Wednesday, January 27, 2010

Cakap aje KONON nak letak jawatan la, nak keluar parti la.. TAPI dok jadik ahli PKR jugak?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita berSETUJU apabila dikatakan bahawa POLITIK adalah permainan 'SENI' yang penuh dengan TIPU MUSLIHAT, LAKONAN, SANDIWARA dan KONSPIRASI.. Begitu jugak dengan ahli-ahli POLITIK.. Mereka hanyalah PELAKON, PAK LAWAK atau tukang bukak TIRAI dalam permainan 'SENI' POLITIK itu sendiri.. Dengan kata lain, jika anda hendak mempercayai kata-kata seorang AHLI POLITIK, anda perlulah buat solat sunat atau berDOA mintak pentunjuk daripada ILAHI agar anda tidak TERPERANGKAP dengan permainan mereka..

Baik dalam parti POLITIK seperti BN, PAS, DAP atau PKR, selagi mereka bergelar ahli POLITIK pasti mereka ada 'PISAU dalam SENYUMAN'.. Apa yang diucapkan di BIBIR mereka belum tentu lagi itu adalah apa yang TANGAN mereka akan lakukan.. Silap-silap anda hanya menerima 'JANJI MANISMU' (seperti lagu penyanyi Aishah) sebagai saguhati kerana melayan kerenah ahli-ahli POLITIK seperti ini.. Kita sebagai rakyat BIASA, janganlah TERPEDAYA dengan mereka ini..

1) KES YB PKR INDERA MAHKOTA, PAHANG:-

YB Indera Mahkota ni mengatakan dia letak jawatan dalam parti pasal tak berSETUJU dengan kepimpinan PKR Pahang.. Ye lah.. Siapa dia tuh kalau nak dibandingkan dengan Datuk Fauzi di mata Penasihat PKR tuh? Diorang berdua dah MEMBER sejak dalam UMNO lagi.. Kot MP Indera Mahkota tuh hensem atau jejaka JAMBU, lain cerita la.. Sebab tu orang seperti Datuk Fauzi Rahman, Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan S. Subramaniam dihargai pasal banyak JASA menSABOTAJkan BN! Mungkin lepas ni kalau Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK WANG ditendang keluar UMNO, dia pun akan diLAYAN istimewa jugak oleh Penasihat PKR! TAPIkan kalau tak PUAS hati, kenapa MP Indera Mahkota tak keluar aje dari PKR?

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/25/mstar_berita/20100125125514&sec=mstar_berita

2) KES YB PKR KULIM, KEDAH:-

YB Kulim ini popular kerana dia sering diLIHAT bercanggah pendapat dengan para pemimpin PKR lain terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan agama Islam.. Dalam isu penggunaan nama ALLAH oleh pihak bukan Islam, dia jelas bertentangan pendirian dengan partinya sendiri hingga dia telah membuat laporan POLIS terhadap YB PAS dari Shah Alam atas alasan melanggar TITAH Sultan Selangor.. AKIBATnya, dia di'HENTAM' hebat oleh pemimpin-pemimpin PKR lain hingga dia mengUGUT mahu tinggalkan PKR jika terpaksa..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_641495c6-7f000010-175b7f90-dfc63fe7

Yang PELIKnya di sini, kita ingin sangat tanya YB Kulim ini bahawa sejak bila PKR meletakkan Islam sebagai ASAS perjuangan partinya? Adakah dia masuk PKR kerana PKR meletakkan Islam dan kepentingan Melayu sebagai perjuangan parti atau hanya dia tak SUKAkan kerajaan BN? Kita harap YB Kulim bersikap JUJUR dan jelaskan kenapa dia menyertai PKR sedangkan dari AWAL lagi semua MAKLUM bahawa PKR bukannya parti yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.. Kalau tak, dah LAMA dah ADUN Bukit Lanjan 'YANG TERLAMPAU' itu dah diHUKUM menurut hukum Islam!

Lagi satu, kalau YB Kulim kata dia sanggup 'RESIGN' tu kita harapkan dia 'RESIGN' ajela.. Ini dari dulu lagi dok ugut nak 'RESIGN' tapi buatnya tak jugak! Ke dah ada 'FAIL-FAIL SULIT' yang dah dipegang dek Penasihat PKR tuh? Eh.. Takkanla peguam berINTEGRITI tinggi ada 'FAIL-FAIL SULIT' kot.. Kalau takde, 'RESIGN' ajelah dari PKR.. Apa nak TAKUT pasal kalau itu pendirian anda, bukan bermakna anda dilihat menyokong UMNO pun? Isu penggunaan nama ALLAH isu umat Islam la!

Dalam ISU ini, YB Kulim sebenarnya langsung tak de NILAI pun dalam PKR.. YB PAS Shah Alam, YB PAS Tumpat dan YB PAS Machang berNILAI kepada Penasihat PKR kerana mereka mampu menjadikan kepimpinan parti PAS macam LEMBU DICUCUK HIDUNG', ikut aje apa kehendaknya.. Sebab tu lah YB PAS Shah Alam dibela oleh PKR walaupun dia dari PAS dan YB Machang yang sebenarnya ahli PAS dilantik pulak sebagai Setiausaha Agung PKR..

Anda jangan HAIRAN dengan sikap dolak-dalik para pemimpin PKR ini.. Mereka bukannnya berPOLITIK untuk berjuang, jauh sekali untuk membela nasib rakyat, agama, bangsa atau negara.. Mereka hanya inginkan POPULARITI, keMEWAHan dan jugak kerana ingin bergelar YB sahaja.. Sebelum ini pun Timbalan KM Pulau Pinang yang jugak ADUN Penanti dari PKR pun letak jawatan jugak.. Begitu jugak dengan Setiausaha Agung PKR sendiri dan kepimpinan PKR Sabah..

TAPI, ADA KE DIORANG SEMUA NAK KELUAR PKR? KOT KELUAR PKR NANTI, TAK MERASALAH FULUS-FULUS TUH SEMUA.. LAKONAN AJE KOT..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan