Tuesday, May 05, 2009

PAS & PKR & DAP - SIAPA 'GENGGAM TELOQ' SIAPA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Lucu juga apabila melihat TELATAH dan RAGAM puak-puak Lebai PAS yang seolah-olah di'GENGGAM TELOQ' bak kata orang utara semasa mereka membuat keputusan berkenaan perkara-perkara berikut:-

1) Keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti

KELAKAR dan kesian apabila melihat kesungguhan atau keazaman PAS Negeri Pulau Pinang untuk bertanding di DUN terbabit tidak kesampaian.. Walaupun betapa tinggi keinginan mereka, namun Tok Guru besar tetap melarang mereka berbuat demikian demi menjaga keharmonian hubungan sesaam parti dalam Pakatan Rakyat.. Walaupun KONONnya Mursyidul Am PAS mengatakan kerusi tersebut milik PKR, namun kalau ikut sejarah, PAS wujud lebih lama di Pulau Pinang berbanding dengan PKR? Entahlah Labu...........

2) Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PAS semasa Muktamar

Banyak benar desas-desus mengatakan jawatan Timbalan Presiden PAS akan dtandingi hingga lebih dari dua calon.. Nampak benar ada 'ORANG LUAR' yang marah dengan penyandang jawatan tersebut sekarang KONONnya beliau didakwa 'memandai-mandai' cuba menjalinkan hubungan dengan para pemimpin UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.. Walaupun beliau cuba menafikan, namun PROTES terutamanya daripada 'GENG ERDOGAN' dalam PAS amat hebat.. Agak sedih juga melihat bagaimana tokoh muda seperti penyandang jawatan tersebut cuba ditentang oleh golongan yang 'perasan ULAMA' macam GENG ERDOGAN.. HE!HE!HE!

3) Bantahan PAS terhadap keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anak mualaf

Memang boleh diduga bahawa PAS membantah keras keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anak mualaf. Pendirian Pas itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Mahfuz Omar. Pendirian PAS itu diselar oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang. Orang yang sama pernah mengatakan 'Over my DEAD body' bila PAS nak memperkenalkan HUKUM HUDUD dan konsep NEGARA ISLAM.. Perkembangan ini menyerlahkan lagi ironi PAS berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR.. Rasanya PAS terpaksa mengikut sahaja kehendak dia nih.. Nampaknya asyik PAS aje yang kena BULI dalam Pakatan Rakyat nih? Tak 'SAKIT' ke asyik kena 'GENGGAM TELOQ' aje nih wahai Lebai-Lebai PAS? HE!HE!HE!

Apa pun keputusan dalam Pakatan Rakyat, kita sering nampak seolah-olah PAS cuba dipencilkan atau pun cuba dipinggirkan oleh rakan-rakan mereka.. Kehadiran golongan 'perasan ULAMA' macam GENG ERDOGAN dalam PAS menambahkan lagi huru-hara dalam PAS.. Baru-baru ini anak Mursyidul Am PAS sendiri menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap segelitir puak dalam PAS yang didakwanya sering cuba memanipulasikan maklumat yang disampaikan terhadap bapanya.. Dengan kata lain, Mursyidul Am PAS sering 'ditipu' oleh puak-puak tertentu dalam PAS sendiri.. Patutlah kita lihat kenyataan beliau asyik MERAPU aje.. HE!HE!HE!

Kita yakin seperti UMNO, PAS jugak akan mengalami nasib yang sama terutamanya apabila PAS membuka pintu kepada golongan yang tidak menghayati perjuangan parti sebaliknya 'MEMPERGUNAKAN' parti sebagai platform untuk 'CARI MAKAN'.. Anda harus ingat,kemenangan bekas MB Perak di Bukit Gantang kerana ada puak-puak RACIST ingin mempertahankan 'KEUNTUNGAN POLITIK' yang mereka perolehi di PErak seperti pajakan tanah 999 tahun! Malah terus-terang katalah, ini sebenarnya adalah usaha berterusan pihak-pihak tertentu untuk memastikan tidak wujud PARTI POLITIK Melayu yang DOMINAN di negara ini..

Wallahualam..

2 comments:

  1. PAS syok kena gengam teloQ dengan DAP dan Kafir PKR. Kena gengam OK jangan kena ramas, punah zuriat.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    PAS sepatutnya melihat dalam KONTEKS yang lebih besar tetang bagaimana parti yang ditubuhkan pada 1951 ini sedang cuba 'DIHAPUSKAN' dengan lebih cepat berbanding UMNO.. Unsur-unsur untuk mengalih dasar perjuangan PAS, sekaligus melenyapkan PAS demi menjayakan Malaysia yang lebih LIBERALISASI sedang dijayakan secara bersungguh-sungguh..

    Selepas ini PAS tidak mampu lagi mengaitkan diri mereka dengan 'ISLAM' lagi.. Tak percaya? Tunggu...............

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan