulama PAS sendiri.. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan segala keputusan PAS yang membuang konsep negara Islam atau sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sebenarnya berpunca dari golongan ini..
Sama seperti pemilihan agung UMNO, pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS jugak menyaksikan pertandingan 3 penjuru.. Kalau dulu Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa penglibatan 2 individu yang terlibat dalam pertandingan 3 penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai BADUT, maka rasanya kita boleh jugak menganggap benda yang sama dalam pemilhan Timbalan Presiden PAS.. Mungkin agak keterlaluan, namun secara perbandingan:-
1) TS Muhyiddin Yassin = Datuk Nasharuddin Mat Isa
2) DS Ali Rustam = Datuk Husam Musa
3) TS Muhammad Taib = Mat Sabu (KAH!KAH!KAH!)
Tak keterlaluan kalau kita kata yang no.3 tuh memang PAK LAWAK betul.. Malah, kita jugak tak nafikan adanya FAKTOR POLITIK WANG dalam PAS hinggakan PAK LAWAK nih turut tersenarai.. Biasalah dia nih kalau bab main DUIT.. Sedangkan isu duit Memali pun ternganga dia nak jawab sampai dia kena KEJAR dek balu-balu Memali ke Kereta Mercedesnya? KAH!KAH!KAH!
Tapi bukan saja-saja dia nak bertanding tuh.. Dah tentulah ada 'PERANAN' dia untuk menentukan keputusan akhir nanti.. Almaklumlah.. Yang No.2 tu bukannya Lebai PAS suka sangat pun.. Namun, kalau kita rujuk balik keputusan pemilihan UMNO, sedangkan Ketua Pemuda UMNO yang satu negara tak suka dan berSALAH mengamalkan POLITIK WANG pun boleh dipilih, tak mustahil senario yang sama berulang dalam PAS! Biasalah.. Yang Ketua Pemuda UMNO tuh tukang bagi passport kepada si DEWATA RAYA PKR, yang No.2 tuh pulak merupakan pencacai paling setia DEWATA RAYA PKR dalam PAS! HE!HE!HE!
UMNO patut risau sekiranya yang No.2 tuh terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS.. Dijangkakan UMNO tak mampu menahan serangan 3 penjuru sekiranya PAS dikuasai oleh proksi ALJUBOR! DAP sejak negara merdeka lagi memusuhi UMNO! PAS pulak walaupun secara REALITInya merupakan pesaing UMNO tapi mereka jugak sering sependapat dengan UMNO terutamanya bila melibatkan Islam dan isu-isu setempat.. PKR nih objektif diorang cuma nak letak DEWATA RAYA PKR sebagai Perdana Menteri Malaysia aje!
Selama ni PAS berperanan 'MELEMAHKAN' sedikit serangan DAP dan PKR terhadap UMNO terutamanya apabila melibatkan isu-isu agama.. Namun, bila PAS dikuasai oleh GENG ERDOGAN 100% sepenuhnya, memang naya UMNO nanti.. Tambah pulak dalam UMNO sendiri ada tukang bawak passport kepada DEWATA RAYA PKR! Sekali dia 'BACKSTAB' semua dalam UMNO, masa tuh UMNO cuma mampu tinggal BENDERA aje la!
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan