Thursday, May 07, 2009

Melayu Perak harus BANGKIT mempertahankan JATIDIRI dan MARUAH mereka


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAUM manakah yang benar-benar RUGI akibat KRISIS politik di Perak? Rasanya anda semua pembaca TAHU jawapannya.. Perak sebenarnya negeri paling malang di Malaysia walaupun Kesultanan Perak masih bersusur-galur dengan Kesultanan Melayu Melaka.. Perak negeri pertama menerima RESIDEN BRITISH, Perak juga adalah negeri pertama yang dirompak habis-habisan oleh British.. Di Perak jugalah ada pokok getah pertama (penyebab kemasukkan kaum pendatang India benua)dan juga lombong bijih timah utama (penyebab kemasukkan kaum pendatang dari China)..

Namun, kemakmuran Perak gagal memuaskan hati semua penduduknya.. Orang Melayu yang merupakan penduduk asal Perak hari demi hari cuba dinafikan kuasa politik mereka oleh kaum-kaum pendatang seperti di atas.. Apabila ada kategori Melayu pengkhianat yang mengkhianati bangsa mereka seperti memberikan pajakan tanah selama 999 tahun di Perak kepada bangsa bukan Melayu, maka tak lama lagi Melayu Perak bolehlah 'BERMIMPI' mereka seLIBERAL Melayu di Singapura.. Mungkin Melayu Perak boleh berangan bahawa mereka sudah MAJU, sudah setaraf dengan 'Mat Saleh' walaupun HAKIKATnya mereka semakin menjadi BALACI di negeri mereka sendiri..

Kepada Melayu Perak yang masih WARAS, cuba anda fikirkan berapa lamakah China 'memajakkan' Hong Kong kepada British? Berapa lamakah China 'memajakkan' Macau kepada Portugal? Adakah selama 999 tahun? Orang Melayu sebenarnya tidak berfikir panjang dan mudah menggadaikan harta warisan negara mereka kepada orang lain demi keuntungan yang bersifat sementara.. Pemerintahan PM sebelum ini menyaksikan banyak saham GLC kita dibeli oleh Temasek Holdings.. Malah, Temasek Holding dengan mudahnya membuat keuntungan melalui urusan jual-beli Pantai Holdings, GLC kita sendiri.. Betapa mudahnya Melayu 'DICAIRKAN' dek bangsa asing..

Yang malangnya adalah kerana parti-parti politik Melayu yang sepatutnya mempertahankan hak-hak orang Melayu pula hari demi hari semakin di'KUASAI' oleh mereka yang ingin membuat 'BISNES SECARA MUDAH'.. Anda boleh lihat baik UMNO mahu pun PAS, berapa banyak 'BROKER' atau 'LALAT TAIK' yang memperolehi KONTRAK atau PROJEK, kemudiannya mengGADAIkannya kepada bangsa asing? Malah, ada jenis Melayu yang sanggup bersekongkol dengan bangsa asing untuk memBOLOT kontrak kerajaan demi mendapatkan KOMISEN, kemudian Melayu yang sama menghina bangsanya sendiri KONONnya pemalas, mentaliti SUBSIDI dan sebagainya.. Apa pendapat anda terhadap BANGSAT Melayu jenis ini?

Dalam kes di Perak, kita boleh lihat bagaimana Melayu terutamanya tokoh seperti Mat Sabu beriya-iya nak menganjurkan demonstrasi sedangkan dia bukan pun rakyat negeri tersebut? Apakah KREDIBILITI dia ini untuk bercakap bagi pihak rakyat negeri Perak? Sedangkan duit derma balu-balu Memali LESAP pun dia ternganga tak boleh JAWAB? Apabila dia sebut dalam ceramahnya KONONnya 'Khalifah Umar Badul Aziz DAP' bermurah hati membelanjanya maka Mc'D, nampak sangat betapa HINAnya Melayu - boleh dibeli dengan seketul Mc'D? Begitu juga apabila kita membaca majalah Milenia Muslim edisi terbaru yang menyatakan bagaimana Pesuruhjaya Pas Perak lebih 'sanggup' bekerjasama dengan bangsa bukan Islam untuk memerintah Perak sedangkan UMNO yang menghulurkan tangan dikatakan beliau sebagai 'orang yang ZALIM'? Kalau betullah orang yang seagama dengannya ini lebih zalim, dah lama dah dia masuk dalam tanah!

Melayu Perak jangan tunggu lama lagi untuk mempertahankan hak-hak mereka.. Ini bukan soal keuntungan politik milik siapa, namun ini lebih kepada SURVIVAL mereka sebagai sebuah bangsa yang berdaulat dan ada maruah di tanah negeri mereka sendiri.. Apabila Melayu bersuara mempertahankan hak mereka dikatakan PERKAUMAN tetapi apabila puak-puak RACIST di Perak sewenang-wenangnya menghapuskan hak-hak Melayu, boleh pulak dikatakan 'DEMOKRASI'? Piiii rahhhh!!!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan