Tuesday, January 05, 2010

UMNO dan PAS sama-sama kena bertanggung-jawab terhadap isu penggunaan nama ALLAH oleh penerbitan Kristian..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila kita MENONTON filem-filem berUNSURkan agama Kristian seperti DA VINCI CODE, ANGEL AND DEMON atau THE PASSION OF THE CHRIST, kita tidak pulak terjumpa adegan yang mana penganut KRISTIAN memanggil Tuhan mereka dengan nama 'ALLAH'.. Begitu jugak kita tak pernah dengar pun POPE di Vatican memanggil Tuhannya dengan nama 'ALLAH'? Namun, kenapa di Malaysia ini ada 'KEPALA PADERI' yang begitu GILA hendak pakai nama 'ALLAH'? Kenapa tak pakai aje nama Tuhan lain seperti 'VISHNU', 'RAMA', 'BUDDHA' atau habih lekeh pun nama 'POK NIK'? KAH!KAH!KAH!

Apabila timbul usaha seorang 'KEPALA PADERI' yang berpangkat TAN SRI hendak memakai nama 'ALLAH' iaitu Tuhan untuk orang Islam bagi penerbitan dakwah Kristiannya, sudah tentu ada yang TERSIRAT disebalik TERSURAT.. Kalau anda semua rajin menelaah bahan-bahan rujukan, SEDARkah anda bahawa penganut agama KRISTIAN di negara ini sebenarnya telah pun melebihi penganut agama Hindu? Sedangkan orang India yang sinonim dengan agama Hindu merupakan jumlah penduduk ketiga teramai di negara ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Untuk itu, seharusnya parti-parti POLITIK Melayu lebih bertanggung-jawab untuk memelihara keSUCIan agama Islam sebagai agama RASMI di negara ini seperti yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara.. Namun, kita KECEWA apabila melihat UMNO dan PAS seolah-olah berlumba membuka RUANG kepada MUSUH Islam untuk berterusan memperSOALkan dan memperLEKEHkan Islam sebagai Agama Rasmi negara ini.. Jom kita lihat satu-satu apa yang telah kedua parti ini lakukan dalam permainan POLITIK mereka hingga agama Islam ini menjadi MANGSA POLITIK..

UMNO
-> UMNO dibawah PM ke-5 telah membuka RUANG yang melampau di bawah dasar 'KETERBUKAAN' yang diperkenalkan oleh 'MALAUN' PESALAH POLITIK WANG dan rakan-rakannya di TINGKAT 4 JPM..
-> Dasar 'KETERBUKAAN' ini telah menyebabkan orang bukan Islam BERANI mempersoalkan taraf Islam sebagai agama RASMI negara ini walaupun sudah TERMAKTUB dalam Perlembagaan Negara..
-> Jangan kita LUPA semasa pemerintahan PM ke-5, ada cadangan untuk penubuhan INTER-FAITH COMMISSION ayau Suruhanjaya Antara Agama yang sekaligus meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain..
-> Cadangan IFC ini diBANTAH dengan HEBAT oleh para alim-ulama, MUFTI dan cendekiawan Islam kerana TAK SETUJU Islam disamakan dengan agama lain di negara ini..
-> Dasar 'KETERBUKAAN' inilah punca kepada apa yang kita LIHAT hari ini di mana nama 'ALLAH' cuba dipakai untuk agama lain..

PAS
-> Dalam perlumbaan dengan UMNO untuk mendapat SOKONGAN POLITIK, PAS telah pun memBUANG jauh-jauh elemen ISLAM dalam parti mereka..
-> Belum pernah wujud dalam SEJARAH PAS di mana Lebai dan USTAZAH PAS boleh menyokong pembinaan kandang BABI di Selangor, menyokong seorang MP yang BERSEKEDUDUKAN, menyokong pemBINAan kuil hindu di kawasan orang Islam dan membiarkan ARAK dan kegiatan 'UNDERWORLD' berleluasa dilakukan oleh rakan mereka dalam Pakatan Rakyat..
-> Oleh kerana PAS diKONGKONG oleh seorang Mursyidul AM merangkap 'DEWATA RAYA' yang kononnya 'BERKUASA' menentukan orang masuk syurga atau neraka, maka sebarang USAHA untuk memperBETULkan landasan perjuangan PAS kembali kepada Islam akan diTENTANG..
-> Malah, PAS memBIARkan golongan SESAT seperti 'GENG ERDOGAN' bermaharajalela dalam parti hingga meROSAKkan PAS dan menyebabkan PAS telah pun diLIBERALISASI..
-> Kalau PAS boleh menganjurkan DEMONSTRASI terhadap dasar PPSMI dan ISA, PAS sekarang hilang 'TELOQ' untuk memBANTAH isu penggunaan nama ALLAH oleh penerbitan Kristian kerana perjuangan Islam mereka sudah TIDAK relevan lagi..

Baik UMNO sebagai pemerintah mahu pun PAS yang KONONnya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan parti, semuanya berTANGGUNG-JAWAB terhadap 'KEROSAKKAN' yang berlaku ke atas agama Islam seperti dalam isu penggunaan nama ALLAH ini.. Walaupun masih ada ahli-ahli UMNO dan Lebai PAS yang berwibawa seperti Timbalan Presidennya, namun suara mereka seolah-olah terhalang dek kerana POLITIKING yang melampau..

Dalam PKR pun ada MP dari Kulim yang membantah tentang isu ini namun, di dilihat keseorangan pasal dalam PKR ni rata-ratanya adalah mereka yang ber'NAFSU' buruk dan TIDAK takut melakukan DOSA!

MP Kulim pun setakat berani tulis dalam BLOG aje walhal dulu masa kes Aishah Bokhari dulu, dialah yang menJUARAi isu sebegini? Berbanding orang lain, dia yang menjadi seorang PEGUAM sepatutnya lebih MENONJOL membantah isu ini kerana latar-belakang guamannya.. Kalau takat pandai MELALAK dalam BLOG sendiri, orang lain pun boleh? 'TELOQ' dah lunyai dek Penasihat PKR agaknya?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan