Sunday, May 10, 2009

Saat-saat untuk kita semua meraikan Parti SEKULAR baru bernama PAS!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya PAS akan jadik lebih 'SEKULAR' berbanding UMNO selepas ini.. Pemilihan jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang menyaksikan anak Datuk Nik Aziz ditolak oleh perwakilan menyaksikan sedikit demi sedikit PAS semakin menuju ke arah ke'SEKULAR'an - Istilah yang sering digunakan oleh para Lebainya terhadap UMNO.. Anak Datuk Nik Aziz sebelum ini pernah buat kenyataan dalam Blognya menyatakan tentang rasa kurangs senangnya terhadap segelintir 'orang kanan' bapanya yang sering memutar-belitkan cerita.. Siapa lagi kalau bukan golongan Lebai ERDOGAN dalam PAS? Walaupun sudah terlambat semasa menyedarinya, namun belum terlambat untuk Lebai PAS sejati membuat pendirian sebelum muktamar kali ini.. HE!HE!HE!

Ketua Pemuda tempelak pemimpin Pas

KOTA BHARU 9 Mei - Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim (gambar) menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itu kerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan parti yang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Katanya, setiap kali menjelang pemilihan, isu yang timbul ialah siapa layak memimpin sama ada ulama atau profesional sedangkan perkara itu telah dijelaskan dalam perlembagaan.

Katanya, pada masa yang sama, beberapa pemimpin Pas akan memberikan definisi sendiri tentang kedua-dua golongan tersebut dan menjadi perdebatan hangat dalam media.

"Setiap dua tahun sekali semua orang bercakap mengenai konsep kepimpinan ulama, seolah-olah orang lihat dalam bab asas dan dasar parti ini masih tidak jelas walaupun lebih 50 tahun parti ditubuhkan.

"Kini semua orang memberi tafsiran sendiri siapa ulama dan profesional, tahun lalu tidak timbul isu seperti ini. Dalam perlembagaan parti telah dijelaskan, baca semula dan tengok resolusi Dewan Pemuda Pas Pusat 1982 mengenai konsep kepimpinan ulama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 di sini hari ini. Ia dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Sabki Yusof.

Muktamar tersebut menyaksikan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan dicabar oleh naibnya, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan selepas Zaki melepaskan jawatan kerana telah melepasi had usia.


Sekiranya memang terbukti hajat para Lebai PAS semasa muktamar untuk menjadikan diri mereka 'ERDOGAN', kita tak boleh nak kata apa la.. Kita pun tunggu masa aje la tengok Lebai PAS semua pakat kena 'CUCUK HIDUNG', ikut aje apa kata DEWATA RAYA PKR yang disokong oleh puak-puak RACIST.. Masa tuh, bila diorang sentuh apa-apa pun pasal sensitiviti ISLAM yang menjadi perjuangan PAS selama ini, Lebai PAS semua hanya pakat tahu MELOPONG aje la.. Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri bagaimana PENDIRIAN Lebai dan Ustazah PAS dalam kes ADUN Bukit Lanjan.. Bagaimana Lebai dan Ustazah PAS begitu DUNGU menyokong orang yang terang-terang BERSEKEDUDUKAN.. Tak ke BODOH namanya? KAH!KAH!KAH!

Apa agaknya keputusan MUKTAMAR PAS nanti? Rasanya PAS pun nanti akan ada gejala POLITIK WANG jugak.. Namun Lebai PAS masa muktamar nanti tak akan bising sangat.. Ye la.. Sedangkan duit derma masjid, duit Kohilal dan duit derma untuk balu-balu Memali pun boleh LESAP? Sebab tu lah kita jangan HAIRAN kalau HAPRAK tahap 'GABAN' macam Mat Sabu pun nak tanding Timbalan Presiden PAS.. Orang 'TERBUANG' dari negeri sendiri macam dia nih akan masuk aje belah mana-mana yang boleh buat dia 'MASYUUUUKKKK!!!' Lagi pun kalau diTAKDIRkan dia menang, ada harapan le dia merasa habuan lebih daripada 'KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ' DAP nanti!HE!HE!HE!

Sebenarnya PAS dah pun hilang MARUAH dan tidak layak lagi menyatakan mereka mempertahankan Islam.. Tak percaya? Anda lihat nanti keputusan MUKTAMAR mereka.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

  1. Pendokong PAS tidak memandang begitu. Mereka percaya memangkah PAS itu adalah amar ma'ruf, manakala sokong BN/UMNO sama seperti menyokong penzalim!

    Lalu dibacalah ayat
    99:6. Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan (perbuatan) mereka,

    99:7. Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya,

    99:8. Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    PAS tak sedar bukan mereka yang 'mengubah' tapi mereka yang sedang 'diubah'

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan