Tuesday, July 28, 2009

Selepas ISA, Ketua Pemuda UMNO menunjukkan kembali HIPOKRASInya dalam soal demonstrasi ISA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tidak lama dahulu, BLOG ini pernah menDEDAHkan sikap HIPOKRIT Ketua Pemuda UMNO yang menentang PPSMI tetapi dia sendiri tidak pernah pun belajar di mana-mana sekolah di Malaysia samada di peringkat sekolah rendah mahu pun sekolah menengah.. Sebaliknya dia sendiri belajar SAINS dan MATEMATIK dalam Bahasa Inggeris tentunya di luar negara kerana dia membesar di sana!

TAK KE HIPOKRIT NAMANYA TUH?

Kali ini kita DEDAHkan pulak sikap HIPOKRIT Ketua Pemuda UMNO yang melarang ahli-ahli Pemuda UMNO menyertai demonstrasi menyokong ISA sedangkan dahulu beliau jugak pernah berdemonstrasi di Kuala Lumpur Convention Centre KONONnya membantah kehadiran bekas Setiausaha Negara US, Condoleeza Rice datang ke negara ini?

TAK KE HIPOKRIT NAMANYA TUH?

Atau dia seorang 'opportunist' yang cuma mahu mengambil kesempatan untuk memPOPULARkan dirinya semata-mata? Anda semua NILAIkanlah sendiri..

Pemuda Umno dilarang sertai demo ISA

Jul 25, 09 5:16pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan ahli pergerakan itu supaya tidak menyertai demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini.

Katanya, pergerakan itu ada menerima jemputan untuk menyertai demonstrasi berkenaan, namun memilih untuk mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan semua ahlinya berbuat perkara yang sama.

Menurutnya, pendirian itu diambil kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, lapor Bernama.

Justeru itu, kata ahli parlimen Rembau itu, tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokongnya.

"Sebagai ketua, saya arahkan berkecuali. Janganlah kita mendahului proses (kajian semula) itu, tidak perlu ada demonstrasi," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pemuda Umno Kedah di Alor Star.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang memohon untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dii Istana Negara.

Selain itu, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pula dijangka mengadakan demonstrasi bagi menyokong akta itu, yang dijadual berlangsung pada tarikh dan di kawasan yang sama (lihat peta di bawah).

Kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke Istana Negara.


HE!HE!HE!


Dengan kata lain, berDEMONSTRASI sebenarnya bukan perkara baru pun bagi Ketua Pemuda UMNO.. Cuma dia nak TENGOKlah dahulu samada DEMONSTRASI tersebut beri keuntungan POLITIK kepadanya atau tidak..


Isu samada ISA perlu disokong atau tidak sebenarnya tidak penting kepada Ketua Pemuda UMNO.. Dia pun bukannya sukakan sangat ISA.. Almaklumlah, ISA adalah penghalang utama kepada dasar meLIBERALkan orang Melayu seperti yang mungkin dia cita-citakannya dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia!Namun, dia terpaksalah 'PLAY SAFE' kerana majoriti ahli-ahli UMNO sebenarnya menyokong ISA sebagai salah satu bentuk perlindungan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama rasmi negara..


HIPOKRASI DAH TERDEDAH, TAPI OLEH KERANA UMNO PENUH DENGAN HIPOKRASI, INI ADALAH PERKARA BIASA............


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan