Monday, July 20, 2009

Puak-puak RACIST dah mula serang UMNO tapi UMNO pulak sibuk dok MANSUHkan kepentingan Melayu dan rakyat?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TAK KENAL MUSUH!

Itulah gambaran yang SESUAI dilontarkan terhadap UMNO sekarang ini yang lebih SIBUK nak meMANSUHkan dasar-dasar kerajaan terdahulu yang menguntungkan Melayu sedangkan pada masa yang sama, UMNO diserang bertalu-talu oleh sekumpulan puak berfahaman 'RACIST' dan anggota KONGSI GELAP mereka yang cuba berselindung disebalik JENAYAH yang mereka lakukan atas nama parti politik mereka! Kematian seorang saksi SPRM bernama Teoh Beng Hock adalah menyedihkan namun kita tak nampak sebab untuk mewajarkan SPRM dipersalahkan jauh sekali untuk menjadikan kematian MENDIANG sebagai unsur perkauman?

Kenapakah seorang SAKSI boleh 'TERBUNUH' atau 'DIBUNUH'? SAKSI adalah pihak yang menetukan seseorang penjenayah itu bersalah atau tidak bersalah.. Sekiranya MENDIANG dipanggil untuk memberi keterangan sebagai SAKSI, adakah wajar SPRM dituduh penyebab kematian MENDIANG sedangkan dia diperlukan untuk memberi keterangan semasa pengadilan kelak? Dalam KOTEKS ini, yang hanya mahukan seseorang SAKSI 'TERBUNUH' atau 'DIBUNUH', sudah tentulah penjenayah itu sendiri atau mereka yang menghadapi siasatan oleh SPRM? Jadik siapakah yang sedang disiasat oleh SPRM ketika itu?

Apa yang dipaparkan dalam tulisan BLOG ini bukanlah bertujuan untuk menganggu siasatan mana-mana pihak terutamanya pihak polis.. Namun, apa yang dipaparkan adalah HIPOTESIS mudah yang sesiapa pun boleh TONTONI melalui siri-siri penyiasat di TV seperti CSI, MIAMI VICE, BONES dan sebagainya..


TAKTIK puak-puak 'RACIST' dan anggota KONGSI GELAP yang dilindungi mereka ini adalah sama dengan TAKTIK bagaimana ADUN Bukit Lanjan menyembunyikan 'KISAH TERLAMPAU'nya yang bersekedudukan dengan lelaki Melayu namun cuba diSEMBUNYIkan dengan kisah KONONnya kediamannya dicerobohi dan hak asasinya dinganggu! Memang bijak puak-puak 'RACIST' ini memutar-belitkan keadaan demi kepentingan POLITIK mereka.. Yang BODOHnya adalah dua tiga ekor DUNGU dalam PAS le yang tak tahu mana HALAL dan mana HARAM? Apa pun kita harap pihak polis dapat menyelesaikan kematian MENDIANG Teoh Beng Hock secepat mungkin sebelum keadaan menjadi semakin buruk..

Namun, dalam pada UMNO 'diserang' oleh puak-puak 'RACIST' ini, apa yang menyedihkan adalah UMNO sendiri sibuk pulak dengan agenda peMANSUHan dasar-dasar kerajaan sebelum ini yang dilihat menguntungkan orang Melayu dan BUMIPUTERA.. Bulan Julai ni aje penuh dengan cadangan peMANSUHan dasar itu dasar ini walhal dulu bukan MAIN lagi sokong dasar-dasar tersebut? Kalau diMANSUHkan dan digantikan dengan dasar yang LEBIH baik tu betullah jugak tapi bila diMANSUHkan, diganti pulak dengan menunjukkan keBODOHan kerajaan tu ada le!

Apabila PPSMI diMANSUHkan, kerajaan dikatakan JIMAT RM40 juta setahun.. Namun untuk belajar Bahasa Inggeris, kena belanja pulak RM5 bilion? Tak belajar MATEMATIK kot mana lebih banyak?

Apabila ISA dicadangkan untuk diMANSUHkan, takde pulak diorang FIKIRkan bahawa selepas itu mungkin lebih GALAK lagi orang akan memperSOALkan keistimewaan Melayu/Bumiputera, keDAULATan raja-raja Melayu dan Agama Islam sebagai agama RASMI? Apa akan jadik kalau lebih banyak HINDRAF wujud selepas pemansuhan ISA? Mungkin UMNO suka kot semakin banyak HINDRAF pasal boleh jadikkan ALASAN untuk mintak SOKONGan orang Melayu?

Sekarang ni UPSR pulak ada ura-ura nak dimansuhkan KONONnya tak RELEVAN dan menyebabkan anak-anak kita tak belajar SEJARAH.. Aik? Ramai orang Melayu belajar Bahasa Melayu dari UPSR namun REALITInya ramai juga antara mereka yang guna bahasa ROJAK atau slanga?

MACAM NI NAK DIKATAKAN UMNO MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN MELAYU?

Eh... Bukan ke pemimpin UMNO yang meMANSUHkan banyak EKUITI dan KUOTA Melayu dalam bermacam sektor? Bukan ke pemimpin UMNO jugak yang memansuhkan banyak jenis KUOTA biasiswa untuk pelajar Melayu? Bukan ke pemimpin UMNO jugak yang cadangkan peMANSUHan ISA untuk memberi ruang kepada lebih banyak SUARA yang nak mempertikaikan kedudukan orang Melayu/Bumiputera dalam NEGARA ini?

MACAM NI NAK DIKATAKAN UMNO MEMBELA NASIB RAKYAT?

Ehh... Yang dok penaik tambang kenderaan AWAM tuh siapa punya KEJE? Bukan pemimpin UMNO ke? Ada ke kedengaran RAKYAT sendiri yang mintak tambang kenderaan AWAM diNAIKkan? Majoriti rakyat tak kira bangsa mahukan PPSMI agar anak-anak mereka mampu 'survive' dalam era GLOBALISASI tapi pemimpin UMNO jugak yang HAPUSkan PPSMI? Kat Manek Urai baru-baru ini bukankah UMNO jugak kata kalau nak jambatan, rakyat kena undi UMNO? Macam tu ke KONONnya perjuangkan tuntutan rakyat?

Nampak sangat UMNO dah tak KENAL siapa KAWAN dan siapa LAWAN.. Siapa penyokong dan siapa musuh parti mereka sendiri.. Nak kata macam mana kalau UMNO dah penuh dengan puak-puak yang menjadikan UMNO sebagai platform cari makan seperti Ketua Pemudanya sendiri!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan