Wednesday, January 06, 2010

ISU penggunaan nama Allah -> Patutle PKR banyak pemimpin berMASALAH


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum ini Blog ini pernah menyatakan bahawa PAS dan UMNO patut sama-sama bertanggung-jawab terhadap ISU penggunaan nama ALLAH oleh penerbitan Kristian di negara ini.. Blog ini SENGAJA tidak mintak PKR bertanggung-jawab sama kerana PKR sendiri awal-awal lagi telah 'MEMISAHKAN' parti mereka dari 'MELAYU' dan 'ISLAM', jadik buat apalah pulak nak KAITKAN sebarang isu tentang ISLAM atau MELAYU dengan mereka?

Namun, anda jugak harus MENELITI tentang tahap PEMAHAMAN, AKIDAH dan IMAN para penyokong PKR tentang Islam.. Adalah GANJIL apabila seseorang Islam yang mengaku berIMAN dengan ALLAH SWT memandang RINGAN terhadap ISU penggunaan nama ALLAH oleh penerbitan Kristian ini.. Pandangan PKR tentang ISU ini telah pun diZAHIRkan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) dalam BLOGnya ini:-

http://muhdnurmanuty.blogspot.com/2009/11/penggunaan-kalimah-allah-merujuk-kepada.html

Apabila kita membaca BLOG tersebut, seharusnya kita patut menDESAK Majlis Fatwa Kebangsaan meletakkan PKR ini setaraf dengan ajaran Kerajaan Langit AYAH PIN atau pun ajaran Rasul Melayu KAHAR.. Jelas dan NYATA sekali PKR bukan sahaja GAGAL memahami ajaran Islam, malah cuba MEMESONGkan pulak ajaran Islam ini.. Ajaran Islam yang 'DIANUTI' oleh 'UMAT PKR' jelas sekali menyerupai ajaran Islam yang LIBERAL mengikut aspirasi negara Barat seperti di USA di mana seorang Ustazah bernama Amina binti Wadud boleh menjadi IMAM Solat Jumaat untuk lelaki Muslim..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amina_Wadud

Jom kita LIHAT apa yang ditulis dalam BLOG yang dimaksudkan:-

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya.. (Al Quran, Az-Zumar (39):38).


-> Dalam KONTEKS ayat yang di tulis dalam BLOG di atas, adakah rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” mengakui keESAan ALLAH SWT seperti mana umat Islam mengakuinya? PALING PENTING, ADAKAH MEREKA 'BERIMAN' DENGAN ALLAH SWT seperti mana kita umat Islam beriman dengan tuntutan RUKUN IMAN? Bagaimana 'malaun' penulis tuh mengambil tafsiran surah Az Zumar tersebut secara 'SEKERAT-SEKERAT' untuk memesongkan maksud ayat tersebut? Lihat SENDIRI tafsiran keseluruhan surah AZ-ZUMAR dalam link di bawah:-

http://www.muslimconverts.com/quran/NobleQuran/translation/surah39.html
http://www.quran.com/39

-> JELAS sekali mereka mengambil SEKERAT-SEKERAT ayat surah AZ-ZUMAR tersebut untuk tujuan cuba MEMESONGkan dan mengelirukan umat Islam yang sekali-sekala baca Al Quran agar menampakkan Islam yang mereka ANUTI dalam PKR tidak menyeleweng.. SEDARkah kita bahawa inilah TAKTIK untuk mengelirukan ajaran Islam yang dirancang oleh puak-puak NEO-CON ZIONIS di USA yang jugak adalah 'BEST FRIEND' Penasihat PKR?

BLOG itu juga menyatakan:-

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?


-> Di sini penulis BLOG tidak menyatakan dengan jelas kitab suci manakah yang dimaksudkan apabila dia mengatakan ada penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi.. Mungkin benar bahawa pada ASALnya agama SAMAWI (Yahudi, Kristian dan Islam) menyebut kalimah ALLAH, TETAPI ITU SEMUANYA 1400 TAHUN DAHULU!!

-> Semasa zaman awal perkembangan Islam, memang WUJUD lagi ahli-ahli Kitab yang beriman kepada ajaran ALLAH SWT oleh rasul-rasul terdahulu.. Sirah Islam sendiri menyatakan bagaimana Pendeta Nasrani (Kristian) bernama BUHAIRA dan sepupu Siti Khadijah RA bernama Waraqah bin Naufal yang memahami agama NASRANI mengakui keRASULan Nabi Muhammad SAW dan juga keESAan ALLAH SWT..

SOALNYA, ADAKAH SI 'KEPALA GEREJA' YANG NAK GUNA NAMA ALLAH TUH MENGAKUI KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DAN KEESAAN ALLAH SWT? JAWABLA WAHAI PENULIS BLOG YANG BONGOK!!!

MAHUKAH ANDA MAKAN SEMBELIHAN SI 'KEPALA GEREJA' INI JIKA DIA SEBUT NAMA ALLAH SEMASA MENYEMBELIH HAIWAN?

-> Kita tidak boleh menyamakan KONONnya Indonesia benarkan penggunaan nama ALLAH SWT dengan negara ini.. Indonesia tidak pernah meletakkan Islam sebagai agama RASMI dalam Perlembagaan Negaranya.. Malah, dalam konteks negara-negara Arab, populasi penduduk Islam menjangkau lebih 90% berbanding negara kita yang sekitar 57% sahaja.. Mahukah nanti kita melihat apabila anak-anak orang Islam tunjuk patung Hindu, Buddha atau Salib, mereka memanggil semua itu sebagai ALLAH?

-> Apa lagi yang hendak kita katakan tentang PEMAHAMAN, AKIDAH dan IMAN para penyokong PKR tentang Islam? TIDAKkan anda nampak bahawa dalam PKR ni banyak mereka yang melakukan kesalahan yang diKUTUK dalam Islam seperti MELIWAT, BERSEKEDUDUKAN, BERZINA, RASUAH dan banyak lagi? Adakah ini contoh nilai-nilai Islam? LAYAKkah mereka dalam PKR bercakap tentang Islam lagi?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan