Monday, June 08, 2009

Ada pihak cuba mempermainkan dan menghina institusi diraja kita dengan kisah seperti ini


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sebenarnya bukanlah teringin sangat nak mengulas pasal kisah rumah tangga orang lain.. Malah kisah yang dipaparkan berkenaan isteri Tengku Temenggong Kelantan yang melarikan diri daripada suaminya hanyalah kisah yang nyata membodohkan KHALAYAK ramai.. Namun, memandangkan kisah ini 'DIDENDANGKAN' ketika beberapa kerat rakyat negara ini sendiri mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu, maka nak tak nak kenalah kita mabil tahu.. Tambahan pula, kisah ini seolah-olah merupakan usaha pihak tertentu untuk mengAIBkan institusi diraja di negara ini..

Peguam Manohara tarik diri

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA 6 Jun - Peguam, OC Kaligis semalam menarik diri daripada mengendali kes Manohara Odelia Pinot (gambar) kerana menganggap bekas model berusia 17 tahun itu tidak serius dengan dakwaan didera oleh suaminya iaitu putera Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

OC Kaligis berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina lebih sibuk menghadiri wawancara di stesen televisyen daripada menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya membuat laporan polis.

"Dia beritahu saya, waktu di Malaysia dia dipukul, diseterika, dibakar dengan puntung rokok, disuntik dan sebagainya. Tetapi sampai sekarang tidak melaporkannya kepada polis dan belum melakukan pemeriksaan perubatan," katanya.

Menurutnya, beliau merupakan seorang peguam yang profesional dan memang ikhlas untuk membantu Manohara tetapi mereka lebih sibuk membuat jerayawara (roadshow) ke televisyen.

"Ibunya datang bertemu saya dan saya memberi perkhidmatan percuma, tetapi kini saya fikir ibunya main-main dan saya tidak akan terlibat lagi di dalam kes Manohara," tegas OC Kaligis.

Sebelum ini aktivis wanita, Ratna Sarumpaet turut menarik diri daripada membantu Manohara kerana menyifatkan dua anak beranak berkenaan tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Beliau berkata, keluarga Manohara harus segera meminta maaf kepada pihak Istana Kelantan, rakyat Malaysia dan masyarakat Indonesia jika tidak mampu memberikan bukti yang kuat atas tuduhan yang dibuat. - Mingguan Malaysia


Mungkin kerana usianya yang masih MUDA dan sekaligus mempamerkan keDUNGUannya, maka anda lihat sendiri bagaimana satu demi satu orang yang bersimpati dengan perempuan ini menarik kembali SIMPATI mereka.. Siapa nak percaya? Mungkin dia berjaya menarik sokongan segelintir puak-puak di Indonesia yang masih mempunyai sedikit 'NOSTALGIA' zaman KONFRONTASI, namun isu begini tidak pun akan menjadi GAH seperti yang diharapkan beliau.. Tambahan pula, isu ini timbul ketika Indonesia menghadapi pemilihan Presiden yang sudah tentunya menjadikan isu-isu TEMPATAN lebih menarik berbanding isu seorang CEWEK kegersangan yang tidak kesampaian..

Apa pun, kita juga berharap agar pihak-pihak yang berkaitan dengan Institusi Diraja di setiap negeri lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan mendedahkan kisah rumah tangga masing-masing.. Sekiranya didedahkan, kisah-kisah sebegini hanya menjadi MODAL kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam negara ini yang memang bercita-cita mahu menghapuskan kedaulatan institusi diraja di negara ini.. Bukan rahsia lagi mereka sanggup bersekongkol dengan pihak luar terutamanya dari negara selatan tanah air ini semata-mata untuk memburuk-burukkan institusi diraja negara ini, sekaligus cuba mencemarkan kedaulatan bangsa Melayu di negara ini.. Anda pun patut berfikir kenapa wanita ini hanya melarikan diri apabila Tengku Temenggong Kelantan melawat ayahandanya yang sedang dirawat di sebuah negara di selatan.. Kenapa perempuan ini tidak pun cuba melarikan diri sebelum ini?

Fikir-fikirkanlah secara mendalam..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan