Wednesday, July 15, 2009

DUN Manek Urai - UMNO kalah tipis.. Siapa yang patut dipersalahkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terlebih dahulu BLOG ini INGIN mengucapkan SYABAS kepada Tuan Aziz Tuan Mat, Datuk Mustapha Mohammed dan seluruh barisan kepimpinan UMNO Kelantan di atas KERJA KERAS mereka untuk meMENANGkan parti mereka ini.. Di kala seluruh Malaysia mengatakan UMNO Kelantan mengamalkan BUDAYA 'CAH KETING', sebaliknya UMNO Kelantan dilihat menunjukkan PRESTASI yang sangat HEBAT dalam usaha mereka cuba mengembalikan MARUAH UMNO!

Walaupun KALAH SIKIT aje, namun kalau dibandingkan dengan keputusan PRK di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, ternyata prestasi UMNO Kelantan perlu diberi PUJIAN sewajarnya..

Keputusan PRK DUN Manek Urai akan membuatkan Pok Nik kita tak boleh TIDO MALAM dah.. Maunye masuk ICU Hospital Kubang Kerian lagi kang orang tua nih..

KeKALAHan di DUN Manek Urai tidak wajar tidak patut diperSALAHkan kepada UMNO Kelantan lagi.. Sebaliknya, menurut pemerhatian BLOG ini, punca keKALAHan itu rasanya patut dipertanggung-jawabkan kepada mereka yang berikut:-

1) Ahmad Maslan

Dia nih sebelum nama CALON diUMUMkan lagi dikatakan telah berKAMPUNG dan jadik 'SPY' bagi pihak UMNO di Manek Urai.. Siap berLAKON menoreh GETAH lagi tuh KONONnya tanda simpati dengan nasib penduduk.. Namun apakah maklumat yang disampaikan olehnya kepada jentera UMNO? Apakah dia benar-benar memberitahu apa yang sepatutnya kepada jentera UMNO?

Dia dilihat suka membuat kenyataan yang MENIKAM UMNO balik semasa tempoh berkempen.. Kenyataan dia yang 'BANGGA' kononnya BN yang berjuang memansuhkan PPSMI bukannya pembangkang, ternyata menyinggung dan menyakitkan HATI banyak penduduk kampung yang INGINkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka..

Kenyataan dia yang dilihat mempersendakan pekerjaan calon PAS sebagai penJUAL ikan semasa berkempen jugak tidak kena dengan SITUASI semasa.. Jenuh jugakla UMNO Kelantan berusaha untuk 'cover' dia! HE!HE!HE!

DAH TAKDE KE ORANG YANG LEBIH LAYAK DALAM UMNO UNTUK JADIK KETUA PENERANGAN? SEMUA DAH KENA BADI TS MAT TAIB? KAH!KAH!KAH!

2) TS MUHYIDDIN YASSIN

Inilah dia pemimpin kita yang semasa penamaan CALON lagi terang-terang mengHINA calon PAS yang bekerja menjual ikan dan tidak berplejaran TINGGI.. Bukankah PAS lebih dulu UMUMkan calon mereka berbanding UMNO? Apalah salahnya selidik sikit latar belakang beliau sebelum buat kenyataan? Orang kampung di Manek Urai bukannya mahukan orang yang ada sijil berjela-jela pun! Cukuplah wakil yang sentiasa berada bersama mereka..

2 Hari sebelum pengundian, TS Muhyiddin telah memberikan 'UGUTAN' yang sangat menyusahkan jentera UMNO dan menyakitkan hati penduduk setempat..

KONONnya, jika penduduk Manek Urai Lama mahukan jambatan yang lebih besar, mereka kena undi UMNO!

BerKEMPEN macam orang tak sekolah! Apa SALAHnya kalau BINA aje jambatan baru tersebut tanpa menjadikkan JANJI MANIS pilihanraya? Itu aje dah cukup untuk menimbulkan PERSEPSI di kalangan pengundi bahawa UMNO hanya bantu rakyat bila UMNO ada kepentingan!

