Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, December 18, 2009
SALAM MAAL HIJRAH - Umat Islam di Malaysia juga harus memahami maksud HIJRAH untuk menghadapi cabaran mendatang..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
SALAM MAAL HIJRAH untuk semua..
Sudah beberapa kali kita menyambut MAAL HIJRAH, namun kita seolah-olah GAGAL menghayati maksudnya.. Apakah HIJRAH yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW hanya sekadar bingkisan sirah sedangkan umat baginda tidak pun memahami maksud sebenar?
Di Malaysia ini sudah sampai masanya kita semua memahami dan menghayati maksud HIJRAH.. Sudah sampai masanya kita memperKUKUHkan persaudaraan tanpa mengira fahaman POLITIK.. Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini sebenarnya sedang terancam walaupun pada luarannya nampak TIDAK..
- Apabila seorang MP dari sebuah parti RACIST mempersoalkan perbelanjaan kerajaan pusat untuk membina MASJID berbanding rumah ibadat lain, kita sebagai umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa..
- Apabila suara AZAN dan tulisan JAWI dipersoalkan oleh MP-MP Parti RACIST, sekali lagi kita GAGAL berbuat apa-apa..
- Apabila umat Islam di Shah Alam memBANTAH pembinaan KUIL yang asalnya KUIL HARAM berhampiran kediaman mereka, sekali lagi kita GAGAL bertindak.. Malah, mereka yang memBANTAH itu pulak dikenakan tindakkan oleh orang Islam sendiri?
- Apabila MP-MP Parti RACIST yang bukan Islam sewenang-wenangnya mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran sedangkan mereka TIDAK pun berIMAN dengannya, sekali lagi kita GAGAL bertindak.. Malah, ada pulak LEBAI-LEBAI yang mengaku 'LEBIH ISLAM DARI ORANG ISLAM LAIN' mengHALALkan perbuatan tersebut..
Apa nak jadi dengan kita ini?
Kita sibuk berPOLITIK demi mengejar KUASA, HARTA dan NAFSU hinggakan kita lupa segala tuntutan agama.. Malah, kita sampai tahap memPOLITIKkan pulak ibadat kita seperti solat hajat, doa, menunaikan HAJI, zakat dan banyak lagi..
Kita berdoa, pergi HAJI, berZAKAT dan berSOLAT bukan kerana kita niat nak berIBADAT kepada Allah SWT.. Sebaliknya kita nak menunjuk-nunjuk dan cuba mencari PENGARUH dengan perbuatan kita itu.. KONONnya kot nanti dapatla jadik Timbalan Menteri ke kontrak projek ke apa ke.. Ini ke yang dituntut dalam Islam?
Umat makin HANCUR, kita pulak masih tak nak sedar-sedar.. Fikir-fikirkanlah..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan