Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, November 18, 2009
Rakyat Selangor akan diperBODOHkan dengan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai RM1
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila Penasihat PKR dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor oleh Menteri Besarnya TS Khalid Ibrahim dengan 'UPAH' sekadar RM1, anda seharusnya berasa curiga dan melihat dari perspektif berlainan.. Dengan kata lain, sudah tentu ada udang di sebalik batu dengan perlantikkan ini..
1) Anda seharusnya melihat kenapa kerajaan negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak melantik Penasihat PKR ini dengan jawatan yang sama.. Sekiranya beliau benar-benar hebat, sudah tentu khidmatnya diperlukan di negeri-negeri terbabit yang dilihat kurang maju berbanding Selangor.. Namun, hakikatnya berlaku kes PILIH BULU di mana dia dilantik di Selangor mungkin kerana PKR berkuasa di sini?
2) Kebarangkalian beliau tidak dilantik di negeri-negeri lain kerana dia tahu dia bukanlah HEBAT mana pun dalam bidang ekonomi.. Kehebatan beliau semasa menjadi Menteri Kewangan di bawah kerajaan BN sebelum ini pun kerana dia dibantu oleh Tun DR. Mahathir dan tentunya Tun Daim Zainuddin.. Dengan kata lain, 'NASIHAT' dia di negeri-negeri lain mungkin menyebabkan negeri-negeri tersebut ditumbangkan oleh BN kelak.. Kalau di Selangor, sekurang-kurangnya pengalaman TS Khalid dapat membantunya..
3) Ada juga kemungkinan dia dilantik untuk membolehkan 'APPRENTICE' kesayangannya mengukuhkan kedudukan POLITIK di Selangor.. Alah.. 'APPRENTICE' dia yang jadi YB DUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak tuh.. 'APPRENTICE' yang sekarang ini bermasalah kerana dikatakan memilikki SAHAM sebanyak RM8 juta semasa bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan Penasihat PKR ini sendiri! Kerajaan Selangor sebelum ini pun bergolak kerana hubungan yang 'KURANG MESRA' antara 'APPRENTICE' ini dengan TS Khalid sendiri!
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
4) Ramai antara kita 'DIPERDAYAKAN' kononnya Penasihat PKR ini dibayar dengan RM1 untuk khidmatnya sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.. BENARkah begitu? Anda jangan lupa Penasihat PKR ini bukannya jenis 'ZUHUD' atau berlakon 'ZUHUD' macam sesetengah Lebai PAS di Kelantan.. Anda boleh lihat sendiri rumah barunya di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM7 juta.. Dikhabarkan dia pakai 'JAGUAR' sebagai kereta rasminya.. Malah, dia juga sering ke luar negara sana-sini hinggakan 'COFFEE BOY'nya pun dibawa sekali? Tidakkah itu semua memBUKTIkan dia MEWAH? Dari mana sumber pembiayaannya? Masihkah lagi anda percaya dia cuma dibayar RM1?
5) Kita bukan tidak tahu selama ini berapa ramai KRONI-KRONInya dikayakan secara langsung atau tidak langsung semasa dia berada dalam kerajaan BN.. Malah, sekarang ini pun jika anda meneliti krisis yang berlaku dalam PKR, anda akan dapati mereka semua ini berKRISIS hanya kerana RM atau tak puas hati dengan pengagihan RM! Dengan kata lain, 'PENYAKIT' yang dibawa oleh dia ini baik semasa dia dalam UMNO mahupun dalam PKR semuanya berkaitan dengan RM! Adakah anda masih lagi percaya dia dibayar RM1?
Tun Dr. Mahathir berkata BENAR dalam BLOGnya berhubung dengan pemilihan Penasihat PKR ini.. Langkah-langkah yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengatasi krisis ekonomi tahun 1998 telah pun dicontohi oleh negara seperti US sendiri pada hari ini.. Apa pula BUKTI yang mengatakan Penasihat PKR ini LAYAK dan ada KREDIBILITI untuk 'menasihati' Kerajaan Selangor dalam soal pengurusan kewangan?
Kalau sebelum ini UMNO dan BN dituduh MEROMPAK hasil kekayaan negeri Selangor, kali ini rakyat negeri Selangor kenalah bersedia pula untuk diROMPAK oleh PKR dan Pakatan Rakyat.. Malah, jangan terkejut kalau kali ini kegiatan 'UNDERWORLD' pula akan berleluasa KONONnya atas alasan untuk menjana EKONOMI negeri Selangor! Malang benar rakyat Selangor.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan