Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Baginda Sultan Johor


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TAKZIAH diucapkan kepada Kerabat Diraja Johor dan rakyat negeri Johor keseluruhannya di atas keMANGKATan baginda Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.. Baginda juga pernah menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong sekitar tahun 1984 hingga 1989.. Tidak terkira sumbangan Baginda kepada negara dan rakyat negeri Johor secara kesuluruhannya..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Namun, kita TERKILAN sedikit kerana Baginda tidak sempat menyaksikan DUA PERKARA semasa hayat Baginda masih ada..

1) Baginda berHASRAT untuk meROBOHkan Tambak Johor dan hasrat in pernah disuarakan oleh Baginda kepada bekas PM ke-5 semasa merasmikan majlis pelancaran Wilayah Iskandar Malaysia..

2) Baginda juga menyatakan ingin sekali lagi menuntut kembali Pulau Batu Putih yang sebelum ini jelas milik Kesulatanan Johor.. Baginda menyatakan mahu mengumpulkan kembali segala bukti pemilikkan Pulau Batu Putih dan berhasrat untuk mengemukakan kembali tuntutan tersebut..


Apa pun, kita berHARAP pengganti Almarhum Baginda Sultan, Tuanku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar meneruskan keTEGASan Almarhum Baginda Sultan dalam mempertahankan hak-hak negara, bangsa, agama dan kedaulatan kesultanan Melayu.. INTEGRITI yang dimilikki oleh Almarhum Baginda Sultan jelas wajar dicontohi oleh ahli-ahli politik negara ini khususnya daripada UMNO..

Akhir kata, sekali lagi kita ucapkan TAKZIAH dan membacakan surah ALFATIHAH kepada Almarhum Baginda Sultan..

AL-FATIHAH...........

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan