Friday, October 16, 2009

Pindaan Perlembagaan sudah selesai, bila pulak perlaksanaannya? Lepas PILIHANRAYA UMUM ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita mengalu-alukan usaha DS Najib yang telah pun mengubah Perlembagaan Parti UMNO untuk membenarkan lebih ramai perwakilan di peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin yang akan menyandang jawatan-jawatan diperingkat pusat.. Malah UMNO sepatutnya dilihat semakin DEMOKRATIK dengan membenarkan lebih ramai wakil akar umbi UMNO untuk memilih terus para pemimpin mereka tanpa sekatan.. Dengan kata lain, pemimpin yang mendapat pencalonan yang banyak di peringkat cawangan dan peringkat bahagian akan diterjemahkan secara langsung melalui pengundian apabila tiba pemilihan sebenar..

Namun, itu kisah pemilihan UMNO yang akan dilaksanakan entah bila.. Apa yang sepatutnya menjadi reRUNSINGan UMNO sekarang ialah BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPI PILIHARAYA UMUM KELAK DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KORUP DAN PESALAH POLITIK WANG YANG SEKARANG INI MASIH MEMEGANG JAWATAN ATAU MASIH DILANTIK DALAM PARTI?

Beranikah UMNO menghadapi rakyat apabila rakyat jelas melihat bagaimana para pemimpin KORUP ini masih memegang jawatan dalam parti dan rakyat TAHU bagaimana mereka semua ini dipilih? Apa gunanya pemindaan Perlembagaan UMNO jika perlaksanaannya hanya akan dilakukan di kemudian hari selepas pilihanraya umum berikutnya?

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO KALI INI SEBENARNYA TIDAK BERMAKNA LANGSUNG JIKA MEREKA YANG KORUP DAN PESALAH POLITIK WANG SEOLAH-OLAH DIBENARKAN BERMAHARAJALELA DALAM PARTI HINGGA PILIHAN RAYA UMUM BERIKUTNYA..

Dengan kata lain, PERSEPSI rakyat terhadap UMNO tidak akan berubah selagi UMNO masih enggan menukar para pemimpin KORUP dan PESALAH POLITIK WANG yang dipilih semasa pemilihan UMNO bulan Mac lalu..

OLEH ITU, BERANIKAH UMNO MENGADAKAN PEMILIHAN UMNO SEKALI LAGI SEBELUM PILIHANRAYA UMUM BERIKUTNYA BERLANGSUNG? INI BERTUJUAN UNTUK MENGUJI KEBERKESANAN PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG DILAKUKAN DISAMPING MEMASTIKAN HANYA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MEMENUHI KEHENDAK AKAR UMBI UMNO DIPILIH.. ADA BERANI? HE!HE!HE!

-------------------------------------------------------------------------------------

Semasa ucapan penggulungan tadi, DS Hishamuddin Tun Hussein ada menyatakan bahawa semasa UMNO dalam kesusahan seperti hari ini, UMNO telah dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.. BENAR ke begitu? HE!HE!HE!

Sepatutnya DS Hishamuddin sendiri memahami apa yang diucapkannya kerana beliaulah yang seharusnya bertanggung-jawab membenarkan 'MUSUH DALAM SELIMUT' masuk ke dalam parti UMNO semasa beliau berjawatan Ketua Pemuda UMNO hingga 'MUSUH DALAM SELIMUT' itu merosakkan UMNO melalui budaya POLITIK WANG lalu menyebabkan UMNO ditolak dengan TERUK oleh rakyat semasa pilihanraya umum lalu..

Kadang-kadang LIDAH lebih senang mengucapkan apa yang kita mahu tapi HATI pulak enggan menerima apa yang kita sendiri perkatakan..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan