Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, December 16, 2009
Bukti BN mudah ALPA dan LALAI -> Ingat BN tuh masih KUAT macam dulu lagi ke?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
BN memang LALAI dan sentiasa LALAI.. Almaklumlah.. apabila mendapat KUASA, mereka ini mudah LALAI dan melupakan siapa yang memberikan mereka KUASA dan siapa yang mengAMANAHkan mereka dengan kuasa tersebut.. Sehingga hari ini terus-terang katalah.. Berapa KERAT aje pemimpin BN yang masih belum sedar yang diorang sebenarnya sudah pun hampir di'PUPUS'kan akibat keLALAIan diorang sendiri..
BN nyaris sekali lagi HILANG kuasa dan diAIBkan semasa jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.. Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi..Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Inilah CONTOHnya bila diberikan AMANAH dan KUASA, diorang boleh berSIKAP main-main atau tidak SERIUS untuk melaksanakannya.. Seharusnya DS Najib patut ambil tindakkan terhadap ahli-ahli Parlimennya yang berSIKAP main-main dan tidak SERIUS menjaga maruah partinya yang semakin hari semakin terHAKIS.. Mentang-mentanglah dapat jadik Ahli Parlimen sepenggal pun dah boleh dapat pencen sampai ke mati..
Kita memang tahu pembangkang akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk mengHANCURkan BN.. Termasuklah soal belanjawan yang sepatutnya menjadi kepentingan RAKYAT, namun atas dasar KEMARUK nak berkuasa, diorang letak dulu kepentingan RAKYAT ke tepi dan jalankan kepentingan diorang terlebih dahulu.. BUKANkah pembangkang dipimpin oleh seseorang yang 'SUKAKAN KEKOTORAN' atau 'SUKAKAN MAIN BENDA-BENDA KOTOR'? Jadik, memanglah mereka akan sentiasa 'MAIN KOTOR' tidak kira di mana atau apa tujuan sekalipun..
Kali ini kita jugak mendapati betapa TIDAK berkesannya Menteri 'HANJENG' tersebut melaksanakan tugasnya di Parlimen.. Dia terBUKTI 'LEMBAB' memberikan 'SISTEM AMARAN AWAL' kepada ahli-ahli Parlimen BN yang lain semasa saat-saat PENTING seperti meluluskan Bajet 2010.. Itulah DOK asyik pertikaikan kerja orang lain sedangkan kerja sendiri tak TERJAGA langsung! Ke dia pun SUBAHAT sama dengan pembangkang, tak tahula kot...
Kita nak TANYA kepada DS Najib dan TS Muhyiddin sendiri tentang kehadiran Ahli-Ahli Parlimen berikut semasa sesi meluluskan Bajet 2010 pada hari Isnin lepas.. Diorang kat BAWAH nih ADA ke TAK masa tuh?
1) Ahli Parlimen Kepala Batas
2) Ahli Parlimen Rembau
3) Ahli Parlimen Kuala Kangsar
Diorang nih bukannya berjawatan Menteri pun.. Jadik takde le alasan KONONnya 'keluar menjalankan TUGAS'.. Malah tidak ada alasan untuk diorang tidak hadir ke Parlimen melainkan semasa sesi meluluskan Bajet 2010atas masalah kesihatan.. Dah tentu penyokong BN pun menuntut KETELUSAN dalam perkara ini..
Wallahualam..
Hati saya dan mungkin juga hati si Awang di toreh toreh kerana kelalaian MP MP BN ..
ReplyDeleteMengapa malas sangat MP MP BN untuk hadir di sidang Parlimen...???
Perut dah kenyang ke?? Banyak sangat ke kenduri kahwin nak di hadiri semasa musim cuti sekolah ini..sehingga tidak dapat hadir di Parlimen ????
semua blogger mesti war warkan senarai nama nama MP BN yang tidak hadir semasa undian meluluskan Bajet 2009...
supaya rakyat semua tahu siapa mereka yang sebenarnya..
kesal..dan amat kesalll...
Kenapa MP Pembangkang bertindak menolak usul Bajet???? Inilah pembangkang Malaysia dengan niat JAHAT bukan untuk sama-sama membangun negara TETAPI mahu menjahanamkan Negara.
ReplyDeleteBerpolitik setiap masa. Apa tujuan MP2 Pembangkang hadir sepenuhnya untuk mengundi sedangkan masa lain yang tidak membabitkan Undian mereka ponteng?? Tidak lain untuk mensabotaj keamanan negara.
Inikah jenis Pembangkang atau MP yang Rakyat Malaysia mahu dan akan pilih pada PRU13 kelak??? Sangat Bahaya.....
Seharusnya apa2 langkah Kerajaan Pemerintah yang baik perlu diSokong tidak kira MP2 Kerajaan atau MP2 Pembangkang supaya negara maju ke hadapan.
Dinzi.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteMerujuk kepada posting jawapan no.2..
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pembangkang walaupun tidak berETIKA, namun 'TIDAK SALAH' dari segi prinsip DEMOKRASI..
Kena ingat dalam DEMOKRASI, tidak semuanya 'MANIS' dan 'BAIK'.. Adakalanya ia menjadi 'PAHIT' kerana semuanya berdasarkan 'SUARA MAJORITI'..
Apa yang lebih MUSTAHAK ialah bagaimana BN mengatasi kelemahan ini.. Seharusnya Menteri PARLIMEN tuh lebih PEKA dalam bab bagi 'AMARAN AWAL' terutamanya bila melibatkan pengundian di Parlimen..
Ahli-ahli Parlimen BN pulak cukup-cukuplah meMONTENG tuh.. DUN Kota Siputeh nyaris terlepas akibta perkara yang hampir sama.. Ini Parlimen pulak..
TAK RETI-RETI LAGI????
Wallahualam..