ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
United Malay Nation Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu..
Itulah nama sebenar UMNO.. Seharusnya nama tersebut melambangkan bangsa yang diwakili oleh UMNO atau PEKEMBAR iaitu bangsa Melayu.. Namun, sejak UMNO mengamalkan 'KETERBUKAAN' di bawah kepimpinan PM terdahulu oleh Tun Dolah, kelihatan apa yang KONONnya diperjuangkan telah tersasar dan tidak lagi memihak kepada orang Melayu.. Malah, ada pulak LALAT-LALAT TAIK dalam UMNO yang cuba menidakkan orang Melayu lain yang memperjuangkan NASIB bangsa mereka sendiri.. LALAT-LALAT TAIK ini semakin banyak sejak kepimpinan UMNO membuka ruang kepada PERASUAH atau PESALAH POLITIK WANG berleluasa dan menguasai parti milik orang Melayu ini..
Petikan akhbar di bawah adalah sebagai contoh bagaimana LALAT-LALAT TAIK dalam UMNO cuba menidakkan orang Melayu lain yang selama ini jelas memperjuangkan nasib bangsanya sendiri..
Buat penilaian sebelum terima semula Ibrahim
18/10/2009 7:11pm
KUALA KRAI 18 Okt. — Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak “pisang berbuat dua kali”.
Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata, apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli UMNO.
Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.
Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula UMNO.
"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah,” katanya. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Itu dakwaan Pemuda UMNO terhadap Datuk Ibrahim Ali yang selama ini UMUM mengetahui tidak berganjak memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan mempertahankan hak-hak Bumiputera di negara ini.. Walaupun melalui NGO seperti PERKASA, beliau tetap tampil ke hadapan apabila hak-hak orang Melayu diancam atau diperlekehkan oleh bangsa lain.. Di mana Pemuda UMNO ketika itu? Hanya berselindung di belakang PERASUAH dan PESALAH POLITIK WANG?
Satu PENYAKIT yang ada dalam PEMUDA UMNO di bawah 'REJIM KETUA PERASUAH' ini ialah apabila ramai di antara mereka beranggapan mereka AUTOMATIK TELAH BERJASA dan berada pada KEDUDUKAN YANG PATUT DISEMBAH oleh orang lain sedangkan kebanyakkan mereka ini hanya baru beberapa tahun menganggotai UMNO atau lebih TEPAT lagi diserap ke dalam UMNO semata-mata untuk menjamin keMENANGan PESALAH POLITIK WANG sebagai Ketua Pemuda UMNO? Inilah penyebab orang sangat-sangat MELUAT dengan Pemuda UMNO di seluruh negara..
Nama-nama seperti Syed Jaafar Albar dan Datuk Harun Idris begitu lantang dan begitu dihormati apabila mereka menerajui Ketua Pemuda UMNO.. Mereka langsung tidak berganjak dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu atau Ketuanan Melayu di bumi bangsa ini sendiri.. Namun, Pergerakan Pemuda UMNO mula dicemari apabila cucu Datuk Onn membawak masuk ANASIR TIDAK SIHAT atau PETUALANG BANGSA yang tidak pernah lahir di Malaysia dan tidak pernah bersekolah di Malaysia sebagai Naib Ketua Pemuda.. Akhirnya Pemuda UMNO terus hilang keLAYAKkan dan sekadar menjadi PAK LAWAK apabila mereka cuba membicarakan tentang nasib orang Melayu atau rakyat..
Akhir sekali, ikutilah PETIKAN tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam Utusan Malaysia hari ini..
Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.
Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.
Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Wallahualam..
Bazlan Baharuddin, Ketua Pemuda Gua Musang dan Kelantan adalah budak Khairy.
ReplyDeleteDia nak tahan Ibrahim Ali kerana bapa mertua Khairy yang aniaya Ibrahim Ali.
Dia gugurkan Ibrahim yang menang dgn sah sebagai KB Pasir Mas dan diganti dgn Dato Rahim dalam persepadanan semula kawasan.
Sudah lah Khairy perasuah tetapi bapa mertua dia tidak adil dan salahguna kuasa!
apabila pak lah memerintah umno,terserlahlah perjuangan dato ibrahim ali bersama perkasa bagi menyuarakan dan mempertahan melayu.
ReplyDeletetidak perlu bagi DIA utk myertai umno, malah adalah bijak sekira perkasa dijadikan parti alternatif kpd melayu,melihat pas+dap menolak islam dan melayu,keadilan-melayu,umno pula dilihat terikat tangan untuk membela melayu-1malaysia.penyokong kerajaan.1rahim