Kenyataan pemansuhan PPSMI oleh TS Muhyiddin jugak sebenarnya menyinggung orang-orang kampung di Manek Urai.. TS Muhyiddin sebenarnya dilihat memandang RENDAH keupayaan orang kampung untuk mempelajari PPSMI.. Tahukah TS Muhyiddin bahawa walaupun mereka sedar anak-anak mereka mungkin ketinggalan, namun peluang belajar PPSMI merupakan peluang yang amat diHARGAI oleh orang kampung kerana mereka menganggap agar nasib anak-anak mereka terbela di masa hadapan?

3) KETUA PEMUDA UMNO

Kalau dia benar-benar nak membantu UMNO berkempen, diSARANkan agar dia hanya bantu UMNO berkempen jika UMNO letak calon di Tel Aviv, Israel! KAH!KAH!KAH!

PERSEPSI orang terhadap dia dah cukup BURUK.. Walaupun sebaik mana 'LAKONAN' dia untuk memikat hati orang kampung, dia akan berterusan GAGAL memikat hati pengundi muda yang merupakan anak-anak kepada orang kampung yang jugak balik mengundi.. Orang kampung boleh la dia 'KENCING' tapi bukan dengan anak-anak orang kampung yang terDEDAH kepada PERSEPSI NEGATIF dia melalui media dan internet semasa mereka di perantauan!

Lagi satu la, dia nih cukup AGRESIF bila berKEMPEN dan buat kenyataan.. Tak habis-habis CABAR orang tuh, CABAR orang nih semasa berucap atau berKEMPEN.. Itulah payahnya bila UMNO buta pergi lantik 'Melayu Foreigner' macam dia untuk bercakap bagi pihak UMNO! Apa yang dia tau pasal adab sopan orang Melayu terutamanya kat kampung-kampung? Orang kampung bukannya suka dengan BUDAYA CABAR-MENCABAR orang yang dia dok lakukan semasa memPROMOSI diri dia tuh! Teruskanlah UMNO menyimpan dia nih demi memusnahkan UMNO sendiri! HE!HE!HE!

4) DS NAJIB TUN RAZAK

Masalah paling besar bila 'BIG BOSS' sendiri tak sanggup turun padang! Hanya tengok dari KL aje.. Kalau jumpa Lee Kuan Yew, siap ada BINI buat perjumpaan susulan lagi? La nih dah pergi Mesir dah..

Kalau dah SEGAN sangat nak jumpa rakyat, kurang-kurang tu apa SALAHnya bagi 'Video Letter' ke untuk pengundi dan mintak jurukempen tu pasangkan semasa ceramah?

Ingat sikit.. Arwah Tun Razak dulu sampai ke ceruk kampung, sanggup dia jumpa rakyat! Tak tengok ke gambar-gambar Tun Razak dalam buku BIOGRAFI 'Jejak Bertapak Seorang PATRIOT' susunan Zainuddin Maidin? Dalam tuh kan ada gambar Tun Razak masuk kampung jumpa rakyat?

------------------------------------------------------------------------------------

Selepas PRU 12, dah 7 kali dah PRK berlangsung.. Satu pun UMNO tak pernah belajar dan masih dengan SINDROM selesanya.. Yang jadik ahli UMNO tuh patut 'PAKSA' lah 'BOSS' tuh dedahkan apa keputusan 'POST'MORTEM setiap kali KALAH PRK? Ini dah tahap teruk pun masih dok berANGAN lagi nih.. HE!HE!HE!

Yang kita tahu, Tun Dr. Mahathir and KCD is nothing to do with the failure of UMNO in Manek Urai! HE!HE!HE!

Sekali lagi SYABAS diucapkan kepada UMNO Kelantan atas kerja keras mereka.. Walaupun KALAH tapi sebenarnya MELAYU menang!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan