Sunday, October 25, 2009

Punya sibuk nak berEGM tapi TAK SEDAR Ketua Audit Negara bagi 'TANDA MERAH' dalam 'REPOT KAD'nya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita hairan dengan sikap para ahli POLITIK Melayu kita baik di pihak UMNO mahu pun di pihak PAS.. 2X5 sahaja.. Lupa tanggung-jawab kepada rakyat dan pengundi, lupa AMANAH kepada bangsa, agama dan tanah air dan lupa kepada tugas-tugas yang sepatutnya mereka lakukan.. Di pihak UMNO, ada sorang tu punyalah GILA kan PUBLISITI MURAHAN sampai nak jadik 'PART TIME' Model.. Apa faedah dia buat begitu kepada partinya, takde sapa pun tahu.. Di pihak PAS pulak, ada sorang tua tuh yang jugak TAK KALAH bab GILA PUBLISITI tapi tak tahu buat kerja, suka salahkan orang lain dan sepenuh masanya dihabiskan dengan berFATWA sesuka hati..

Apabila Pok Nik kita menginisiatifkan untuk berEGM seperti UMNO dan MCA, kita tidak nampak kewajaran untuk dia nak berbuat demikian.. ALASAN yang Pok Nik bagi untuk berEGM hanyalah kerana mahukan PAS dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan. Pok Nik mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin PAS yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu. Pok Nik menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali..

Kita tahu niat Pok Nik itu tidak lain kerana dia dipengaruhi oleh GENG ERDOGAN dalam PAS.. Kita memang tahu pun apa sebenarnya MOTIF puak-puak bernama GENG ERDOGAN nih.. Malah jelas sekali apabila ada GENG ERDOGAN yang dilihat beriya-iya menyokong saranan EGM Pok Nik ini walaupun tujuan EGM ini hanya nak SINGKIRkan orang sahaja..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Apa pun, Sama ada saranan untuk berEGM itu masuk AKAL atau macam orang hilang AKAL pun terpulang kepada pendirian ahli-ahli LEBAI PAS jugak.. Ye lah.. Ini bukannya pertama KALI pun ahli-ahli Lebai PAS diperBODOHkan atau kena perBODOHkan.. .. Setinggi mana pun ilmu seseorang atau sebanyak manapun sijil yang dipunyai, asalkan masuk PAS aje pasti hidup-hidup kena KENCING! Tu pasallah orang TAK SEKOLAH macam Mat Sabu dan Mahfuz boleh HIDUP dalam PAS! HE!HE!HE!

#################################################

Pok Nik sebagai Menteri Besar Kelantan SEDAR ke tak bahawa 'REPOT KAD'nya kepada Ketua Audit Negara ada 'TANDA MERAH'? Menurut Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri Kelantan didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).. Bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.(KPK)..

Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.. Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm

INI APA CERITA NI POK NIK? PUNYA SIBUK NAK BEREGM UNTUK HALAU ORANG TAPI DALAM MASA YANG SAMA DOK BELA PENYAMUN BALAK NI APA HAL?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan