Tuesday, November 17, 2009

Kisah dua orang menantu pemimpin kita -> Menantu Pak Lah & Menantu Pok Nik..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita tak faham apa KRITERIA orang kita pilih menantu.. Adakah mereka memilih kerana mahukan yang berpelajaran tinggi atau kerana mahukan menantu yang benar-benar berakhlak dan beriman seperti yang dituntut oleh agama.. Malah kesilapan memilih menantu ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. Dalam KONTEKS ini, dua orang pemimpin Melayu nampaknya boleh dikategorikan SALAH PILIH MENANTU kerana menantu yang diharapkan ternyata memusnahkan KARIER POLITIK mereka sendiri..

MENANTU POK NIK MB KELANTAN:-

Menantu Pok Nik kita kali ini benar-benar menggemparkan negara kerana dikatakan merancang untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS ketika ini.. Walaupun ini hanyalah TUDUHAN yang berasal daripada seorang blogger yang dipecat daripada jawatan dalam GLC Kerajaan Negeri Kelantan, namun TUDUHAN ini benar-benar mengejutkan kepimpinan PAS sendiri.. Malah, dikatakan menantu Pok Nik terlibat dalam unsur tidak sihat dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan hingga menyebabkan dia bakal kena soal-siasat dengan SPRM..

http://kickdefella.wordpress.com/

Malah menantu Pok Nik kita jugak dikaitkan dengan unsur tidak sihat apabila bersekongkol dengan seorang ahli perniagaan yang dikatakan menaja Pok Nik untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini.. Malah, dikatakan pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Pok Nik sendiri.. Tuduhan ini menyebabkan Pok Nik TAWAR HATI untuk mengerjakan haji..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f8f6d2da-7f000010-111c3670-f2e56b9f

Tetapi yang paling mengejutkan adalah pendedahan bahawa menantu Pok Nik sebenarnya adalah ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO.. Aik? Bukan ke UMNO selama ini sentiasa dibenci oleh Pok Nik kita nih bermati-matian?

http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/15/tauke-teng-nudin-awang-dan-george-michael/

Apa pun ini kisah menantu Pok Nik kita.. Jangan pulak kita lupakan kisah seorang lagi menantu pemimpin kita iaitu menantu Pak Lah pulak..

MENANTU PAK LAH BEKAS PM MALAYSIA:-

Yang ni rasanya tak payah diperkenalkan pasal satu DUNIA pun tahu.. Almaklumlah.. Mana ada lagi menantu yang membawa 'DISASTER' kepada Pak Mertuanya sendiri melainkan dia ini.. Seteruk-teruk kelakuan Abdul Wahub terhadap Bapa Mertuanya dalam cerita 3 ABDUL, dia nih lagi la teruk.. Kalau dalam cerita 3 ABDUL, si Abdul Wahub 'MENSEDEKAH' harta bapa mertuanya, menantu Pak Lah ni nyaris satu negara diGADAIkan semata-mata nak 'KENYANGkan' kawan-kawan dia!

Rasanya segala keburukkan atau kecelakaan menantu Pak Lah ini telah banyak kali didedahkan baik dalam BLOG-BLOG, mahu pun dalam forum-forum online yang bersifat kepolitikkan.. Jadik, tak payahlah kita cerita penjang-panjang pun.. Silalah semak sendiri.. Dalam BLOG ini pun ada sikit-sikit.. Cuma rasanye menantu Pak Lah ni jenis TEBAL MUKA.. Almaklumla.. Kalau jiwa tuh jiwa Melayu, dah lama dah mengundurkan diri dan menjadi menantu yang BAIK..

Cuma satu aje PERSAMAAN antara menantu Pok Nik dengan menantu Pak Lah.. Tang keupayaan mereka berdua 'UTILISING THEIR FATHER IN LAW' POWER IN POLITIC' tuh memang SAMA 100%.. Tok sah dok kata la diorang berdua ni berbuat demikian nemi rakyat, negara etc.. Yang nyatanya sorang menjahanamkan negeri, sorang lagi nyaris menjahanamkan negara!!

Sepatutnya Rancangan Cari Menantu di TV9 disiarkan lebih awal 10 tahun dahulu lagi.. Malah, baik Pok Nik mahupun Pak Lah sepatutnya menyertai rancangan seperti ini agar tidak tersalah pilih menantu..Bak kata S. Shamsuddin dalam cerita AHMAD ALBAB -> "Ini bukan anak menantu tapi anak hantu!" KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan