Wednesday, August 12, 2009

Penasihat PKR memang PENGKHIANAT MELAYU tetapi siapa sebenarnya yang 'mencipta' PENGKHIANAT MELAYU ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya Penasihat PKR dianugerahkan dengan gelaran 'PENGKHIANAT MELAYU' oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia(TPM).. Entah kenapa tiba-tiba TPM kita dilihat 'BERMURAH HATI' menganugerahkan gelaran tersebut, kita pun tidak tahu.. Namun, sebenarnya MAJORITI rakyat di negara ini khususnya orang Melayu sudah lama pun tahu bahawa Penasihat PKR adalah PENGKHIANAT MELAYU.. Malah, sebahagian besar orang Melayu sudah pun mengetahuinya sejak tahun 1998 lagi! Dengan kata lain, sesudah lebih 10 tahun barulah TPM kita dan orang-orang UMNO tergerak hati untuk menganugerahkan gelaran tersebut kepada Penasihat PKR? 'SLOW' GILER!!!

Tindak-tanduk Penasihat PKR sejak kebelakangan ini sebenarnya tidak lebih daripada bertujuan untuk mengalihkan tumpuan UMUM daripada kes LIWAT yang sedang dihadapinya di mahkamah.. Kekacauan, tunjuk perasaan atau demonstrasi yang dilakukan semuanya 100% bertujuan untuk mengelakkan rakyat umum membicarakan tentang kes LIWAT yang sedang dia hadapi - satu PERSEPSI UMUM yang sangat-sangat dia cuba elakkan.. Memang kita tahu sejak dahulu lagi itulah 'PERANGAI BURUK' Penasihat PKR dan jugak ahli keluarganya.. Maka, dia akan cuba sebaik mungkin untuk mempengaruhi rakyat umum khususnya GOLONGAN MUDA MELAYU agar menyebelahinya dan menimbulkan PERSEPSI agar dia sebenarnya cuba diFITNAH oleh UMNO..

Walaupun begitu, adakah TEPAT gelaran 'PENGKHIANAT MELAYU' diberikan kepada Penasihat PKR tersebut pada MASA INI? Sedangkan setiap kali demonstrasi atau rapat umum yang diadakan oleh Pakatan Rakyat yang dia ketuai, MAJORITI yang hadir adalah orang Melayu sendiri? Dengan kata lain, walaupun sebahagian besar orang Melayu dilihat berSETUJU dengan TPM kita dan UMNO yang memberinya gelaran sedemikian, tetapi masih ada lagi sebahagian besar orang Melayu yang dilihat menyebelahi Penasihat PKR? Orang Melayu sendiri pada KETIKA INI dilihat tidak 100% berSETUJU bahawa Penasihat PKR adalah PENGKHIANAT MELAYU?

BLOG ini tidak mahu dilihat menyebelahi mana-mana pihak.. Tidak kira samada pihak tersebut adalah UMNO/BN atau Pakatan Rakyat, BLOG ini tetap tidak mahu diperBODOHkan oleh orang-orang POLITIK yang hanya tahu berSLOGAN dan mementingkan perut BUNCIT masing-masing.. Untuk itu, kita ingin berTANYA secara JUJUR dan IKHLAS:-

ADAKAH GELARAN 'PENGKHIANAT MELAYU' KEPADA PENASIHAT PKR INI DIBERIKAN OLEH UMNO KERANA BENAR-BENAR MENYEDARI PENASIHAT PKR TERSEBUT SEMEMANGNYA MENGKHIANATI MELAYU ATAU SEBENARNYA BERTUJUAN UNTUK MENCARI PUBLISITI MURAHAN DAN RHETORIK POLITIK DEMI MERAIH KEMBALI SOKONGAN ORANG MELAYU YANG KIAN PUDAR TERHADAP UMNO?

Pasal secara JUJURnya, orang Melayu tidak melihat Penasihat PKR ini yang berTINDAK dengan TANGANnya sendiri mengHAPUSkan KUOTA BIASISWA untuk pelajar Melayu, menghapuskan KUOTA penglibatan Melayu dalam sektor-sektor tertentu dan jugak menjual saham-saham Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dikuasai menerusi pemilikan saham Bumiputera kepada pemilikan asing seperti BERNAS sebagai contoh?

Jawablah secara JUJUR, kerana hanya dengan keJUJURan sahaja orang Melayu akan kembali memberikan SOKONGan yang diharapkan..

-------------------------------------------------------------------------------------

Ingatkah anda semua dengan kumpulan dalam UMNO bernama 'TEAM WAWASAN'? Sudah hampir 20 tahun, mungkin sebahagian besar orang UMNO sendiri sudah melupai siapa sebenarnya yang 'menganggotai' TEAM WAWASAN tersebut.. Untuk itu, anda boleh merujuk kepada URL di bawah untuk mengingati kembali siapakah mereka tersebut..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Team_Wawasan

Pada hari ini kita melihat mereka yang pernah menganggotai TEAM WAWASAN ada yang TIMBUL dan ada yang TENGGELAM.. Walaupun hari ini sebahagian mereka dilihat seolah-olah saling berCAKARan, HAKIKATnya suatu ketika dahulu mereka pernah bekerjasama dalam UMNO demi meraih cita-cita POLITIK masing-masing..

Kesimpulannya, musuh-musuh UMNO seperti PAS, PKR, Semangat 46 atau individu seperti Penasihat PKR sendiri sebenarnya adalah 'HASIL KERJA TANGAN' hakcipta UMNO sendiri!!

Ketika ini UMNO cuba meLAHIRkan satu lagi 'HASIL KERJA TANGAN' seperti yang dimaksudkan dengan terpilihnya PESALAH POLITIK WANG sebagai KETUA PEMUDA UMNO!

SEBENARNYA, UMNO SENDIRI YANG 'MENCIPTA' MUSUH-MUSUHNYA! BILALAH MAHU BERUBAH?

Wallahualam..

2 comments:

  1. 1 Malaysia yang direka cipta oleh DS Najib memang tidak berkesan kerana tiada kejujuran orang Melayu UMNO mahu tinggal sekampung dengan bangsa lain. Buktinya, DS Anwar yang menerajui parti berbilang kaum dipanggil Pembelot. Tapi lebih banyak lagi orang Melayu yang lebih ikhlas dan jujur dalam PKR dan PAS. Ini lah kemurnian orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Langsung tidak masuk dalam minda bahawa Melayu PAS sudi dan mahu tinggal sekampung dengan bangsa lain khususnya mereka yang menyokong DAP..

    Bagaimana jika PAS memberikan satu kerusi DUN di Kelantan kepada DAP dan DAP pula memberikan lebih banyak DUN di Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada PAS untuk membuktikannya?

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan