Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, November 03, 2009
Jika JAIS kata Dr. Asri tidak ada TAULIAH, kenapa YB Ampang dan YB DUN Hulu Klang menghadiri majlisnya?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
MISTERI... MEMANG BETUL-BETUL MISTERI..
Satu tangkapan yang jelas meragukan dan mengelirukan pada pandagan rakyat umum..
Satu tangkapan yang jelas mendedahkan HIPOKRASI yang berlaku di kalangan golongan alim ulama Islam di negara kita..
Satu tangkapan yang dilakukan tanpa penjelasan dan seolah-olah mereka yang mengarahkannya macam berfikiran 'LAST MINUTE'..
Satu tangkapan yang menghina jawatan MUFTI dan institusi agama Islam di negara ini..
KENAPA DR. ASRI DITANGKAP OLEH PARA PEGAWAI JAIS SEMALAM?
Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dr. Asri ditangkap di Ukay, Hulu Klang kerana memberi ceramah tanpa tauliah yang dianggap menjadi kesalahan oleh JAIS.. Malah, umat islam khususnya TIDAK FAHAM apa maksud 'TAULIAH' yang dijadikan alasan untuk menangkap Dr. Asri? Apakah seorang bekas MUFTI negeri Perlis yang dihormati tidak mencapai tahap 'TAULIAH' seperti yang dikehendaki oleh JAIS? Apakah sekiranya ulama luar negara seperti Dr. Tantawi atau Yusuff Al Qardhawi memberi ceramah di Selangor, mereka jugak mempunyai TAULIAH seperti yang dimaksudkan?
Penangkapan ini jelas mengundang lebih banyak kontroversi hingga ramai tokoh-tokoh negara dan alim ulama meminta penjelasan daripada JAIS.. Baik Perdana Menteri DS Najib, Menteri JPM Datuk Jamil Khir, Tun Dr. Mahathir malah pemimpin seperti Pok Nik MB Kelantan dan Ketua Dewan Pemuda PAS jugak mahukan alasan yang RASIONAL dan masuk akal berhubung dengan penangkapan Dr. Asri ini.. Takkanlah DYMM Sultan Selangor yang perlu memberi penjelasan KONONnya hal ehwal agama Islam di Selangor di bawah bidang kuasa Baginda? Bagaimana kalau DYMM Sultan Selangor sendiri bertanyakan JAIS tentang RASIONAL penangkapan seorang bekas Mufti sebuah negeri dalam Malaysia?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm
Tindakkan JAIS ini patut dijawab oleh kerajaan negeri Selangor sendiri.. Ini kerana tidak ada sesiapa yang boleh memberi arahan kepada JAIS melainkan pihak pentadbir dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.. Malah, mustahil untuk mengatakan JAIS bertindak sendirian tanpa mendapat arahan sesiapa.. Bukan itu sahaja, jika Dr. Asri benar-benar membelakangi ajaran Islam seperti didakwa, kenapa dua orang YB Selangor iaitu YB DUN Hulu Klang dan YB Parlimen Ampang sanggup menghadiri majlis beliau? TIDAKKAH KEHADIRAN DUA ORANG YB INI DIANGGAP SEBAGAI 'ENDORSEMENT' KEPADA CERAMAH OLEH DR. ASRI?
Kita tidak pernah dengar lagi mana-mana tokoh agama BUDDHA, HINDU atau KRISTIAN diTAHAN pihak berkuasa kerana memberikan ceramah di negeri bukan negeri asal mereka dengan alasan tidak ada TAULIAH.. Kenapa pulak ini boleh berlaku dalam urusan agama Islam iaitu agama rasmi negara ini? Kot ajaran AYAH PIN ke atau habis kurang ajaran Pok Nik MB Kelantan tuh kita FAHAM la!
TINDAKKAN SEBEGINI HANYA MEMALUKAN AGAMA ISLAM SENDIRI AJE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan