Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, February 09, 2010
'BAR COUNCIL' dok DIAM sahaja apabila peguam Penasihat PKR menangguhkan perbicaraan dan mintak TUKAR hakim sesuka HATI..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Ada satu 'GROUP' peguam-peguam di negara ini namanya 'BAR COUNCIL'.. Mereka berasa mereka PANDAI sangat-sangat.. Mereka rasa mereka lebih ARIF tentang undang-undang dan orang LAIN tidak LAYAK memperkatakan tentang undang-undang.. Mereka jugak sering menggunakan istilah 'HAK ASASI MANUSIA' apabila mengKRITIK kerajaan, mempertikaikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara atau mengutuk kerajaan apabila ada penjawat awam seperti POLIS menjalankan tugas.. Mereka jugak sebenarnya lebih CENDERUNG kepada POLITIK pro-pembangkang walaupun dalam sesi ceramah umum, mereka sering mendakwa TIDAK MAIN POLITIK..
Sepanjang SESI perbicaraan KES 'menJUBOR' Penasihat PKR, mereka telah menghantar wakil mereka KONONnya sebagai 'PEMERHATI' kepada perbicaraan yang dijalankan.. Alasan mereka adalah untuk memastikan perbicaraan diadakan secara ADIL dan TELUS tanpa ada sebarang campur tangan KHUSUSnya oleh pihak kerajaan.. Dengan KATA lain, mereka lebih 'BERAT' untuk mencari keSALAHan di pihak kerajaan semasa perbicaraan ini berbanding memastikan keADILan ditegakkan.. Mungkin mereka nih PERASAN merekalah 'PENEGAK KEADILAN' macam karakter 'POWER RANGERS' tapi pada mata rakyat biasa macam kita, mereka tidak LEBIH sekadar 'BADUT RANGERS'..
Apabila peguam OKU Penasihat PKR memohon Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang berTINDAK sebagai HAKIM perbicaraan diTUKAR, peguam-peguam 'BAR COUNCIL' yang mengikuti perbicaraan ini langsung tidak berSUARA dan menDIAMkan diri terhadap apa yang berlaku.. Sepatutnya sebagai sebuah BADAN yang mewakili para peguam di negara ini, mereka kena TEGUR tindak-tanduk peguam OKU Penasihat PKR yang jelas KETERLALUAN hinggakan langsung tak mengHORMATi Hakim.. Sebaliknya mereka yang PERASAN arif ini hanya buat 'DONNO' aje dan langsung tidak CUBA untuk memastikan agar perbicaraan ini dijalankan dengan sempurna..
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
INIlah PADAHnya apabila mereka yang PERASAN arif dalam undang-undang ini menggunakan MAHKAMAH sebagai PLATFORM untuk mereka 'MAIN POLITIK'!
Pada ketika ini, semua PIHAK harus bekerjasama untuk memastikan perbicaraan kes 'menJUBOR' ini dilaksanakan dengan LANCAR dan keputusan pengHAKIMan yang sewajarnya dapat dibuat.. Namun, baru beberapa HARI kes dibicarakan, yang buat KECOH dan mengganggu perbicaraan ini adalah para peguam sendiri? Yang PELIK tuh, para peguam 'BAR COUNCIL' yang memohon untuk menjadi pemerhati sesi perbicaraan hanya memBISU seolah-olah 'berSETUJU' dengan tindak-tanduk peguam OKU Penasihat PKR tersebut tanpa sebab yang KUKUH?
Apa yang kita perSOALkan di sini ialah di mana ETIKA institusi GUAMAN di negara ini yang seharusnya MENJUNJUNG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG? Apa yang kita LIHAT sebenarnya adalah tindakkan 'PEJAM MATA' yang bersifat SELEKTIF -> Asalkan 'KENA' dengan angin POLITIK mereka, buat TAK TAHU aje lah! Inikah KREDIBILITI dan AKAUNTABILITI yang patut diBANGGAkan sebagai peguam?
Jika kerajaan atau penjawat awam melakukan sedemikian, mereka CEPAT menuding jari mengatakan itu TIDAK ADIL, ini TIDAK TELUS, ada perkara yang nak disembunyikan dan sebagainya.. Tetapi kalau mereka atau rakan-rakan mereka dalam sesebuah parti POLITIK pulak berbuat demikian, pantas mereka mengatakan itu adalah 'HAK ASASI MANUSIA'! Mereka dipandang TINGGI oleh masyarakat kerana kedudukan mereka yang KONONnya arif dan mahir tentang selok-belok undang-undang.. Namun, mereka sering menyalah-gunakan kedudukan mereka untuk 'MAIN POLITIK' atau menggunakan platform undang-undang bagi mencapai 'CITA-CITA POLITIK' mereka..
SEPATUTNYA DIWUJUDKAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENGELAKKAN MEREKA DARI MEMPERALATKAN UNDANG-UNDANG SESUKA HATI HINGGA MELANGGAR ETIKA MEREKA SENDIRI..
Peduli apa dengan SLOGAN 'HAK ASASI MANUSIA' mereka? Adakah mereka PEDULI dengan 'HAK ASASI MANUSIA' orang lain yang mungkin menjadi MANGSA akibat perbuatan mereka yang TIDAK mematuhi ETIKA GUAMAN sebaliknya dok 'MAIN POLITIK'?
Wallahualam..
Memang setuju sangat dengan ulasan diatas.
ReplyDeleteBar council memang parti politik...mereka pun sebenarnya bukannya bijak...hanya jadi tunggangan orang tertentu aje...
Dari awal lagi, memang pro-pembangkang. Sebab pemikiran mereka pun dah kena liwat.
Kalau macam ni, sampai bila pun kes tak selesai. Hakim akan ditukar mengikut selera orang tertuduh. Logik ke? Adil ke?
1. Sebagai seorang yang bukan arif dalam soal undang-undang ( cuma faham apa yang salah dan apa yang betul , apa yang melanggar undang-undang dan apa yang tidak ) saya mohon penerangan dari SESIAPA yang arif ; tapi biarlah yang arif ini tidak bias :
ReplyDelete1.1 bolehkah seorang peguambela memohon untuk ditukar seorang hakim yang sedang mendengar sesuatu kes ?
1.2 jika boleh, apakah hujah atau justifikasi dari sudut undang-undang yang membenarkan permohonan ini ?
1.3 bolehkah seorang hakim terus sahaja menolok permohonan peguambela tersebut dan teruskan dengan perbicaraan ?
1.4 jika dilihat dan terbukti permohonan peguambela ini tidak jujur dengan ertikata ia hanya satu 'delaying tactic', apakah tindakan yang boleh diambil terhadap peguambela ini oleh mahkamah ?
1.5 tidakkah pihak pendakwa boleh membantah pada ketika permohonan peguambela itu dibuat ?
1.6 apakah sebenarnya tugas peguam pemerhati bagi pihak Bar Council ?
Jika sebagai pemerhati, dia sebenarnya pemerhati untuk siapa ? jika dia juga pemerhati perjalanan perbicaraan, bukankah menjadi tugasnya untuk membuat teguran tanpa bias atas setiap yang difikir melanggar mana-mana peraturan, tak kira samada kesalahan itu dilakukan oleh pihak pendakwa atau pembela ?
Sesungguhnya sebagai rakyat biasa, kita kekadang terasa terancam dengan soal-soal perundangan terutama dari segi CPC yang pada hemat saya boleh ditafsir dan diarah mengikut "cerdik, tujuan, matlamat, helah, budibicara dan sebaginya" ! I think I should advice others to take up law and be a GOOD and HONEST lawyer , one who will uphold the dignity of the legal profession at all material times !
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeletePendapat anda semua dihargai..
Sebab itulah patut diWUJUDkan semacam satu 'PEMISAH' antara tugas mereka sebagai PEGUAM dan sebagai AHLI POLITIK..
Apa yang berlaku di mahkamah ketika ini adalah POLITIK melampau yang dipraktikkan oleh sebahagian BESAR peguam di negara ini hinggakan pentas mahkamah pun jadik permainan mereka.. Yang jadik mangsa adalah rakyat kerana mereka akan terus diZALIMI oleh para pemimpin POLITIK contohnya seperti Saiful ini..
'BAR COUNCIL' patut sama memikul tanggung-jawab kerana merekalah antara yang 'MENGGALAKKAN' perbuatan sebegini di negara ini..
Mungkinkah sepatutnya 'DITUTUP' aje 'BAR COUNCIL' pasal mereka pun dah lari dari ETIKA mereka sebagai peguam?
Wallahualam..