Wednesday, February 10, 2010

Kerajaan wajar memastikan agar Kampung Baru tidak menerima NASIB seperti Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinci..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kampung Baru merupakan satu-satunya tanah orang Melayu yang terletak betul-betul di tengah Kuala Lumpur.. Sempadannya adalah Chow Kit, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jalan Tun Razak dan KLCC.. Sejak dahulu lagi Kampung Baru SINONIM dengan orang Melayu dan kita diFAHAMkan tanah Kampung Baru merupakan tanah REZAB Melayu.. Malah, dari sudut sejarah, Kampung Baru merupakan tempat berHIMPUNnya para nasionalis Melayu untuk menentang Malayan UNION.. Begitu bernilai sekali Kampung Baru kepada orang Melayu sebenarnya..

Pada hari ini, kita dapati pembangunan yang begitu PESAT di kawasan-kawasan sekeliling Kampung Baru.. Namun, perbezaan KETARA jelas kelihatan di antara kawasan-kawasan yang dimaksudkan dengan kawasan Kampung Baru itu sendiri.. Seolah-olah limpahan pembangunan kawasan sekitar tidak terasa di Kampung Baru.. Namun, dari satu sudut, ia dilihat agak BAIK kerana Kampung Baru sekaligus dapat mengekalkan ciri-ciri warisan sebuah kampung Melayu di dalam sebuah KOTARAYA.. Tetapi, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan?

Semasa lawatan Perdana Menteri (PM) ke Kampung Baru baru-baru ini, Kampung Baru menerima peruntukkan kira-kira RM100 juta khusus untuk meningkatkan prasarana sedia ada di situ dan pembangunan di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pembangunan secara menyeluruh di Kampung Baru turut dimasukkan di dalam Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang dibuka kepada orang ramai untuk memberi cadangan, pandangan dan bantahan.. Mengikut draf tersebut, pembangunan Kampung Baru turut diberi keutamaan sebagai simbol kekuatan ekonomi orang Melayu.. Jika draf itu diperhalusi, impak manfaat dan kesenangan yang bakal diperoleh penduduk Kampung Baru itu bukan sedikit..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Dari satu SUDUT, kita berterima kasih di atas kesudian kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru.. Namun demikian, kita jugak mengHARAPkan kerajaan agar menyediakan plan komprehensif yang TIDAK mengetepikan penduduk asal dan pada masa yang SAMA, mengekalkan status Kampung Baru sebagai kawasan WARISAN milik orang Melayu di Kuala Lumpur.. Kita TIDAK mahu apabila pembangunan dilaksanakan, orang-orang Melayu di Kampung Baru dipinggirkan dan tanah-tanahnya menjadi milik KONGLOMERAT bukan Melayu.. Ini telah pun diBUKTIkan dengan 'JAYA'nya apabila kerajaan memberikan ALASAN yang sama terhadap Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinci.. Hari ini yang tinggal hanya nama kedua-dua kampung ini pada STESEN LRT..

Dengan mengambil Kampung Abdullah Hukum sebagai CONTOH, kita sudah TIDAK dapat mengenali lagi bahawa asalnya ini adalah kampung orang-orang Melayu dan tanah-tanahnya ini adalah milik Melayu.. Malah yang lebih meMALUkan apabila melihat Mid Valley dan The Garden yang dibina langsung tidak menunjukkan penyertaan orang Melayu dalam pembangunan di sana.. Penduduk asal pula telah dipindahkan ke flat-flat KOS rendah sekitar ibu negara.. INI yang kita tidak mahu berlaku ke atas Kampung Baru.. Kita mahu KOMITMEN kerajaan agar apa yang telah berlaku terhadap Kampung Datuk Abdullah Hukum dan Kampung Kerinci berulang terhadap Kampung Baru..

Kampung Baru merupakan benteng orang Melayu di Kuala Lumpur.. Di Kelab Sultan Sulaiman orang Melayu berkumpul menentang Malayan Union.. Semasa peristiwa 13 Mei 1969, Kampuang Baru menjadi KUBU perlindungan kepada orang Melayu di ibukota.. Malah semasa di Kampung Barulah tempat manifestasi orang Melayu yang berjuang memperTAHANkan hak-hak mereka yang telah termaktub dalam perlembagaan dicabuli oleh orang lain.. Arwah Datuk Harun Idris dan Almarhum Sultan Selangor pernah bermastautin di sini.. NOSTALGIA orang Melayu terhadap Kampung Baru seharusnya diPELIHARA oleh kerajaan dengan apa CARA sekali pun.. Kita tidak mahu nanti cuma tinggal Kampung Datuk Keramat sahaja sebagai tempat untuk orang Melayu di Kuala Lumpur nanti..

Wallahualam..

1 comment:

  1. Saya lebih rela melihat Kg Baru seperti adanya atau proses meng'upgrade'kan kg baru dilakukan seadanya sedikit demi sedikit asalkan kg baru terus dan tetap menjadi milik org2 Melayu.

    Apalah gunanya kemajuan dan pembangunan pesat sekiranya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu sebaliknya cuma tumpang berbangga dengan kemajuan yang bukan milik kita seperti halnya singapura,org Melayu di sana tumpang berbangga kononnya rakyat negara maju tapi Melayu di sana bagai melukut di tepi gantang.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan