Thursday, January 28, 2010

Jangan biarkan keselamatan NEGARA terancam kerana kepentingan POLITIK pihak-pihak tertentu..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada sesuatu yang TIDAK kena dengan keadaan ketenteraman awam di negara ini.. Ada PIHAK sengaja memperALATkan sesetengah isu SENSITIF dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan UMUM daripada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan DIRI mereka.. Kita melihat KES kepala BABI di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron dan di Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa seolah-olah suatu 'JENAYAH TERANCANG' untuk mengalihkan tumpuan umum masyarakat daripada sesuatu ISU besar melibatkan ahli-ahli POLITIK tertentu di negara ini..

Mungkin ada kaitan antara isu penggunaan nama ALLAH yang mengakibatkan beberapa GEREJA dilontar 'BOM PETROL' dengan kes letak kepala BABI di masjid-masjid tersebut.. Dari satu SEGI, kita lihat seolah-olah semacam perbuatan 'BALAS-memBALAS' antara dua PIHAK.. Itulah 'GAMBARAN' yang cuba ditimbulkan oleh PIHAK tertentu untuk pandangan UMUM.. Namun, dari sudut percaturan KONSPIRASI, kalau diteliti betul-betul mungkin hanya melibatkan satu PIHAK sahaja..

Dengan KATA lain, kes-kes ini mungkin dirancang dan dijalankan satu persatu untuk mengelirukan masyarakat umum tetapi pada masa yang sama PIHAK yang dimaksudkan menggunakan ISU ini untuk kepentingan PERIBADI samada untuk tujuan 'memPOPULARkan dirinya' atau 'mengelakkan masyarakat memperkatakan tentang DIRInya'..Untuk itu, pihak POLIS seharusnya meneliti dan menangkap mereka yang menjadi PUNCA segala keKACAUan ini walaupun mereka mungkin 'PERSONALITI POLITIK' yang dikenali UMUM..

Jika kita lihat di Thailand, Indonesia dan Filipina, kejadian-kejadian seperti ini sering diKAITkan dengan ahli-ahli POLITIK tertentu yang bersekongkol dengan GANGSTER, kongsi GELAP atau kumpulan 'UNDERWORLD' untuk mengalihkan ISU yang mereka hadapi.. Modus operandi JENAYAH terancang ini bukan perkara baru dalam DUNIA moden kerana ianya bertujuan untuk mengalihkan tumpuan UMUM dan bukan bersifat SPESIFIK terhadap sesuatu kumpulan atau individu.. Malah kalau kita lihat dalam KONTEKS yang lebih luas, MODUS OPERANDI yang samalah menyebabkan Iraq, Afghanistan dan Palestin diSERANG oleh musuh-musuh mereka..

Sudah berpuluh-puluh tahun negara kita TIDAK dikejutkan dengan kejadian-kejadian seperti ini.. Kejadian-kejadian yang kita LIHAT sejak kebelakangan ini pasti ada 'DALANG BESAR' yang sedang mengatur dan meneliti langkah seterusnya.. Ketika masyarakat berada dalam kekeliruan dan SYAK wasangka, pasti PIHAK yang dimaksudkan cuba menonjolkan dirinya sebagai 'WIRA PENYELAMAT' atau 'MESSIAH' walhal dialah DALANG sebenar kejadian-kejadian ini.. Kita berharap pihak berkuasa seperti POLIS bertindak BIJAK dan tidak terperangkap dengan pemainan LICIK pihak-pihak yang dimaksudkan..

Jika kejadian-kejadian ini tidak diPANTAU dan DALANG-DALANG yang terlibat tidak dihadapkan ke muka pengadilan sesegera mungkin, kita KHUATIR keadaan akan berlarutan dan seterusnya ada pihak yang akan mengundang CAMPUR TANGAN KUASA ASING terhadap negara ini.. Dalang-dalang yang dimaksudkan mungkin telah menerima BANTUAN atau SOKONGAN secara tidak langsung daripada kuasa-kuasa asing untuk mencetuskan keKACAUan di negara ini.. Sebelum ianya menjadi kegiatan SUBVERSIF yang mengancam keselamatan negara, lebih baik pihak berkuasa dan POLIS bertindak TEGAS.. Jangan biarkan keselamatan negara terancam hanya kerana 'KEPENTINGAN POLITIK' dalang-dalang yang diMAKSUDkan..

Kalau dahulu anasir-anasir JAHAT melancarkan serangan GERILA dan kegiatan SUBVERSIF mereka dari hutan, sekarang mereka dah pandai melakukan kegiatan melalui kemudahan ICT, media ALTERNATIF dan pendekatan berbentuk POLITIK di celah-celah 'HUTAN BATU'..Orang dari kawasan ceruk pedalaman tak akan bersusah-payah datang ke bandar-bandar semata-mata nak letak kepala BABI kat masjid atau nak baling BOM PETROL ke gereja..

Dalang-dalang ini mungkin berselindung di mana-mana.. Baik dalam parti POLITIK pro-kerajaan mahu pun pro-pembangkang, 'CHIEF' mereka tetap sama.. Itulah yang kita MINTAK agar pihak berkuasa TIDAK pilih BULU jika terBUKTI dalang-dalang JENAYAH ini adalah ahli-ahli POLITIK tertentu.. OBJEKTIF mereka tetap sama walaupun mereka 'bersembunyi' dalam organisasi yang belainan.. Pada masa inilah kita mahukan pihak berKUASA bersikap TEGAS seperti allahyarham 'KING GHAZ', cekap menganalisa situasi semasa seperti mendiang C.C TOO dan bijak dalam tindakan seperti TS Haniff Omar..

Semoga NEGARA kita ini selamat hendaknya..

Wallahualam..

3 comments:

  1. Ada pihak tak senang duduk bila keadaan semakin tenang - perlu terus disimbah minyak.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Kenapakah mereka rasa tidak SENANG duduk bila keadaan semakin tenang?

    Kerana jika keadaan tenang, orang akan memberi TUMPUAN kepada kes-kes yang memaparkan keBURUKkannya..

    Jika dia ahli POLITIK yang kejar populariti, jika keadaan tenang dan aman, takde siapa nak pedulikan dia..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Iya. Kita faham.
    Masa inilah paling sesuai dia menjolok. Dia jolok Kristian. Dia jolok Melayu. Dia jolok Singh. Dia jolok Islam. Semua dia jolok.

    Iya. Dia tahu.
    Dia dah kesuntukan masa. Dari 25 jadi 2. Lepas itu? Orang dok perhati dia. Rumahnya dah berantakan. Perkongsiannya dah bawa haluan sendiri-sendiri. Penyokong-penyokongnya dah bongkar sauh. Yang tinggal jenis dedalu belaka. Bakalnya dia bersendirian dengan ANU dia. Tiada lobang tempat bersembunyi lagi. Pendedahan dahsyat akan berlaku.

    "Sebelum aku tersembam ka kubur, aku bawa semua tersembab dulu. Tersembam macam babi kena tembak"

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan