Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, August 15, 2009
Penglibatan SPRM sahaja tidak cukup untuk membanteras kegiatan haram yang berselindungkan ahli politik di Selangor!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semalam TV3 dalam slot Buletin Utama telah memaparkan KLIP video yang menunjukkan aksi Pembantu Khas seorang EXCO Selangor meronta-ronta dan bergelut apabila ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM.. Menurut laporan, kejadian tersebut berpunca apabila Pembantu Khas tersebut cuba dibawa oleh para pegawai SPRM untuk disoal-siasat di ibu pejabat mereka di Putrajaya berhubung dengan dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.. Malah, Pembantu Khas Exco Selangor itu mendakwa pula dirinya dicederakan oleh Pegawai SPRM yang mengiringinya..
Anda boleh baca berita tentang kejadian tersebut menerusi URL di bawah..
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Kita SYAK ada 'sesuatu yang tidak kena' apabila EXCO Selangor datang masuk campur dan cuba melengah-lengahkan para pegawai SPRM menjalankan tugas.. EXCO Selangor tersebut sebelum pernah menghalang bukan sahaja para pegawai SPRM, malah pegawai pihak berkuasa tempatan lain di Selangor yang menyerbu pusat-pusat SPA dan rumah urut HARAM di Selangor.. Besar sangat ke kuasa dia sebagai EXCO Selangor hinggakan boleh menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan tugas rutin mereka seperti membanteras aktiviti pihak-pihak tertentu yang menyalahi undang-undang?
Kita tidak tahu samada tindakan Pembantu Khas EXCO Selangor tersebut memang kerana sebenarnya dia takut atau sekadar aksi 'CARMOUFLAGE' untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus cuba mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar.. Namun, jelas di sini kita melihat bagaimana para pegawai SPRM cuba dihalang daripada menjalankan tugas mereka.. Sekiranya soal-siasat para pegawai SPRM dihalang, bagaimana hendak membuktikan mereka yang disoal-siasat tidak bersalah?
Malah dengan MISTERI kematian Teoh Beng Hock berlaku selepas disoal-siasat oleh SPRM, semakin jelas didapati bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang cuba menyembunyikan KEGIATAN HARAM atau 'UDERGROUND' mereka dengan berselindungkan gelaran mereka sebagai EXCO, ADUN atau hubungan mereka dengan tokoh-tokoh parti politik tertentu di Selangor.. Tidak mustahil kalau kita katakan ada pihak enggan MISTERI kematian Teoh Beng Hock diselesaikan dan cuba melengah-lengahkan atau menghalang usaha tersebut temasuk dengan pembabitan beberapa peguam bertujuan untuk mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar..
Seharusnya isu sebegini tidak harus dilihat setakat isu SPRM sahaja.. Malah, seluruh pihak berkuasa temapatan perlu bekerjasama dengan SPRM untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.. Kuasa SPRM sebenarnya tidak cukup untuk mengendalikan isu-isu berbetuk 'UNDERGROUND'.. Malah, apabila dah sampai tahap sebegini, SPRM sepatutnya meminta bantuan pihak lain untuk menyelesaikan isu-isu sebegini.. Sebab itulah penglibatan pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan diperlukan..
Bukan pelik untuk kita mengatakan bahawa ada hubungan antara pihak yang melakukan aktiviti haram seperti GANGSTER, KONGSI GELAP, PENYELUDUP atau SAMSENG dengan ahli-ahli politik.. Di Itali, penglibatan kumpulan MAFIA menaja tokoh-tokoh politik tertentu bukannya perkara asing.. Begitu juga di Jepun dengan kumpulan YAKUZAnya dan juga Thailand dengan KONGSI GELAP mereka.. Malah, filem-filem Hong Kong juga sering memaparkan perkaitan sebegini.. Jadi, bukanlah pelik pun kalau di Malaysia pun ada pihak cuba mewujudkan hubungan sebegini antara pihak yang melakukan aktiviti HARAM dengan ahli-ahli politik tertentu!
MASALAHNYA, ADAKAH KUASA SPRM SAHAJA CUKUP UNTUK MEMBANTERAS SEMUA INI?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan