Tuesday, January 26, 2010

hina Sultan sudah, hina agama Islam sudah, hina Bahasa Melayu pun sudah -> lepas nih apa pulak agaknya yang akan diHINA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Orang kata dalam DUNIA ini ada 99 jenis GILA.. Pada hari ini, kita dapati tahap 'keGILAan' orang dilihat semakin KOMPLEKS dan semakin sukar diJANGKA.. Sehinggakan ada 'ORANG GILA' sanggup mengHINA Almarhum Sultan negeri lain yang MANGKAT melalui BLOGnya tanpa dia ada sebab-musabab yang KUKUH untuk berbuat demikian.. Namun, kita janganlah terkejut sangat pasal kalau BAB hina Sultan Melayu nih bukan perkara BARU pun.. Malah dah berlaku pun sebelum ini di Perak, Selangor dan Johor.. Kalau dulu ianya sering dilakukan oleh ahli-ahli sebuah parti RACIST, kali ini kita lihat pulak pengHINAan ini dilakukan oleh 'Melayu' yang BERSEKUTU dengan parti RACIST tersebut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive

Hari ini kita tengok seolah-olah sudah menjadi TABIAT pulak dikalangan orang-orang 'Melayu' kita khususnya yang sanggup bersekutu dengan sebuah parti RACIST yang sebahagian besar ahlinya bukan pun orang Melayu untuk mengHINA sesama sendiri.. Yang meMALUkan tuh, mereka mengHINA bukan sahaja Sultan-Sultan Melayu, malah agama sendiri, bahasa sendiri dan hak-hak keistimewaan bangsa sendiri.. Malah, mereka yang sanggup melakukan perkara sebegini dan dalam masa yang sama sering pulak mendabik DADA kononnya 'LEBIH ISLAM DARI ORANG ISLAM LAIN'.. Sesungguhnya, ada perkara TERSIRAT yang Allah SWT hendak tunjukkan kepada kita sebagai umat Islam melalui kelakuan mereka ini..

Kita tidak TAHU apakah keSALAHan Almarhum Sultan terhadapnya.. Malah, rasanya dia sendiri pun TIDAK pernah bersemuka dengan Almarhum Sultan terbabit.. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, TIDAK pernah ada suruhan yang menyuruh kita menghina orang yang telah kembali ke rahmatullah apatah lagi yang berGELAR pemerintah atau golongan 'UMARA'.. Malah, bukan BLOG si 'BAHLOL' ini sahaja yang menghina Almarhum Sultan.. Nampaknya, masih banyak lagi BLOG-BLOG sepertinya..

http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/sultan-johor-is-dead-bravo.html

Apa pun, kita ingin melihat TINDAKkan TEGAS oleh pihak berkuasa.. Kalau ikut Hukum Kanun Melaka, si 'BAHLOL' ini dah 'MASUK TANAH' dah pasal dikira 'MENDERHAKA'.. Adakah kerajaan memandang RINGAN perkara ini, kita tunggu dan LIHAT.. Almaklumlah, kalau hari tuh ada 'ANAK CINA MUAR' yang memperMAINkan lagu NEGARAKU dan suara azan boleh 'DIAMPUNKAN', takkan kes macam ni boleh LEPAS kot? Melayu yang 'BAHLOL' macam nih patut diHUKUM seberat-beratnya.. Namun, kita jugak berHARAP kalau kesalahan ini dilakukan oleh bangsa bukan Melayu, janganlah LAIN pulak HUKUMannya..

Jangan PULAK kerana alasan kepentingan POLITIK pihak-pihak tertentu, ada 'DOUBLE STANDARD' untuk melaksanakan HUKUMAN.. Walaupun kita tahu UMNO memang mengamalkan 'DOUBLE STANDARD' dalam melaksanakan HUKUMAN terutamanya yang melibatkan POLITIK WANG, janganlah pulak 'perangai' orang UMNO tuh diTURUTi pulak oleh pihak berkuasa kita..

Jangan LUPA, ada jugak yang mengHINA Sultan dan agama Islam tapi boleh pulak 'TERLEPAS' ke luar negara.. Bila nak suruh INTERPOL cekup malaun yang diMAKSUDkan dan pihak-pihak yang bersekutu dengannya?

Sultan-Sultan sudah diHINA, Agama Islam pun sudah diHINA, Bahasa Melayu pun diHINA dan hak-hak keistimewaan Melayu pun hari-hari diHINA.. Apa lagi agaknya yang ada pada orang Melayu di negara ini tapi masih lagi belum 'DIHINA'? Mungkin konsep 1 Malaysia harus beri penekanan agar perkara-perkara yang sudah terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara tidak diperSOALkan, jauh sekali diHINA??

Wallahualam..

1 comment:

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan