Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, November 23, 2009
Datuk Mukhriz harus baca ini sebelum menerima pencalonan DUN Kota Siputeh..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Hari ini Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pengeluaran writ mengadakan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kota Siputeh.. Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan SPR diarahkan mengeluarkan writ dalam masa antara empat hingga 10 hari setelah keputusan diisytiharkan dan, PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari setelah writ itu dikeluarkan..
Antara nama yang dikatakan sesuai untuk menjadi calon di DUN Kota Siputeh ialah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.. Persoalannya, BENARKah Datuk Mukhriz calon yang sesuai dengan mengambil kira IKLIM politik semasa di Kedah? Benarkah Datuk Mukhriz merupakan 'KUNCI' untuk UMNO kembali menawan Kedah? Semalam, seorang penulis dalam Mingguan Malaysia telah menyatakan HARAPANnya agar Datuk Mukhriz mengetuai UMNO Kedah untuk merampas kembali negeri tersebut daripada PAS..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Namun, BLOG ini berpandangan sebaliknya.. Harapnyalah Datuk Mukhriz dapat membaca apa yang TERSIRAT disebalik yang TERSURAT..
1) Kita tahu rakyat Kedah memang menyanjung tinggi LEGASI Tun Dr. Mahathir.. Malah sukar untuk rakyat Kedah melupakan jasa beliau.. Namun, apa yang perlu diRISAUkan ialah 'PERANGAI BURUK' orang-orang UMNO sendiri khususnya UMNO Kedah..Datuk Mukhriz seharusnya TIDAK LUPA bagaimana bapanya Tun Dr. Mahathir pernah 'DITOLAK' sebagai perwakilan mewakili UMNO Kubang Pasu untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006! Pada masa itulah timbulnya isu 'SAMPUL COKLAT RM200' yang akhirnya 'LENYAP' entah ke mana..
2) Datuk Mukhriz sendiri jugak jangan LUPA bagaimana nama beliau sendiri diputuskan pada saat-saat akhir untuk menjadi calon di Jerlun selepas 'PERMAINAN TANGAN-TANGAN GHAIB' yang mengatur calon untuk Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.. Bukan RAHSIA lagi 'TANGAN-TANGAN GHAIB' dari Tingkat 4 Putrajaya 'SENGAJA' mengatur laluan sukar kepada Datuk Mukhriz pada masa itu agar tidak menjadi PESAING kepada seseorang yang terlampau BERNAFSU untuk menjadi PM termuda negara ini!
3) Datuk Mukhriz sendiri sepatutnya belajar daripada PENGALAMAN semasa beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tanggal Mac lalu.. Bagaimana Datuk Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak peringkat Bahagian dan Cawangan UMNO akhirnya diKALAHkan semasa pemilihan UMNO peringkat pusat di PWTC.. Walaupun 'MALAUN' yang memenangi jawatan tersebut disabitkan BERSALAH atas KESALAHAN POLITIK WANG, namun hakikatnya dalam UMNO, najis pun boleh jadi SUCI!
Oleh itu, adalah wajar Datuk Mukhriz membuat pertimbangan dan berfikir banyak kali sebelum menerima pencalonan untuk DUN Kota Siputeh.. Pastikan sokongan yang diterima adalah sokongan yang JELAS bukannya berbentuk 'VIRTUAL' yang direkacipta oleh 'TANGAN-TANGAN GHAIB' bertujuan untuk memastikan LEGASI cemerlang Tun Dr. Mahathir TERHAPUS lalu menyebabkan PESALAH POLITIK WANG seperti Ketua Pemuda UMNO dapat bermaharajalela dalam UMNO dan kerajaan!
Untuk membolehkan UMNO kembali memerintah Kedah yang ketika ini dilihat semakin 'SERASI' dengan DS Azizan Razak sebenarnya bukan MUDAH.. 'PEMBERSIHAN' harus dilakukan dalam UMNO Kedah terlebih dahulu.. Janganlah Datuk Mukhriz TERPEDAYA dengan beberapa BLOGGERS MURAHAN atau LALAT-LALAT TAIK yang KONONnya mengaku ahli / penyokong UMNO dari Kedah tetapi sebenarnya 'HANJENG KURAP' berbayar kepada pihak yang ingin menghancurkan karier POLITIK Datuk Mukhriz seperti mana mereka berjaya menghancurkan karier POLITIK bekas MB Selangor sebelum ini..
Jangan pisang berbuah banyak kali, JANGAN KENA SABOTAJ LAGI!!
Wallahualam..
Budak Kodiang sokong kenyataan diatas. Sebab sayangkan Dato Mukhrizlah penulis tadi menasihati Dato supaya berhati-hati. Ramai musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan dalam UMNO.
ReplyDeleteBudak Kodiang menaruh harapan yang tinggi kepada Dato Mukhriz untuk mara lebih jauh dalam UMNO. Oleh itu berhati-hati Dato.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteNampaknya Datuk Mukhriz bukan calon..
Wallahualam..