Saturday, November 21, 2009

Badan Kehakiman dan Perudangan di negara ini seharusnya BEBAS daripada pengaruh POLITIK mana-mana pihak


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada tak sesiapa yang tidak tahu Rukunegara yang ke-4? Rukunegara yang ke-4 ialah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.. Prinsip Rukunegara seharusnya difahami dan diamalkan oleh semua rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman, pangkat mahu pun bangsa.. Namun, setakat manakah penghayatan Rukunegara ini dihayati oleh para ahli POLITIK dan mereka yang terlibat dalam melaksanakan agenda POLITIK? Terutamanya para ahli perundangan seperti hakim dan peguam, adakah mereka ini benar-benar profesional, bebas, menjunjung kedaulatan undang-undang dan ada akauntabiliti?

Kita sebagai rakyat tentu maklum apakah AKIBATnya jika ada hakim dan peguam negara kita membuat keputusan berlandaskan PEMAHAMAN POLITIK mereka atau akibat 'TEKANAN' POLITIK pihak-pihak tertentu.. Ini hanya akan menghuru-harakan negara.. Malah, contoh seperti ini boleh dilihat di negara-negara seperti Pakistan, Thailand dan beberapa negara Afrika.. Apabila para hakim dan peguam meletakkan kepentingan POLITIK mereka bersama-sama semasa perlaksanaan undang-undang, maka keadilan yang dilaksanakan lebih dilihat kepada 'KEADILAN BERASASKAN PERTIMBANGAN POLITIK' para hakim dan peguam tersebut..

Inilah contoh yang sepatutnya dielakkan daripada berlaku di negara kita ini.. Adakah WUJUDnya 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan perundangan yang dibuat oleh hakim-hakim melalui pengaruh POLITIK mereka? Malah, persoalan ini semakin memuncak melihat beberapa keputusan penghakiman melibatkan beberapa ahli POLITIK sejak kebelakangan ini.. Antaranya:-

1) Apabila Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa SPRM tidak wajar melakukan soal-siasat diluar waktu pejabat (office hours).. Menurut hakim, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Bagaimanakah kita hendak melihat perlaksanaan undang-undang yang TELUS khususnya dalam membasmi RASUAH jika semua urusan perlaksanaan undang-undang dilakukan semasa waktu pejabat? Apakah PENJENAYAH atau PESALAH UNDANG-UNDANG memilih waktu pejabat untuk melakukan JENAYAH atau melanggar undang-undang? Apakah gejala RASUAH akan berjaya dihapuskan jika sebegini keputusan yang dibuat? Seharusnya saranan agar SPRM membawa keputusan mahkamah ini ke peringkat lebih tinggi adalah wajar..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

2) Penangguhan demi penangguhan terhadap KES LIWAT Penasihat PKR..

Inilah perkara yang paling meMALUkan dan menJIJIKkan.. Dah la apa yang dilakukan menJIJIKkan, nak masuk mahkamah pun punyalah LIAT! Kita seharusnya melihat kes ini dari sudut MENCARI KEADILAN terutamanya kepada pihak yang didakwa jadik 'MANGSA'.. Bagaimana KEADILAN hendak dilaksanakan menerusi sistem perudangan yang sedia ada jika nak masuk mahkamah aje asyik kena TANGGUH dan hakim pulak asyik membenarkan penangguhan? Sampai bila KES MAIN BONTOT ni akan selesai jika KEADILAN yang seharusnya diputuskan di mahkamah tidak dapat dicapai?

Rakyat seharusnya melihat situasi sebegini dalam penuh waspada dan berhati-hati.. Ini kerana jika rakyat yang ingin mencari KEADILAN akibat menjadi 'MANGSA' ahli-ahli POLITIK dikhuatiri tidak akan mendapat kerana jika 'SALAH HAKIM' atau 'SALAH PEGUAM', anda akan semakin teruk 'DIMANGSAI'.. Malah, jika anda mempersoalkan keputusan hakim-hakim sebegini, anda mungkin dituduh pulak 'MENGHINA MAHKAMAH'..

Rakyat seharusnya menuntut agar mereka yang terlibat dalam menegakkan undang-undang negara ini seharusnya menjunjung 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG' dalam setiap keputusan mahkamah, bukannya menjunjung 'KEDAULATAN AHLI POLITIK' kerana terpengaruh atau 'TERMAKAN JASA' dengan ahli-ahli POLITIK terbabit.. Kita KHUATIR jika adegan masuk mahkamah seperti apa yang kita lihat dalam filem-filem Hindustan menjadi REALITI di negara ini..

Seringkali kita melihat keputusan di Mahkamah Tinggi berlawanan dengan keputusan di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan terutamanya KES melibatkan ahli-ahli POLITIK tertentu.. Yang menjadi mangsanya adalah para penjawat awam seperti POLIS dan SPRM kerana KREDIBILITI mereka akan dipersoalkan.. Jika mereka SALAH,maka SALAHlah.. Namun, jangan pulak mereka didapati bersalah kerana 'PEMIKIRAN POLITIK' hakim dan peguam terbabit mendapati mereka bersalah..

MALANGNYA, RAKYAT TIDAK BOLEH MEMILIH HAKIM ATAU PEGUAM TAPI RAKYAT HANYA BOLEH MEMILIH AHLI POLITIK.. AHLI POLITIK PULAK BOLEH MEMILIH PEGUAM ATAU HAKIM MANA UNTUK MEMBICARAKAN KES MEREKA..

Seharusnya 1 MALAYSIA jugak patut menjunjung KEDAULATAN UNDANG-UNDANG bukannya takat main KEMPEN hampeh kat media aje!!!

Wallahualam..

1 comment:

  1. what a stupid fella..cheap skate and cheap UMNO brains off course have cheap write ups!

    Kalau tidak faham bahasa ini sila rujuk kepada khamus antarabangsa!
    Bangsat !

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan